melangkah ke taman indah...berkongsi bersama saya tentang apa sahaja yang boleh memberi kebaikan, semoga kita bahagia di sana..
Followers
Tuesday, June 15, 2010
Friday, May 14, 2010
pohon mangga berbuah sudah..
Monday, April 26, 2010
Friday, April 16, 2010
seharum cempaka..
seharum dan sebersih cempaka...mewangikan lamanku kini, gembira sungguh bila dapat menghidu aroma klasik ini setiap hari...pohon cempakaku berbunga sulong...kukongsikan harumannya bersama teman2 di sekolah...bunga klasik ini mempu mengimbau nostalgia tersendiri...masih ku ingat lagi...nenekku sangat menghargai bunga ini, dijaga pohinnya dengan rapi..bila berbunga,..dibungkus dengan daun pisang untuk kekalkan kesegarannya...ditambah dalam titisan bedak sejuk bagi mengharumkan wajah bila memakainya...dimasukkan ke dalam minyak kelapa untuk mewangikan rambut...ohhh..kini aku meneruskan tradisi itu tapi bukan lagi ditaruhkan bersama bedak sejuk...tapi kugunakan untuk mewangikan badan...(secret)..he he..nampaknya ramai yang perasan dengan perbezaan haruman asli ini dengan perfume..aku senyum je..lalu kuhadiahkan sekuntuk kepada sesiapa yang terperasan...kiranya bertuahlah tu..banyak juga la bunganya kali ini...alhamdulillah akan kumanfaatkan keindahan anugerah allah ini.semoga bunganya makin subur di masa akan datang..
"sesuatu yang amat indah ialah apabila malam je....harumnya makin menjadi-jadi...waktu inilah aku menikmati, dengan ketenangan di hati..."...
Saturday, March 13, 2010
Tetamu yang disenangi..dilamanku
Sunday, February 7, 2010
jom cuba rawatan herba...rahsia daun ubi kayu.
Siapa sangka daun ubi kayu tiada kegunaannya.. Selain direbus dibuat ulam atau dibuat pecal, daun ubi kayu juga dipercayai digunakan dalam perubatan tradisional dalam merawat sengatan gigitan serangga berbisa dan juga kegunaan lain yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini. Berikut cerita benar seorang guru....
“Saya adalah seorang guru sekolah rendah yang pernah bertugas di beberapa tempat di negeri Sabah. Saya banyak berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan juga penduduk tempatan di tempat-tempat saya pernah bertugas berkaitan dengan perubatan kampung atau tradisional.
Semasa saya bertugas di daerah Tuaran, di suatu kawasan perkampungan nelayan yang sebahagian besarnya adalah etnik Bajau, saya pernah diberitahu tentang rahsia merawat sejenis penyakit misteri yang barangkali hanya wujud di sekitar masyarakat tersebut. Pada suatu masa dahulu ada terdapat suatu penyakit kulit yang misteri dan amat sukar diubati dengan perubatan moden walaupun oleh pakar sakit kulit dan biasanya menurut mereka, penyakit tersebut hanya dapat diubati oleh segelintir orang yang tahu tentang rahsia penyebab penyakit tersebut.
Penyakit tersebut dipanggil “samaie” dan dikenakan kepada orang tertentu melalui makanan (boleh mengakibatkan busung) atau sentuhan kepada kulit manusia. Bahan yang digunakan adalah himpunan 7 jenis barang terkotor dan miang tumbuhan seperti miang buluh dan miang ulat bulu.Barang-barang terkotor adalah seperti cairan daripada bangkai binatang dan juga mayat manusia. Akibat daripada terkena campuran tadi ialah jika terkena di kulit maka kulit akan menjadi gatal dan pedih yang teramat sangat, makin digaru semakin merebak dan akhirnya menyebabkan kulit bernanah dan menggelupas.Jika seseorang yang terkena itu tidur di atas tikar maka tikar akan melekat pada daging/kulit mangsa. Azab sengsara hanya Tuhan sahaja yang tahu, begitu kata orang tersebut.
Ramuan untuk mengubati penyakit tersebut adalah seperti berikut: daun ubi kayu yang masih segar, isi kunyit, kapur sireh, santan kelapa pekat sebaiknya yang berwarna hijau dan daun sireh yang matang. Kesemua bahan herba tadi harus dilumatkan dan disapu ke serata badan atau kawasan yang telah dijangkiti penyakit.
Saya hanya menyampaikan perkongsian ilmu, keberkesanan hanya diketahui oleh mereka yang pernah menjadi mangsa kepada perbuatan keji sesama manusia itu sahaja. Apapun, melalui pengalaman saya sendiri, daun ubikayu adalah bahan herba yang berkesan untuk merawat kesan sengatan atau gigitan serangga berbisa seperti lipan dan penyengat.Ramas daun ubukayu dan tempelkan kepada bekas gigitan atau sengatan, mudah-mudahan akan cepat hilang kesan bisa dan juga tidak akan membengkak sengatan atau gigitan tersebut. Insyaallah.
Sunday, December 27, 2009
Tana...rindu sangat...di mana kau sekarang?
Tana...miss u
Tana...aku merinduimu...di mana kau sekarang?...dulu kau terlena dalam pelukanku...masih terasa hangat nafasmu...selalu juga telingamu yang capang kujentik2..geram, ke mana kau menghilang...ingin kukabarkan ibumu jua sudah tiada....setelah 5 tahun bersamaku..ibumu sempat mengadiahkan aku anak2 kucing yang comel termasuk kau...
ni gambaq Tota...abang Tana..juga sudah pergi menyahut seruan ilahi..sedih sangat ...
ni Babuji,...juga sudah tiada...adik bongsu Tana...belum pun usia 2 tahun bersama sudah mati...
Sedih la bila mengenangkan semua kucing2 ku yang pernah kupelihara,...kuberikan nama sebaik saja dilahirkan...namun apakan daya..yang hidup pasti mati jua..semoga bersemadilah kalian dalam aman..
Thursday, December 17, 2009
ulat resdung...tak percaya?
Hari ini aku dan rakan baik cikgu Tipah pergi buat rawatan resdung...tapi tak de la keluar ulat macam dalam video kat atas...cuma nampak hama-hama resdung macam serbuk..insyaallah kami akan buat berkali-kali supaya masalah resdung kami ni akan berkurangan. Kaedah menggunakan asapan ini dijalankan oleh syarikat Naza Anggun yang beroperasi di alor setar, kedah. Ramai betul pengunjungnya...selain asapan tu..pelanggan diurut wajah serta dibersihkan serta di maskerkan...bestnya...harganya berpatutann,,,so sesiapa yang tinggal berhampitran dan ingin mencuba silakan..
Subscribe to:
Posts (Atom)



