Followers

Thursday, November 5, 2009

Laman harum.


Gardenia Cornuta berasal dari benua Afrika.
LAMAN yang cantik bukan hanya kerana keindahan susun atur tata hias semata-mata kerana pelbagai elemen lain yang menghidupkan suasana perlu di ambil kira. Pakar landskap menetapkan lima elemen yang perlu ada dalam laman yang berkaitan dengan deria rasa seperti pandangan, rasa, bau, pendengaran dan sentuhan.
Dalam seni laman, tanaman yang mengeluarkan bau wangi berfungsi menarik kunjungan tetamu ke laman termasuklah unggas atau serangga seperti rama-rama dan lebah.

Tujuan penggunaan tumbuhan yang mengeluarkan bau adalah mewujudkan suasana harmoni selain menimbulkan perasaan ingin tahu kepada tetamu yang lalu di laman sekali gus menerokainya. Antara tanaman yang mengeluarkan bau wangi ialah jasmin, kemuning, sundal malam, kemboja dan kesidang yang sangat sesuai ditanam di laman tanpa mengira keluasan kawasan.

Satu lagi tumbuhan yang sering dijadikan penghias laman dan mengeluarkan bau wangi adalah bunga gardenia atau dikenali sebagai mawar atau ros Jepun. Sesuai menjadi hiasan apa juga konsep laman terutama laman Cina, Jepun dan nusantara. Malah, ia boleh disesuaikan dengan laman gaya kedesaan Inggeris. Gardenia juga sesuai untuk menjadi tanaman dalam kediaman.

Bagi pakar botani, pokok ini agak sukar untuk ditanam dan dijaga, namun jika mengetahui kaedah sesuai menjaganya mungkin tidak menghadapi masalah. Bunga gardenia berwarna kuning lembut , putih atau putih gading dan putih lilin mengeluarkan bau harum seperti mawar tetapi lebih lembut dan kelopaknya lebih besar.

Gunakan bahan racun serangga biasa untuk membunuh serangga dan kulat. Paling mudah pastikan pokok sentiasa lembap.

No comments:

Post a Comment