Followers

Tuesday, July 10, 2012

5 Makanan penyebab kanser

Bimbang benar baca berita ni..
Semua makanan ini adalah kegemaran masyarakat kini terutamanya golongan muda...bayangkan apa akan berlaku nanti..



1. Hot dogs
Hot Dogs - Mengandungi terlalu banyak Nitrate. Pakar menasihatkan agar kanak-kanak tidak makan lebih dari 12 hot dogs sebulan. Kalau anda ketagih juga nak kana Hot Dogs beli jenis yang tidak ada kandungan Sodium Nitrate.

Daging yang diproses
2. Daging yang diproses - Juga mengandungi banyak kandungan Nitrate. Juga mengandungi kandungan lemak tepu yang menyumbang pembentukan kanser. Ia juga meningkatkan risiko serangan jantung.

Donut
3. Donut - Berkemungkinan jensi makanan yang paling teruk menyumbang kepada kanser. Ia diperbuat daripada tepung, gula dan juga minyak yang dihidrogenasikan dan kemudiannya digoreng dalam minyak yang amat panas.


Kentang Goreng
4. Kentang Goreng - Ia patut dipanggil kancer-fries dan bukan french-fries. Kentang goreng juga seperti donut yang dibuat daripada 'hidrogenated oils' dan digoreng dalam suhu yang amat tinggi. Kentang goreng juga mengandungi acryl amides, salah satu bahan penyebab kanser.


Keropok
5. Keropok, snack dan biskut serta yang seumpamnya - Juga diperbuat daripada tepung dan gula. Ia juga mengandungi 'Trans-fat'.

Saturday, March 3, 2012

Raya 3 beradik..

Bagaikan tersusun rapi,..bunga raya yang berasal dari Cameron Highland setahun lalu kini subur dan tidak berhenti berbunga....bunga yang berwarna merah oren ini sangat cantik,..menjadi penyeri mata,..apatah lagi kuntumannya memang besar dari biasa...mungkin berkat dari benih tanah tinggi itu sudah serasi di lamanku yang agak panas itu....saiznya masih boleh dibanggakan walaupun semasa membeli dulu..saiz kuntumannya lebih besar..
Maka suatu hari setelah pulang dari sekolah,.macam biasa aku membelek2 laman...terpandanglah satu senario indah...menyegarkan mata...tersusun!...aku berbicara sendiri..lantas aku abadikan di sini....cantik kan..

Saturday, February 18, 2012

Teknologi dulu-dulu...lesung tumbuk.

Gambar lesung tumbuk yang diambil dari Blogterengganu

Tetiba je teringat suatu alat,..sangat popular semasa aku bebudak dulu. Boleh dikatakan setiap keluarga wajib memilikinya...kalau tak pun berkongsi dengan jiran...alat yang amat berjsa terutamanya pada bulan Ramadhan.
Ketika itu usiaku menginjak remaja (dalam 11 tahun) macam tu...aku tinggal dengan nenek...so banyak benda yang aku kena buat,..tak macam bebudak sekarang...kalau setakat kukur kelapa..dah biasa...
Suatu malam arwah nenek meyuruhku merendam 1 gantang beras,..esoknya disuruh pula membasuh beras tu sebersihnya...kemudian aku dan sepupuku menjinjing beras tu ke rumah jiran...sebabnya rumah nenek tak de alat ni...
...sampai kat situ,..kami pun memulakan tugas...tak payah diarah2 lagi..tersentuh hati mengenangkan detik itu...maka bergelumanglah kami dengan alat ini sehingga beras tu menghasilakan tepung yang putih bersih..
Tepung ini akan digunakan untuk memasak apa sahaja kuih muih....ahhh kenangan manis sungguh...sebut je apa nama kuih..semua ada...orang dulu2 sangat menyanjung anak-anak gadis yang rajin ke dapur...termasuk aku le tu he he..
kata orang tua2..anak gadis yang rajin cepat jodohnya...mak mertua suka...bagus juga motivasi macam ni...berlumba2 anak dara belajar memasak..ha ha


Tepung bungkus....sejenis kuih tradisi yang menggunakan tepung beras sebagai bahan utama di samping tepung pulut sebagai pembungkus inti kelapa. sedappp...apatah lagi jika menggunakan santan kelapa yang dikukur sendiri...bayangkan berapa lama masa yang diambil bagi siapkan sejenis kuih macam ni zaman dulu?..






