Followers

Thursday, July 21, 2011

Siput rangup sedapppp



Setiap kali raya mesti nak buat kuih ni...dari zaman dulu2 hingga sekarang,,kuih ni adalah pilihan utama untuk masuk ke mulut,..betul kan?..itulah kuih siput namanya..rupanya seakan2 siput,..diadun dengan tepung dan rempah ratus mengikut yang empunya resepi,..kalau nak pedas tambah je chili,..tapi yg pasti serai dan jintan adalah bahan utamanya...
untuk kesekian kalinya, ct ada le jual kuih ni,..resepi asli dari sepupu..memang sedap...kalau nak cuba boleh hubungi ct...tapi belanja pos kena bayar sendiri noo..memang sedap sangat,.tak terasa makannya..tengok2 dah habis sebalang..ok...nak cuba,,bagitahu ye..jangan malu...

Monday, July 11, 2011

Jus epal hijau...dan aku..


Sejak setahun lalu,..aku jadikan jus epal hijau sebagai minuman wajib,...memang untuk mengurangkan lebihan lemak dalam badan,..sekaligus untuk melawaskan pembuangan toksid dari tubuh. Ternyata jus epal hijau memang bagus sekali...walaupun berat badan tidak turun seperti yang diinginkan namun sudah cukup menjadikan aku lebih sihat...

Akan kuteruskan usaha ini semoga kesihatanku lebih baik dan lemak yang terlebih dapat dikurangkan...apa yang seharusnya kulakukan seiring dengan usaha ini ialah senaman berterusan...suatu aktiviti yang agak liat nak dilakukan...insyaallah kepada sesiapa yang sewaktu denganku,..yang memang montel...elok la teruskan meminum jus epal hijau ini...

Jom kita lihat lagi khasiat epal hijau ini..
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.
* Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:

- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah: - Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit. Jadi ayuh kita sama-sama manfaatkan kebaikan epal hijau...jommm.