Saban hari,..ada sahaja meow baru kat rumah,..manakan tidak kalau terjumpa sahaja meow comel di sekolah ke,..kat tepi jalan ke..ambik dan angkut balik rumah...
Sebenarnya banyak yang aku belajar dari meow...macam manusia juga..si meow ni ada yang baik dan jahat,.ada yang dengki dan khianat, ada juga yang happy go lucky dan pendiam...tak percaya...cuba buat kajian...mesti ada fakta begitu kan..
Di sepanjang hidupku,..dah terlalu banyak kucing yang aku bela,,,kadang-kadang cuma sekejap saja sebab hilang,.mati dan diambil orang,...banyak juga yang sempat hidup bertahun2...so aku nak cerita sikit tentang
Perangai kucing...
1. Malu2 kucing...- malu macam ni bertempat,..pura-pura baik..tapi rupanya kejap lagi ikan kat sink dah kena kebas...
2. Cemburu buta - banyak kucing yang cemburu buta,,jika da kucing baru datang,..mula tunjuk sikap sebenar..garang tak bertempat..
3. Pendiam / pemalas - Kucing macam ni tak suka kacau tepi kain orang...lepas makan..cari tempat nak tidoq...apa jadi pun tak kisah..asyik menguap je....
4. Perengus/Pemarah - suka buli orang lain..seolah-olah dia raja dalam rumah..habis kucing lain dikejar lari membawa diri...
5. Pembersih - yang paling aku suka,..kalau buang najis,..dikambus sampai rapi...dan ada juga yang buang najis kat toilet...memang terbaik..cuma tiada kudrat nak basuh sendiri je...kalau ada bagus sangat..
6. Pengotor - suka buang najis di merata tempat
7. Tak Pandai kenang budi / perasan - ada kucing tu memangcomel sesangat tetapi perangai tersangat hodoh..ingatkan comel dan gebu bawala sekali ke atas katil untuk tidur tapiii..dihadiahkan kiata perfume yang sangat tragis nak menghidunya..eeeeeee...
8. Melampau / Mengada2 - memang lumrah kita suka membelai kucing2..tapi si meow yang mengada2 ni 24 jam mahu dibelai...huhhh..ingat tak de kerja lain ke...
9. Setia - ada kucing yang aku bela terpaksa aku buang sebab ada yang tak kena,..buang je esok balik semula,..buang lagi,..kejap lagi ada lagi muka dia...terjongol..last2 bela la juga sebab kesian dan tabik dengan kesetiaannya hehe
10. Beriman dan baik akhlaknya - memang ada kucing yang bersopan santun tapi sayangnya kucing yang baik macam ni cepat pula matinya..sedihhh..
Itulah sifat kemanusiaan yang wujud pada kucing2 peliharaanku yang sempat aku perhatikan...setiap sekor darinya ada karektor tersendiri...macam juga spesis manusia..
melangkah ke taman indah...berkongsi bersama saya tentang apa sahaja yang boleh memberi kebaikan, semoga kita bahagia di sana..
Followers
Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts
Saturday, March 23, 2013
Wednesday, October 10, 2012
Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri..
Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.
Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
· ambil air segelas
· baca al-Fatihah sekali
· Ayatul Qursi sekali
· Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
· Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Surah al-waqiah ayat 35 -38
Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Cara 3:
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
Tuesday, November 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)