Itulah teknologi dulu-dulu...kreatif...lesung tumbuk serbaguna,..nak tumbuk padi buat beras pun boleh...tumbuk beras pulut muda buat emping pun boleh...ok...nanti aku nak cerita pasal emping pula...emping segar dari pulut yang ditanam sendiri bukannya emping seperti sekarang yang banyak dijual...tak sama walau serupa..

Saturday, December 31, 2011

laksa ikan sekoq...mengancammm.

haaa,,,inilah rupanya laksa ikan sekoq...memang tepat seperti namanya, hidangan laksa ini ditambah dengan sekor ikan kembung yang direbus. Itulah yang istimewanya...mungkin tuan punya gerai ini nak cari glamor kut,..maka ideanya memang bernas,,,sebabnya kuah laksa yang pekat dan berisi ikan akan lebih digemari...sudah terbukti,,,gerainya kini menjadi singgahan orangramai..Terletak berhampiran kediamanku,...sesiapa yang terliur bolehlah meniru idea ini ye..tambahlah ikan rebus,..kalau 2 ekor jadilah laksa ikan 2 ekoq..ha ha.
(secara peribadi aku yang "hantu laksa" ni...rasanya biasa saja,..sedap lagi kuah laksa yang aku buat sendiri...)
***** so nak rasa macam mana sedapnya laksa ct...kenalah mai sendiri kat umah...he he...jemput le...

Sunday, December 11, 2011

Chili giling nenek..



Tiba-tiba teringat chili giling nenek,..entah apa sebabnya sedangkan hari ni berpuasa sunat,...otak tak le ingat nak makan je...sebenarnya kisah chili giling ni merupakan nostalgia manis buatku...waktu tu masih bebudak,..aku sangat suka makan nasi dengan chili giling yang digiling oleh nenekku...tak de lauk pun tak pe...percaya atau tidak,..aku boleh ratah macam tu je...habis sepiring...he he...




Kini,..di saat ni,..kecur air liur teringatkan chili giling...dulu,..nenekku akan duduk bersila,..jejarinya kemas menggiling chili kering yang diadun dengan garam dan belacan,..kadang2 di tambah sedikit udang kering..alamakkk sedapppnya..kalau boleh rasa nak kembali semula ke zaman itu...kini arwah nenek sudah lama tiada,..batu gilingnya pun entah ke mana...namun memori itu tetap indah di jiwa..semoga nenek sejahtera di sana,..amin.

Monday, December 5, 2011

Cuti-cuti pizza...

Musim cuti sekolah ni,..hidangan yang menjadi menu kesukaan keluargaku adalah pizza,..so kena ready je bila diorder sanak saudara yang bercuti atau rakan-rakan yang malas nak buat sendiri.

Kesedapan pizza adalah bergantung kepada topping yang digunakan,..ini adalah resepi pizza yang kubuat, biasanya semua yang makan kata sedappp....jadi disertakan resepi untuk seiapa yang teringin nak makan pizza buatan sendiri,..kena cuba,,tak sesukar mana pun,,cuma kena rajin sikit....

Pizza Tuna

Bahan-bahan ( 1 tray pizza )

Bahan untuk crust :-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdb rempah pizza
  • 1/2 peket yis mauripan
  • 2 sdb susu pekat manis
  • sedikit garam
  • air secukupnya.

