Followers

Saturday, May 18, 2013

ghimau....oh ghimau

Hampir seminggu kucing aku si ghimau ni dirawat di klinik .masalahnya si Ghimau ni bila nak kencing ambik masa yg lama dan sekejap2 kencing lagi...setelah hampir 2 minggu ku perhatikan keadaannya bertambah serius dari hari ke sehari.. Kencingnya sudah melimpah2 keluar dari badan sehingga membasahi bulunya..so aku ambik kptusan untuk bawa ke klinik verterinar yg berhampiran.   Doktor yang bernama Megat  memberitahuku ghimau terkena penyakit batu karang.....katanya penyakit ghimau sudah serius dan..ghimau mesti dirawat segera...aku pun akur..dalam hati berharap ghimau kembali sihat dan gemuk macam dulu....

Keadaan Ghimau yang cengkung semasa dibawa ke klinik untuk rawatan.
Di sepanjang rawatannya Ghimau ditempatkan dalam sangkar bersama banyak kucing lain yang juga bermasalah dan diserang penyakit..Akhirnya setelah rawatan selama seminggu Ghimau semakin ok dan selera makannya bertambah baik...kini Ghimau semakin sihat dan bertambah comel..apatah lagi kini dia sudah dikembirikan atas nasihat doktor..dah jadi pondan le hero aku tu...

Heroku,.Ghimau yang macho tapi sudah hilang taringnya akibat kena kasi hahaha..