Tup tap..tup tap,.dah 2 tahun rupanya kami sekeluarga berpindah rumah...dari sebuah rumah kampong ke sebuah taman perumahan berdekatan..pada mulanya memang agak berbeza,.rasa tak seronok pun ada....lama-kelamaan dah serasi pulak...baru je rasanya tapi rupanya dah lama juga...2 tahun dah..dah 3 kali raya aidilfitri disambut di sini..
Rumah 2 tingkat ini kami namakan dengan Flora Damai..semoga suasana yang sama-sama kami sekeluarga ciptakan di sini akan memberi kedamaian pada penghuninya..tiada yang lebih bahagia sekiranya sesebuah rumahtangga itu dihiasi dengan sikap bertolak-ansur dan saling melengkapi. Semoga diamnya kami di sini bersama restu dan rahmat Allah..amin.