Bahan untuk topping :-

  • 1/2 biji nenas dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 tin tuna (dilenyek)
  • 5 sosej ayam
  • 1/4 capsicum hijau /boleh diganti dengan lada
  • 4 keping keju cheesedale
  • 4 cendawan butang
  • mayonis

Bahan untuk sos:-

  • 3 biji bawang putih (ditumbuk/hiris halus)
  • 3 sdb sos cili
  • 6 sdb sos tomato (boleh kurangkan)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan untuk crust ke dlm mangkuk kecuali air, gaul rata, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh, tutup doh dan biarkan 30 min
  2. tumis bawang putih hingga wangi, masukkan masukkan sos tomatodan sos cili, biarkan 2 min atas api sederhana
  3. potong semua bahan toping kecuali keju mengikut saiz kesukaan
  4. ambil doh tadi dan ratakan dlm tray, sapu sos rata dan taburkan topping mengikut kesukaan.
  5. potong keju cheesedale dan letakkan diatas pizza, taburkan sedikit serbuk rempah pizza, mayonis, black pepper (klu ade) dan bakar dlm oven selama 20 min pada suhu 180 darjah

Thursday, November 10, 2011

Khasiat Jus lemon,..


Kelmarin semasa singgah kedai, ternampak jus lemon,..akupun membelinya...sebenarnya jus lemon ni selalu je aku minum dari perahan segar,..namun bila harga jus ni tak semahal mana...aku pun mahu mencubanya...\

KITA semua tahu, jus lemon segar mampu mengobati dahaga kala terik siang hari. Minum jus lemon juga cara terbaik yang banyak memberikan manfaat bagi kesehatan tubuh. Jus lemon di antaranya berguna membersihkan mulut, membantu pencernaan, menghilangkan sembelit, mengatasi infeksi tenggorokan, dan rematik. Selama bertahun-tahun, lemon yang kaya vitamin C dan A ini telah digunakan untuk mengobati sejumlah penyakit, termasuk malaria, kolera, tifus, dan difteri (penyakit tenggorokan).

Kombinasi lemon dan air dapat memberikan nilai tambah bagi kesehatan, seperti mengurangi mulas, kembung dan masalah pencernaan, membersihkan hati dan ginjal, dan bahkan berfungsi sebagai pembersih dan penghalus kulit alami. Cara terbaik menikmati air lemon adalah menggunakan air hangat. Air yang terlalu dingin atau terlalu panas menyebabkan tubuh membutuhkan lebih banyak energi untuk menyerap dan memroses minuman ini. Sementara air hangat memudahkan proses pencernaan dan penyerapan nutrisi.

Untuk membuat air jeruk lemon. Belah dua biji lemon kemudian perah untuk diambil airnya. Campur dalam sebuah gelas yang telah berisi air hangat. Untuk rasa lebih kuat, Anda dapat menambahkan irisan lemon ke dalam minuman. Tak ada salahnya menambah sedikit gula atau madu agar minuman terasa manis, tapi jangan terlalu banyak. Sebab, air jeruk lemon terbaik saat dikonsumsi tanpa pemanis. Menikmati secangkir air lemon setiap pagi merupakan awal hari yang baik bagi Anda. Jom kita cuba ye..

Wednesday, October 19, 2011

Bingka Labu

Kadang kadang selera makan aku menjadi-jadi...nak makan sesuatu tetiba je,..suatu hari aku ternampak labu kat pasar,..dlm fikiran dah terbayang apa yang nak dibuat...haaaa bingka labu. So aku pun sempat jugak snap gambar proses nak bingkakan si buah labu ni sebagai warisan buat anak-anak gadisku yang rajinnnnn sangat memasak tu...ok ni dia...

Bingka Labu

Bahan-bahan -
2 biji labu saiz kecil (anggaran 2 kg)
2 cawan pati santan
1/2 tin susu cair
6 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
seketuk gula kabung
400 gram tepung beras
2 camb tepung jagung

Berikut aku sertakan langkah demi langkah....bergambar lagi...kalau tak pandai pun bole buat,..

1. pukul telur dengan susu cair, masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau agar tidak berketul

2. Sebelu itu, labu mestilah direbus atau kukus , dadukan sedikit...dan lumatkan yang selebihnya.

3. Dalam periuk masukkan 2 cawan pati santan bersama 1 1/2 cwn gula pasir dan sedikit gula kabung, kacau atas api perlahan. Masuk sedikit garam.

4. masukkan labu lecek dan bancuhan telur dan tepung tadi.

5. kacau atas api yang perlahan sehingga kental sedikit.

6. Curahkan adunan tadi ke dalam dulang yang disapu sedikit minyak dan bakar selama 40 minit sehingga masak.

Akhirnya siap le bingka labu....jom makan, sedap sangatttt tapi ha ha ha tanggung sendiri la kalori tu ye..

