Followers

Wednesday, December 9, 2009

flora di taman


              Antara flora yang terdapat di lamanku...rose yang ditanam setahun yang lalu kini membungai selalu....walaupun bunganya tidak la sebesar dan secantik mana namun ianya cukup untuk mengharumkan taman hatiku  setiap hari...

bunga ni pulak tak tahu nama rasmi atau saintifik tapi aku panggil bunga essence...mungkin kerana  berbau harum....bunga ni membawa nostalgia  zaman kanak2 dulu....di mana sewaktu itu satu kampung menanam bunga ni...kat mana2 halaman rumah pun ada,,,,


yang ni pula sejenis bunga tahi ayam...penyeri tiang dilamanku...amat berseri jam 12 tengahari...dari jauh sudah kelihatan kerana  bunganya berwarna oren keemasan...disebelahnya pula bunga jugak...bunga cinta lestari...(athirah...anak bongsu).


koleksi terbaru dari keluarga mawar...baru seminggu ditanam,..semoga suburlah dan berbungalah...benih dari tanah sejuk memang berbunga besar tapi memerlukan penjagaan rapi...insyaallah..


yang ni bunga marygold (sejenis bunga tahi ayam)...haihhh mengapa la namanya tak sedap didengar...apa2pun bunga ini amat cantik kalau dijaga dengan rapi, buangkan mana2 bunga yang kering...yang penting ialah ia juga mampu menjauhkan nyamuk...

bunga raya, merah menyala...menjadi penyeri mata...walaupun tiada wanginya..

p/s : walaupun lamanku cuma sekangkang kera...(kata orang tua2)..akan ku hiaskan dengan flora dan tumbuhan...semoga setiap hari mataku singgah pada kesegaran dan kehijauan alam yang menyenangkan...

3 comments:

  1. Indahnya mawar yang berkembang.. seindah namanya...

    ReplyDelete
  2. so beautiful...I love gardens. Apo kan dayo den dok kek tingkat empatboleh yo....huhuhu

    ReplyDelete
  3. Salam!
    Kalau dinilaikan cikgu CT ni suka pada bunga! Baguslah tu kalau ada minat boleh masuklah kealam bunga-bungaan (Floriculture). sekarang pun byk website yg mendedahkan mengenai aspek kebungaan cumanya mungkin bunga tempatan kurang dibuat kajian dan diwar-warkan! Tapi untuk kekalkan kesegaran, kenalah tahu srba sedikit tentang aspek tanah, baja dan kesuburan tanaman. Kalau tidak, kembang dan mekarnya sesuatu bunga tu hanyalah sebentar sahaja!

    ReplyDelete