Followers

Thursday, February 24, 2011

Jom tengok pula..apa khasiat anggur hitam...

Anggur hitam mempunyai tahap vitamin dan mineral yang sungguh mengagumkan. Dari segi bahan antioksida dan Vitamin C, anggur hitam adalah salah satu sumber semulajadi yang tinggi. Anggur hitam kaya dengan fitokimia yang dipanggil antosianin, terkenal bagi manfaat antikeradangannya. Antosianin adalah pigmen tumbuhan yang memberikan buah anggur hitam warnanya yang gelap - semakin gelap warna buahnya, semakin tinggi kandungan antosianin dan semakin banyak manfaat bahan antioksida. Buah yang berwarna gelap ini padat dengan bahan antioksida dan secara am terbukti memiliki manfaat kesihatan yang ketara. Kajian menunjukkan bahawa bahan antioksida bolen mencegah pelbagai jenis penyakit. Lebih kurang 100gram buah anggur hitam mengandungi hanya 30 kalori, serta padat dengan kandungan vitamin dan mineral.

Melalui uji prakliniks terhadap ekstrak biji anggur, ianya didapati dapat menghalang sinar ultraviolet yang merupakan penyebab kanser. Selain itu, zat yang terkandung didalamnya mampu meningkatkan daya tahan tubuh. Zat tersebut berfungsi sebagai benteng atau kekebalan tubuh terhadap penyakit. Dengan begitu, penyakit kanser kulit dapat dihindarkan.

No comments:

Post a Comment