Followers

Wednesday, February 2, 2011

Khasiat epal hijau...


Bila usia semakin menganjak,.aku menjadi semakin berawas memilih makanan, lalu bertekad untuk tidak terlambat dalam pengamalan makanan sihat..bukan apa...bimbang menyusahkan orang lain jika jatuh sakit...so jom kita lihat apa yang sebiji epal hijau dapat berikan kepada kita...Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.
Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.
Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.

Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

Epal hijau boleh membantu mencegah:
•Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
•Mengurangkan risiko penyakit jantung.
•Membantu kesihatan membran paru-paru.
•Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
•Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
•Membantu mengekalkan berat badan.
•Mengurangkan tekanan penyakit asma.
•Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian. - utusan

p/s : jom kita semua amalkan ye..

4 comments:

  1. hmmmm..nice..and amat berguna...,cuma kanak kanak tak digalakkan makan sgt nanti akal x berapa nak pantas...

    laman blog anda cukup persona dgn ilmu yg bermanafaat..keep contributing

    zel - perunding metafizik sains pernomboran /perunding personaliti .zai7339@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. mohon share..Tq

    ReplyDelete
  3. mohon share juga..info yg berguna

    ReplyDelete