Followers

Sunday, July 11, 2010

Alahai Pulut Durian..


Beginilah rupanya pulut durian,..hidangan yang paling dikenali di negeri Kedah bila tiba musim durian,..malangnya tahun 2010 seolah tidak menjadi bagi buah-buahan tempatan termasuk durian, maka harganya kini agak mahal...
Nak makan pulut durian paling enaknya di sebelah malam sbb bila makan pulut cepat ngantuk, so sangat sesuai la...lagi satu, santan kena pekat dan fresh, baru terbit aroma yang amat enak..bagi aku sendiri, kalau nak makan pulut durian ni..semasa pulut yg dikukus baru je masak(masih panas), ditambah dengan santan pekat, kemudian di gaul bersama ulas durian yang kekuningan lembut..lebih enak kalau jenis durian kampung..ahhhhhhh meleleh air liur ni...

6 comments:

  1. Adoi, awat chek buat macam tu.. Ayak liuq meleleh dah tengok pulut durian. Lama tak pekena.. lepas tu tidoq.. adooooi.. rasa2 macam nak balik la nie jugak...

    ReplyDelete
  2. salam, en mohamad,..tak terniat pun nak lelehkan air liur oarng lain,,sorry ye..saja je nak buat entry berkaitan selera sendiri,..anyway tq..sebab sama selera..

    ReplyDelete
  3. awat...ingat oghang kedah je pandai makan pulut derian....oghang gganu pun pandai jgk tau...

    ReplyDelete
  4. alahai wak parpu,...jangan marah le...nak tanya, pulut durian orang sana sama ke..

    ReplyDelete
  5. oghang gganu makang...pulut, durian, santan, gula@gula melaka (bg yg suka manis)...makang dengang tangang...pakai sudu tak sedap...

    ReplyDelete