Followers

Showing posts with label Tip Laman. Show all posts
Showing posts with label Tip Laman. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

Khasiat tumbuhan Melati dan Bunga Melur

Melur yang suci bersih

Melati yang berbau harum.

Bunga Melati atau Melur dapat berbunga sepanjang tahun dan dapat tumbuh subur pada tanah yang gembur dengan ketinggian sekitar 600—800 m di atas permukaan laut (dpl.).

Melati termasuk tanaman perdu yang batangnya berkayu. Warna bunganya putih dan berbentuk bintang, jika sudah mekar mungil dan aromanya wangi. Melati mengandung senyawa-senyawa kimia yang besar manfatnya untuk pengobatan. Kandungan kimia yang terkandung terse but di antaranya: indol, benzyl, livalyIacetaat.

Khasiat dari melati yaitu dapat mengobati sakit mata, bengkak akibat serangan lebah,  demam, sakit kepala dan sesak nafas.
Cara pemakaian melati sebagai obat tradisional

1. Sakit mata (mata merah atau belekan)
Bahan yang diperlukan: 1 genggam daun melati.
Cara meracik: bahan tersebut ditumbuk sampai halus.
Cara pemakaian: tempelkan pada dahi, apabila sudah kering diganti yang baru dan ulangi sampai sembuh.

2. Bengkak akibat serangan daun lebah
Bahan yang diperlukan: 1 genggam bunga melati.
Cara meracik: bahan tersebut diremas-remas sampai halus.
Cara pemakaian: cabutlah sengat lemah yang masih menempel di kulit, kemudian usapkan remasan bunga melati pada bagian bekas sengatan.

3. Demam dan sakit kepala
Bahan yang diperlukan: 1 genggam daun melati dan 10 bunga melati.
Cara meracik: bahan tersebut diremas-remas dengan tangan, kemudian direndam dengan air dalam rantang.
Cara pemakaian: air rendaman ini digunakan untuk kompres dahi.

4. Sesak nafas
Bahan yang diperlukan: 20 lembar daun melati dan garam secukupnya.
Cara meracik: bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sampai mendidih hingga tersisa 2 gelas dan disaring.
Cara pemakaian: tempelkan ramuan tersebut di dada dan lakukan setiap pagi sebelum mandi.

Sunday, November 22, 2009

Roses with luv..???


Tanam ros dengan penuh kasih sayang 

SESIAPA saja akan tertarik dan jatuh cinta jika memandang bunga mawar mekar di kelilingi pepohon renek dan rumput menghijau di laman. Namun, untuk menanam sendiri mawar di laman, ramai yang mengelak kerana berpendapat pokok berkenaan sukar dijaga dan perlu penjagaan rapi. Berikut adalah teknik yang betul...
"Kita perlu lahirkan rasa cinta jika mahu menanam mawar sebagaimana bunga berkenaan sering dikaitkan sebagai lambang cinta. Kita juga tidak perlu menggunakan baja kimia kerana ia boleh menyebabkan pokok tidak sihat. Menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang, jadi gunakan bahan semula jadi serta elakkan penggunaan air dan baja berlebihan” .....Inilah pesan bijak bestari dalam soal penanaman pokok mawar. 
  • Bagi mereka yang mahu membina laman mawar perlulah memastikan tanah yang digunakan sesuai iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.
  • Sebelum mula menanam, bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. Bunga mawar juga tidak boleh ditanam berselang seli dengan pokok atau tumbuhan lain.
  • Seeloknya, taman mawar hanya dikhususkan untuknya saja kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain.
  • Baja juga tidak boleh digunakan berlebihan dan jika boleh elak menggunakan baja kimia atau kumbahan seperti tahi ayam dan kambing kerana ia tidak membantu menyihatkan pokok sebaliknya mengurangkan jangka hayat pokok mawar. Baja najis haiwan biasanya panas dan membawa pelbagai virus yang boleh mencacatkan daun dan bunga. Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok. Oleh kerana, mawar dikategorikan sebagai pokok manja, maka ia perlu dicantas dan tanah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar. Seeloknya, pokok dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.


Fakta Mawar


  • Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat barat percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, ibu baru atau persahabatan.



  • Setulus penghargaan -  Rohaniza Idris roha@bharian.com.my- dikutip dan disebarkan...




  • Thursday, November 5, 2009

    Laman harum.


    Gardenia Cornuta berasal dari benua Afrika.
    LAMAN yang cantik bukan hanya kerana keindahan susun atur tata hias semata-mata kerana pelbagai elemen lain yang menghidupkan suasana perlu di ambil kira. Pakar landskap menetapkan lima elemen yang perlu ada dalam laman yang berkaitan dengan deria rasa seperti pandangan, rasa, bau, pendengaran dan sentuhan.
    Dalam seni laman, tanaman yang mengeluarkan bau wangi berfungsi menarik kunjungan tetamu ke laman termasuklah unggas atau serangga seperti rama-rama dan lebah.