Sunday, October 16, 2011

Kek Marble yogurt

Berikut merupakan gambar yang sempat aku snap semasa proses membuat kek ini..

Putar butter, tambah tepung sedikit sedikit sampai habis.

Bahagikan mengikut warna dan perasa

Sebelum dibakar

Kek yang masih panas sudah nak masuk mulut

Dah siap untuk tempahan....anggaran bahan saja dah hampir RM20.00......so nak jual berapa?

Istimewanya aku ingin ucapkan ribuah terima kasih buat "Mat Gebu", resepi kali ini aku ambil dari blognya. Dari resepi kek Marble Trio dah dimodified jadi Kek Marble Yogurt Sedap...ha ha jom kita buat kek....

Bahan-bahannya.

300 g mentega (4.80)

280 g tepung naik sendiri (1.80)

1 sudu besar susu tepung (1.00 sen)

1 sudu teh baking powder(*digaul rata dan ayak bersama tepung)

5 biji telur gred A (6 biji saiz sederhana -2.00)

1 sudu besar ovallate (1.50)

250 gm gula halus (80 sen)

50 ml buttermilk (3.00)

1½ sudu teh coklat emulco (saya guna chocolate paste + beberapa titik pewarna cokelat) (1.20)

Perasa streawberi + pewarna strawberri + yogurt strawberi (2.80)

½ sudu teh esen vanila (30 sen)

CARA

1) Sediakan loyang berukuran 8 x 8 x 3 inci yg telah dialaskan dasarnya dgn kertas tracing/parchment dan diolesi dgn mentega.

2) Pukul mentega hingga kembang dgn speed sederhana (kira-kira 4-5 minit). Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Selepas itu, alihkan adunan ini ke dalam sebuah bekas.

3) Selanjutnya, pukul gula, ovalette dan telur dgn speed/kelajuan yg tinggi selama kira-kira 7-8 minit sehingga adunan naik, kembang dan pekat (seperti adunan baulu).

4) Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan mentega/tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian, masukkan pula buttermilk dan kacau rata.

5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - 1 bahagian dibubuh chocolate paste & pewarna cokelat, 1 bahagian dicampur yogurt, esen strawberi + pewarna merah dan yg akhir sekali di bubuh esen vanilla dan dibiarkan plain.

6) Tuang aduan secara berselang-seli di dalam loyang tadi. Lorekkan dengan hujung chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

7) Masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C dan bakar selama kira-kira 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Apabila masak, keluarkan loyang dari oven dan letak di atas redai kek sehingga ia betul2

sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan (Anggaran untuk sebiji kek ini ialah RM 20.00)


Saturday, October 8, 2011

Makmur CT...


Biskut makmur CT...itulah nama kue buatan sendiri yang selalu aku jual setiap kali menjelang hari raya...kini hari raya korban sudah menjelang,..apa lagi bermakmur lagi le CT ha ha..

Biskut makmur ni..adalah hasil dari resepi ciptaan sendiri dan mengikut selera sendiri...ramai yang kata sedap...terpulanglah..

Aku bisnes pun bukan nak kaya raya,..cuma nak habiskan masa yang lapang je...minat dan hobi pun ade la juga.

Nak resepi,...hahhhhh bole je....cuba le..rangup dan sedap...simple...mudah...tapi makan masa le juga.....

Resepi makmur CT
I kg Tepung gandum - goreng sekejap (dlm anggaran 5 minit)
1 cawan gula aising - ikut la nak kurang pun bole..
(gaul tepung dengan gula tu biar bercampur rata)
400 gram minyak sapi dicairkan
Inti
Kacang Shantung (kacang tanah yang besar) di goreng tanpa minyak.

Cara
Masukkan minyak sapi cair ke dalam tepung sedikit demi sedikit,..gaul sehingga boleh dibentuk...ambik kacang dan bulatkan. Susun dalam tray dan bakar dalam suhu 160 Celcius selama 15 minit...
Dah sejuk...tabur lagi gula aising..pasti sedap...
Cubalah...kalau tak rajin,..bagitau CT je...tempah ha ha..