melangkah ke taman indah...berkongsi bersama saya tentang apa sahaja yang boleh memberi kebaikan, semoga kita bahagia di sana..
Followers
Wednesday, December 15, 2010
Genap 2 tahun aku di sini..(Flora Damai)
Tup tap..tup tap,.dah 2 tahun rupanya kami sekeluarga berpindah rumah...dari sebuah rumah kampong ke sebuah taman perumahan berdekatan..pada mulanya memang agak berbeza,.rasa tak seronok pun ada....lama-kelamaan dah serasi pulak...baru je rasanya tapi rupanya dah lama juga...2 tahun dah..dah 3 kali raya aidilfitri disambut di sini..
Rumah 2 tingkat ini kami namakan dengan Flora Damai..semoga suasana yang sama-sama kami sekeluarga ciptakan di sini akan memberi kedamaian pada penghuninya..tiada yang lebih bahagia sekiranya sesebuah rumahtangga itu dihiasi dengan sikap bertolak-ansur dan saling melengkapi. Semoga diamnya kami di sini bersama restu dan rahmat Allah..amin.
Tuesday, December 7, 2010
Cakar Ayam...masih ku terkenang jua..
Bahan-bahan:
1/2 kg keledek
1 sudu kecil kapur
300 gm gula merah
2 sudu besar air
Minyak
Caranya:
- Keledek dibersihkan dan disagat halus memanjang. Rendam dalam air kapur kejap , emm kalau booleh dlm 1 jam gitu.
- Toskan hingga kering dan goreng
- Angkat dan toskan.
- Ambil kuali bersih, masukkan gula merah dan air.
- Bila gula larut, masukkan keledek goreng tadi.
- Cepatp-cepat angkat dan masukkan dlm acuan bulat . Tekan kuat-kuat biar mampat.
- Sejukkan dulu baru leh makan .
- Nie kira kuih tradisonal lah nie... emmm...cubalah dulu..
Friday, October 29, 2010
Nasi Goreng "Kitar Semula"
He he...unik betul menu kali ini..nasi goreng kitar semula, menu yang selalu dihidangkan setiap hujung minggu. Senang je, nasi yang tak habis dimakan setiap hari tu simpan je dalam freezer. Sama je masaknya, cuma nasi yang keras beku tu perlu dileraikan semula dibawah aliran air. Yang uniknya nasi goreng macam ni tak melekit..seroi je...best..sebiji-sebiji...cantik. yang pastinya sedapppp..cubalah.
Thursday, September 30, 2010
Jom buat sendiri Pizza..jom..
Bahan-bahan:
* 200 gm tepung roti @ high protein flour
* 1 sudu makan gula
* 1 sudu teh garam
* 1 sudu kecil yis kering (rendam dlm 1/2 cawan air suam)
* 100 ml air
* 1 sudu butter - boleh guna minyak zaitun & shortening
* 1 sudu susu tepung
* topping - 3 batang sosej (potong bulat), 1/2 labu bawang besar (cincang @ ptg bulat), 1/3 capsicum hijau, 1/3 capsicum merah, serbuk oregano & mozzarrella & sos pizza
Cara-cara:
1. Campur semua bahan dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
2. Preheat oven pada suhu 190 darjah selama 10min.
3. Bila doh kembang 2 kali ganda, tumbuk & canai doh tersebut setebal 0.5 cm. Cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut.
3. Sapu sos pizza ikut suka. lepas tu taburkan topping yang lain diakhiri dengan keju mozzarrella (ikut suka hati ya).
4. Bakar pizza dalam suhu 190 darjah selama 20 - 25 min. Dah masak tu sedap dimakan panas-panas.
Sunday, August 1, 2010
Jom..buat biskut raya sendiri...
Raya tahun ni..insyaallah boleh la buat sendiri kueh raya (biskut)...sebelum raya..cikgu mcm cikgu siti ada cuti seminggu...so apa lagi jom buat sendiri...kalau nak tempah kat cikgu siti pun boleh lah..
SENARAI HARGA : (SATU BEKAS 50 BIJI)
SAMPRIT = RM18.00
BUNGA CINA = RM 18.00
ALMOND LONDON = RM 22.00
SHORT BREAD = RM 22.00
MAZOLA - RM 18.00
TAT NENAS = RM 22.00
BISKUT MAKMUR = 22.00
SO KALAU ADA YANG BERKENAN DI HATI..EMELKAN SAJA KAT CIKGU SITI (syaakob@yahoo.com). Kos penghantaran tanggung sendiri...
Saturday, July 24, 2010
Rupanya si kundur pula datang bertandang..
