Setelah hampir 2 tahun menanam pohon ceri ini,...kini aku sudah nampak buahnya...oh begitu rupanya...memang patut la dinamakan ceri...dah bentuknya sebiji macam buah ceri yang selalu kita nampak tu,..ala yang berwarna merah tu..
Pohon ni ada kenangannya yang tersendiri...waktu aku dan suami kerumah rakan guru yang menjadi pengantin lelaki,..sedang aku dan suami makan di khemah yang disediakan, di sebelah khemah tu aku nampak banyaknya buah-buahan yang selama ini belum pernah kulihat....perasaan ingin tau dipendamkan sahaja...sehingga suatu hari lainnya aku pun bertanya pada cikgu tu...katanya itulah pokok ceri cina. Berkat kesungguhanku yang beria-ria tu..akhirnya pada suatu hari yang lain,..aku dihadiahkannya sepohon anak pokok ceri cina!. terima kasih Cikgu Shahnur..
Merupakan salah satu sumber vitamin C yang tertinggi, Selain itu, memiliki kandungan karotin yang setanding karot, dan banyak mengandung magnesium, dan beberapa dari vitamin B; niasin, asam pantotenat, vitamin B1 (tiamin), dan vitamin B2 (riboflavin).
Beginilah rupanya pokok ceri cina..cantik sangat kan,...sudah tentu kita membayangkan rasanya manis bergula kan, tapi buahnya yang ranum kemerahan tu rasanya agak masam sedikit...namun aku suka sangat...kerana buah ini yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Acerola Cherry sangat berkhasiat,..antaranya ialah;
KHASIAT BUAH ACEROLA CHERRY
Sejenis buah merah cerah, lembut, dan berair, Acerola telah dimakan selama berabad-abad oleh penduduk asli Antilles, Amerika Tengah, dan Utara Amerika Selatan. Juga disebut cherry Barbados, Acerola mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi, kaya dengan pelbagai vitamin & mineral,
terdapat lebih 150 jenis unsur-unsur nutrien serta kandungan anti-fungus yang kuat.
Acerola dikenali kerana kepekatan tinggi asid askorbat atau Vitamin C, bertindak sebagai antioksidan dan pengawet.
Di antara khasiat dan kebaikan yang terdapat pada buah Acerole Cherry ialah:
- Mengawal tahap kolesterol.
- Merawat demam
- Mengatasi tuberculosis
- Mengatasi kencing manis
- Memulihkan luka
- Anti penuaan sel-sel badan
- Menghidratkan kulit & mempergiatkan fungsi kapilari.
- Mengatasi Radang (inflamation)
- Mencegah penyakit jantung
- Menjaga hati dan meransang sistem buah pinggang
- Mengatasi penyakit Reumatik (Rheumatism)
- Bantuan berkhasiat bagi mengatasi anemia
P/S : kalau info kat atas tu betul...akulah manusia bertuah kerana memiliki pokok ini.
Terimakasih dan sekalung penghargaan kepada laman http://www.amazelife.com/2012/05/khasiat-buah-acerola-cherry.html
No comments:
Post a Comment