Followers

Showing posts with label khasiat makanan. Show all posts
Showing posts with label khasiat makanan. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

Wowww..pohon Ceriku (Acerola Cherry) berbuah sudah..

Setelah hampir 2 tahun menanam pohon ceri ini,...kini aku sudah nampak buahnya...oh begitu rupanya...memang patut la dinamakan ceri...dah bentuknya sebiji macam buah ceri yang selalu kita nampak tu,..ala yang berwarna merah tu..


Pohon ni ada kenangannya yang tersendiri...waktu aku dan suami kerumah rakan guru yang menjadi pengantin lelaki,..sedang aku dan suami makan di khemah yang disediakan,  di sebelah khemah tu aku nampak banyaknya buah-buahan yang selama ini belum pernah kulihat....perasaan ingin tau dipendamkan sahaja...sehingga suatu hari lainnya aku pun bertanya pada cikgu tu...katanya itulah pokok ceri cina. Berkat kesungguhanku yang beria-ria tu..akhirnya pada suatu hari yang lain,..aku dihadiahkannya sepohon anak pokok ceri cina!. terima kasih Cikgu Shahnur..



Merupakan salah satu sumber vitamin C yang tertinggi, Selain itu, memiliki kandungan karotin yang setanding karot, dan banyak mengandung magnesium, dan beberapa dari vitamin B; niasin, asam pantotenat, vitamin B1 (tiamin), dan vitamin B2 (riboflavin).

Beginilah rupanya pokok ceri cina..cantik sangat kan,...sudah tentu kita membayangkan rasanya manis bergula kan, tapi buahnya yang ranum kemerahan tu rasanya agak masam sedikit...namun aku suka sangat...kerana buah ini yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Acerola Cherry  sangat berkhasiat,..antaranya ialah;

KHASIAT BUAH ACEROLA CHERRY
Sejenis buah merah cerah, lembut, dan berair, Acerola telah dimakan selama berabad-abad oleh penduduk asli Antilles, Amerika Tengah, dan Utara Amerika Selatan. Juga disebut cherry Barbados, Acerola mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi, kaya dengan pelbagai vitamin & mineral,
terdapat lebih 150 jenis unsur-unsur nutrien serta kandungan anti-fungus yang kuat.
Acerola dikenali kerana kepekatan tinggi asid askorbat atau Vitamin C, bertindak sebagai antioksidan dan pengawet.

Di antara khasiat dan kebaikan yang terdapat pada buah Acerole Cherry ialah:

  • Mengawal tahap kolesterol. 
  • Merawat demam
  • Mengatasi tuberculosis
  • Mengatasi kencing manis
  • Memulihkan luka
  • Anti penuaan sel-sel badan
  • Menghidratkan kulit & mempergiatkan fungsi kapilari. 
  • Mengatasi Radang (inflamation)
  • Mencegah penyakit jantung
  • Menjaga hati dan meransang sistem buah pinggang
  • Mengatasi penyakit Reumatik (Rheumatism)
  • Bantuan berkhasiat bagi mengatasi anemia
P/S : kalau info kat atas tu betul...akulah manusia bertuah kerana memiliki pokok ini.

Terimakasih dan sekalung penghargaan kepada laman http://www.amazelife.com/2012/05/khasiat-buah-acerola-cherry.html

Wednesday, January 30, 2013

Brokoli yang penuh bakti...

Sekarang, aku sangat dekat dengan sayur ni,..selepas pembedahan buang hempedu 2 minggu lepas,..menu utama seharianku adalah brokoli,..doktor yang merawatku dulu yang syorkan,..nak tahu apa kebaikan sayur brokoli ni?..Inilah yang aku dapat dari hasil google...


Brokoli adalah di antara jenis makanan yang paling kaya dengan bahan-bahan fotokimia berfungsi melindungi tubuh badan daripada penyakit barah, gangguan kardiovaskular, dan masalah kedutan.

Amalan memakan satu setengah cawan sayur brokoli pada setiap hari berkesan untuk menghindarkan penyakit barah di kawasan paru-paru, usus besar, perut, mulut, farinks dan prostat.

Brokoli juga mengandungi beta-carotene dan alpha- carotene, sejenis bahan antipengoksidaan yang bertindak melawan penyakit barah paru-paru dan menghalang pertumbuhan sel ketumbuhan. Kandungan klorofil yang tinggi dalam sayur kalori menyekat pertumbuhan pertumbuhan sel barah dan merangsang pembiakan sel darah merah dan hemoglobin.

Kaya dengan Vitamin C dan Kalsium
Tahukah Anda bahawa kandungan vitamin C pada brokoli jumlahnya lebih banyak daripada jeruk? Kandungan kalsium dalam brokoli juga lebih banyak jika dibandingkan dengan segelas susu, dan brokoli juga diketahui mengandung lebih banyak serat daripada sepotong roti gandum! Cara memakannya pun sangat mudah, boleh dimakan mentah, ditumis, dicampur sebagai salah satu bahan sup atau dikukus sebagai sayuran.

Meningkatkan daya kerja otak
Peneliti dari Royal Pharmaceutical Society membuktikan bahawa brokoli mengandungi senyawa yang sama dengan ubat-ubatan penyakit Alzheimer. Alzheimer adalah bentuk dementia (berkurangnya ingatan) yang paling umum dijumpai di kalangan orang tua yang disebabkan oleh enzim acetylcholinesterase. Brokoli dianggap memiliki sifat anti-acetylcholinesterase paling kuat.