    Tujuan penggunaan tumbuhan yang mengeluarkan bau adalah mewujudkan suasana harmoni selain menimbulkan perasaan ingin tahu kepada tetamu yang lalu di laman sekali gus menerokainya. Antara tanaman yang mengeluarkan bau wangi ialah jasmin, kemuning, sundal malam, kemboja dan kesidang yang sangat sesuai ditanam di laman tanpa mengira keluasan kawasan.

    Satu lagi tumbuhan yang sering dijadikan penghias laman dan mengeluarkan bau wangi adalah bunga gardenia atau dikenali sebagai mawar atau ros Jepun. Sesuai menjadi hiasan apa juga konsep laman terutama laman Cina, Jepun dan nusantara. Malah, ia boleh disesuaikan dengan laman gaya kedesaan Inggeris. Gardenia juga sesuai untuk menjadi tanaman dalam kediaman.

    Bagi pakar botani, pokok ini agak sukar untuk ditanam dan dijaga, namun jika mengetahui kaedah sesuai menjaganya mungkin tidak menghadapi masalah. Bunga gardenia berwarna kuning lembut , putih atau putih gading dan putih lilin mengeluarkan bau harum seperti mawar tetapi lebih lembut dan kelopaknya lebih besar.

    Gunakan bahan racun serangga biasa untuk membunuh serangga dan kulat. Paling mudah pastikan pokok sentiasa lembap.

    Wednesday, October 28, 2009

    Tip menanam bunga mawar.



    Tip ini aku pindah ilmukan dari satu laman...
    * Menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang,
    * gunakan bahan semula jadi
    * elakkan penggunaan air dan baja berlebihan.

    Bagi mereka yang mahu membina laman mawar perlulah memastikan tanah yang digunakan sesuai iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar. Tanam anak pokok mawar dalam beg polistirena. Sebelum mula menanam, bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. Bunga mawar juga tidak boleh ditanam berselang seli dengan pokok atau tumbuhan lain. Seeloknya, taman mawar hanya dikhususkan untuknya saja kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain.

    Selepas tanah dibersihkan dan dicampurkan dengan tanah kompos, dan tanam anak pokok bunga seperti biasa. Kemudian, pokok berkenaan perlu disiram dua kali sehari, pagi dan petang. Air yang disiram mesti sampai ke atas bukannya hanya semburan biasa yang hanya terkena kepada daun.

    Selepas itu, pokok perlu di baja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali. Baja khas yang terdiri daripada isi ikan, kulit udang, sayuran, serbuk soya dan ekstrak sawit.

    * baja juga tidak boleh digunakan berlebihan dan jika boleh elak menggunakan baja kimia atau kumbahan seperti tahi ayam dan kambing kerana ia tidak membantu menyihatkan pokok sebaliknya mengurangkan jangka hayat pokok mawar. Baja najis haiwan biasanya panas dan membawa pelbagai virus yang boleh mencacatkan daun dan bunga.

    Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok. Oleh kerana, mawar dikategorikan sebagai pokok manja, maka ia perlu dicantas dan tanah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar.

    Seeloknya, pokok dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.

    # Teknologi dalam industri penanaman pokok menyaksikan pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti mawar ungu merah jambu, mawar merah kuning dan mawar kuning jingga.

    # Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri laman. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan ramai kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. Dari segi ekonomi, permintaan pokok mawar melebihi daripada bunga yang lain, digunakan dalam haruman, hiasan dan makanan

    # Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat barat percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, ibu baru atau persahabatan.

    Saturday, October 24, 2009

    Rahsia laman kekal menarik


    RAMAI yang mahu memiliki laman yang cantik seperti di bilik pameran atau nurseri tanaman. Namun, kebanyakannya tidak mahu mempelajari teknik yang betul untuk menanam pokok dan menjaga landskap menyebabkan pokok mati dan landskap idaman hanya bertahan sebulan dua.
    Ada beberapa tip penjagaan landskap yang perlu diberikan perhatian untuk memastikan laman terus cantik dan kekal lama.Perkara utama dalam penjagaan landskap adalah penyiraman pokok yang perlu dilakukan untuk memastikan jumlah air mencukupi diserap tisu tumbuhan.

    Persoalannya, bagaimana anda mengetahui bila dan berapa banyak air diperlukan oleh setiap pokok? Kita tahu bahawa pokok memerlukan air untuk hidup, tetapi terlalu banyak air boleh menjejaskan pertumbuhan pokok. Justeru, tentukan jenis pokok yang ditanam, kerana sesetengah pokok memerlukan sedikit air manakala ada yang memerlukan air dengan banyak. Contohnya pokok Bougainvillea spp. (bunga kertas) tidak memerlukan air yang banyak. Membuang pucuk pokok menggalakkan pertumbuhan daun.

