melangkah ke taman indah...berkongsi bersama saya tentang apa sahaja yang boleh memberi kebaikan, semoga kita bahagia di sana..
Followers
Wednesday, November 4, 2009
Bunga kesidang ct
Seronok tak terkata apabila bunga kesidang (kerak nasi) yang kutanam sejak berpindah kerumah baru mula berbunga) Teruja melihat jejambak yang mekar mewangi. Kesidang ialah sejenis pokok renek yang memanjat, berasal dari pulau Jawa. Daunnya bujur berwarna hijau muda serta mempunyai urat-urat yang jelas. Bunga kecil berwarna putih, berjambak dan terbit pada pucuk dahan atau ketiak daun.
Setiap jambak terdapat 10 - 20 kuntum bunga. Bunga kesidang kembang di waktu pagi dan berbau wangi. Di waktu malam bunganya akan lebih wangi mengharumi persekitaran.
Nama saintifiknya Vallaris glabra. Batangnya keras dan padat berwarna kuning keputihan serta mengeluarkan getah putih yang amat lekit. Lekitnya tidak hilang jika tidak dicuci dengan sabun.
Ada yang menanam di dalam pasu, namun biasanya ditanam di halaman. Dengan habitatnya yang memanjat dan menjalar elok disediakan para. Pokok ini sesuai dijadikan penutup pada gazibo untuk tujuan redupan di taman-taman. Ekstrak bunga kesidang amat sesuai dijadikan wangian kerana aromanya yang lembut dan menyegarkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam..
ReplyDeletemmg kita mahu selalu berada didalam nostalgia lama..terlalu indah kan..
itulah zaman kanak2 dan alam remaja.