Thursday, September 20, 2012

Semanis kurma...

aku adalah seorang yang suka makan,..apa yang ada kat depan semua nak makan,..suatu hari aku aterbaca kisah rasulullah yang hanya berbuka dan bersahur dengan sebelah kurma,..masyaallah aku cuba membayangkan bagaimana keadaanku jika aku hanya makan seperti baginda nabi s.a.w. ...aku insaf dan hiba seketika...
maka aku pun cubalah untuk mencontohi sunnah nabi ini,...aku biasakan diri dengan berbuka puasa dengan 3 biji kurma dan segelas air sejuk..selepas solat barulah menjamah makanan lain...namun dalam hati tetap mengkagumi sikap nabi yang tiada tolok bandingnya...nabi yang tidak pernah berkeluh kesah apabila makanan tiada,..diniatkan untk berpuasa sahaja.

Inilah kurma madu YUTA yang aku sangat suka dari kurma lain...sedapp

Friday, April 29, 2011

What can high-omega-3 foods do for you?

  1. Reduce inflammation throughout your body
  2. Keep your blood from clotting excessively
  3. Maintain the fluidity of your cell membranes
  4. lower the amount of lipids (fats such as cholesterol and triglycerides) circulating in the bloodstream
  5. decrease platelet aggregation, preventing excessive blood clotting
  6. inhibit thickening of the arteries by decreasing endothelial cells' production of a platelet-derived growth factor (the lining of the arteries is composed of endothelial cells)
  7. increase the activity of another chemical derived from endothelial cells (endothelium-derived nitric oxide), which causes arteries to relax and dilate
  8. reduce the production of messenger chemicals called cytokines, which are involved in the inflammatory response associated with atherosclerosis
  9. reduce the risk of becoming obese and improve the body's ability to respond to insulin by stimulating the secretion of leptin, a hormone that helps regulate food intake, body weight and metabolism, and is expressed primarily by adipocytes (fat cells)
  10. help prevent cancer cell growth.
What conditions or symptoms indicate a need for more high omega 3 foods?
  • Depression
  • Cardiovascular Disease
  • Type 2 Diabetes
  • Fatigue
  • Dry, itchy skin
  • Brittle hair and nails
  • Inability to concentrate
  • Joint pain
Salmon, flax seeds and walnuts are excellent food sources of omega-3 fatty acids.

Monday, April 11, 2011

Khasiat minyak zaitun yang kita tidak tahu..


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda ;
`Makanlah minyak zaiton dan urutkannya ke seluruh badan kerana ia adalah pokok yang suci’ – Riwayat Tirmizi

Antara banyak-banyak makanan yang ada di muka bumi ini, makanan utama yang hanya mengandungi lemak tak tepu (MUFA:monounsaturated fat) ialah minyak zaiton dan minyak ini adalah makanan utama orang-orang Mediterranean. Melalui kajian, mereka mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghadapi masalah kesihatan contohnya masalah jantung berbanding orang lain. Satu lagi kajian mencatatkan, jika kita HANYA bergantung pada minyak zaitun ini sahaja, sudah cukup untuk mengurangkan risiko kita sebanyak 50% berbanding orang lain untuk mendapat masalah saluran darah di jantung (coronary artery disease)

Apa sebenarnya yang terkandung dalam minyak ini?
Minyak zaitun mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi, omega-3, omega-6 dan pelbagai lagi. Semua asid lemak ini penting untuk peredaran impuls dalam otak, merendahkan paras kolesterol dalam badan dengan mengurangkan pengoksidaan lemak sekaligus mencegah masalah jantung. Minyak ini juga adalah pengawet semulajadi,boleh memanjangkan jangka hayat makanan. Contoh terdekat ialah tin-tin sardin yang dilihat di pasaraya. Semuanya direndam dalam minyak zaitun, betul atau tidak?

Jadi, bagaimana kita mahu menggunakan minyak zaitun`ajaib’ ini semaksimanya?
Sebagai minyak utama bila memasak semua makanan kita
Kuatkan rambut rapuh (cara : rendam rambut dalam minyak ini, kemudian balut rambut dengan tuala selama 30 minit, kemudian basuh rambut)
Sebagai bahan utama kecantikan kulit (cara : URUT pada tempat-tempat yang disukai [jangan sapu])
-dapat mengelak kerutan dan memperbaiki tona muka (wrinkles and face tone)
-kulit cantik dan halus - Pelembap dan penyegar muka
(cara: ½ cawan minyak zaitun+ ¼ cawan cuka+ ¼ cawan air; guna sebagai krim muka malam)
Kuatkan kuku (cara: rendam kuku jari dalam minyak zaitun)
Mengelap keluar make-up (sesuai untuk semua jenis make-up

Di pasaraya akan ada pelbagai jenis minyak ini. Yang mana perlu dipilih? Dalam mana-mana jenama pun, ada 4 kategori minyak zaiton.
Extra virgin olive oil – kategori terbaik, paling kurang diproses, minyaknya adalah hasil perahan pertama (tanpa haba) buah zaitun itu.
Virgin olive oil – minyak adalah dari perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama.
Pure olive oil / Olive oil – minyaknya telah melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya.
Extra Light olive oil – minyaknya adalah hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan pelbagai minyak lain.

Anda perlu memilih yang dilabel Extra Virgin kerana itulah kualiti terbaik jika kita ingin mendapatkan segala manfaat dari minyak ini terutama menjaga kesihatan badan. Selamat membeli!

Sunday, February 13, 2011

budu,..sedap dan berkhasiat.

Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala
flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) .

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiellapneum! oniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di> mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk
menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara . Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.