    Siraman kawalan juga perlu dilakukan kerana faktor tanah dan keadaan cuaca juga memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti air yang diperlukan.Tanah liat biasanya memerlukan sedikit air kerana ia mengandungi air yang banyak manakala tanah berpasir memerlukan kuantiti air yang lebih. Dalam keadaan cuaca yang panas terik, lebih banyak air diperlukan. Penyiraman tidak diperlukan selepas hujan lebat.

    Secara umumnya, siraman perlu dibuat dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk penyiraman adalah pada sebelah pagi, selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari. Kekerapan menyiram bergantung kepada keperluan pokok.

    Satu lagi aspek yang penting untuk menjaga laman adalah pemangkasan pokok. Pemangkasan menyebabkan tekanan kepada pokok, jadi jangan pangkas jika tidak ada tujuan spesifik atau tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.

    Pemangkasan yang betul boleh mencantikkan pokok dan jika tersalah potong menyebabkan pokok hilang kecantikan, bentuk atau akan rosak. Memotong dahan yang mati atau cedera serta membuang tunas air juga termasuk dalam kerja pemangkasan untuk kesuburan pokok. Pemangkasan dapat menggalakkan pertumbuhan tunas baru dan menambah baik kualiti dan kuantiti bunga.

    Aspek seterusnya adalah pembajaan. Baja penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur. Namun, sebenarnya kegunaan baja yang berlebihan boleh menjejaskan kesuburan pokok dan mungkin boleh menyebabkan pokok mati.

    Baja boleh dikategorikan kepada dua iaitu organik dan in-organik. Bentuk baja yang terdapat di pasaran adalah baja butiran yang lengkap dengan nutrien NPK; baja cecair yang lazimnya disembur ke permukaan daun; baja debu yang digaul dalam tanah campuran atau ditabur atas tanah dan baja yang dikeluarkan secara perlahan-lahan.

    INFO: Tip penjagaan laman

    # Tentukan jenis pokok dan tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan jenisnya serta kesesuaian tanah
    # Siraman - Tentukan waktu sesuai untuk menyiram iaitu selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari.
    # Pemangkasan - Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
    # Pembajaan - Penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur.

    Friday, October 23, 2009

    Kombinasi harmonis serlah keindahan



    MENCIPTA taman indah dengan landskap semula jadi menguji keupayaan pemiliknya memilih elemen terbaik sebagai penyeri taman. Dalam keseronokan menghias taman, ada pemilik kediaman melakukan kesilapan hingga membuatkan suasana serta keindahan persekitaran terganggu.

    Pertama, berikan tumpuan kepada keperluan ruang sama ada ruang tamu luar atau ruang santai untuk berehat ketika malam dan petang. Perlu diingat, taman yang menyerlahkan keindahan mempunyai kombinasi kesesuaian elemen tersendiri. Biasanya hanya satu atau dua elemen utama menjadi titik fokas taman.

    Elakkan kehadiran pelbagai jenis elemen yang membuatkan suasana menyakitkan pandangan. Elemen air antara keperluan utama taman dan perlu dipastikan memenuhi fungsi bunyi atau ada ikan. Ketenangan dapat dirasai jika kedudukan elemen air berhampiran tempat bersantai bagi membolehkan bunyi jatuhan atau aliran dapat didengar.

    Jika memiliki keluasan taman terhad, lupakan hasrat membina kolam ikan. Pastikan tanaman mempunyai fungsi sama ada untuk teduhan, pengadang atau berbunga sepanjang musim.
    Bagi tumbuhan berbunga, ia memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk tumbesaran. Tumbuhan penghadang perlu padat dan tumbuh dalam ketinggian yang diharapkan supaya landskap impian anda direalisasikan sepenuhnya. Sementara pokok teduhan terdiri daripada beberapa jenis pepohon rendang yang membantu meredupkan suasana.

    Aspek kemasan taman wajar diberi tumpuan utama sama ada warna, tekstur dan saiz kemasan itu sendiri. Terlalu banyak kemasan membuatkan persekitaran taman tidak menonjol. Pilihan batu hiasan, kayu dan pasu tanaman perlu sesuai dan harmoni dengan suasana tumbuhan hijau.
    Taman indah semestinya memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan berterusan bagi penataan lebih sempurna. Bagi tanaman berbunga, pembajaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sementara tanaman dalam pasu pula perlu ditukar pasu baru setiap enam bulan sekali atau sekurang-kurangnya setahun sekali.