Thursday, July 22, 2010
Cendawan Goreng Tepung
Bulan lepas I always craved for Cendawan Goreng Tepung. Selalu jugak goreng kadang-kadang sampai 2 packet. Ramai jugak yang tanya pasal resipi Cendawan Goreng Tepung ni, tapi saya tak berape pandai nak bagi resipi. But I will try. Tapi resipi saya kali ini memang sedap boleh tahanlah..
Bahan – bahan :
1 packet Cendawan Shiitake/ Tiram
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh tepung jagung
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk kari daging/ayam
Sedkit garam (secukup rasa)
Cara-cara membuatnya :-
1. Pecahkan telur dan gaulkan cendawan tadi dalam mangkuk.
2. Kemudian ambil satu mangkuk yg berlainan untuk tepung tadi.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, serbuk kunyit dan garam tadi ke dalam mangkuk tersebut, dan gaulkan sehingga sebati.
4. Setelah selesai gaul hingga sebati, celup cendawan yang telah di gaul bersama telur tadi ke dalam serbuk tepung.
5. Panaskan periuk selama beberape minit sehingga minyak betul2 panas, kemudian goreng selama beberapa minit sehingga warna cendwan menjadi coklat kekuningan.
***** tak sabar nak makan!Selamat Mencuba!! (sangat senang okay??)
Sunday, July 11, 2010
Alahai Pulut Durian..
Beginilah rupanya pulut durian,..hidangan yang paling dikenali di negeri Kedah bila tiba musim durian,..malangnya tahun 2010 seolah tidak menjadi bagi buah-buahan tempatan termasuk durian, maka harganya kini agak mahal...
Nak makan pulut durian paling enaknya di sebelah malam sbb bila makan pulut cepat ngantuk, so sangat sesuai la...lagi satu, santan kena pekat dan fresh, baru terbit aroma yang amat enak..bagi aku sendiri, kalau nak makan pulut durian ni..semasa pulut yg dikukus baru je masak(masih panas), ditambah dengan santan pekat, kemudian di gaul bersama ulas durian yang kekuningan lembut..lebih enak kalau jenis durian kampung..ahhhhhhh meleleh air liur ni...
Tuesday, June 15, 2010
Friday, May 14, 2010
pohon mangga berbuah sudah..
Monday, April 26, 2010
Friday, April 16, 2010
seharum cempaka..
Saturday, March 13, 2010
Tetamu yang disenangi..dilamanku
Sunday, February 7, 2010
jom cuba rawatan herba...rahsia daun ubi kayu.
Siapa sangka daun ubi kayu tiada kegunaannya.. Selain direbus dibuat ulam atau dibuat pecal, daun ubi kayu juga dipercayai digunakan dalam perubatan tradisional dalam merawat sengatan gigitan serangga berbisa dan juga kegunaan lain yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini. Berikut cerita benar seorang guru....
“Saya adalah seorang guru sekolah rendah yang pernah bertugas di beberapa tempat di negeri Sabah. Saya banyak berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan juga penduduk tempatan di tempat-tempat saya pernah bertugas berkaitan dengan perubatan kampung atau tradisional.
Semasa saya bertugas di daerah Tuaran, di suatu kawasan perkampungan nelayan yang sebahagian besarnya adalah etnik Bajau, saya pernah diberitahu tentang rahsia merawat sejenis penyakit misteri yang barangkali hanya wujud di sekitar masyarakat tersebut. Pada suatu masa dahulu ada terdapat suatu penyakit kulit yang misteri dan amat sukar diubati dengan perubatan moden walaupun oleh pakar sakit kulit dan biasanya menurut mereka, penyakit tersebut hanya dapat diubati oleh segelintir orang yang tahu tentang rahsia penyebab penyakit tersebut.
Penyakit tersebut dipanggil “samaie” dan dikenakan kepada orang tertentu melalui makanan (boleh mengakibatkan busung) atau sentuhan kepada kulit manusia. Bahan yang digunakan adalah himpunan 7 jenis barang terkotor dan miang tumbuhan seperti miang buluh dan miang ulat bulu.Barang-barang terkotor adalah seperti cairan daripada bangkai binatang dan juga mayat manusia. Akibat daripada terkena campuran tadi ialah jika terkena di kulit maka kulit akan menjadi gatal dan pedih yang teramat sangat, makin digaru semakin merebak dan akhirnya menyebabkan kulit bernanah dan menggelupas.Jika seseorang yang terkena itu tidur di atas tikar maka tikar akan melekat pada daging/kulit mangsa. Azab sengsara hanya Tuhan sahaja yang tahu, begitu kata orang tersebut.
Ramuan untuk mengubati penyakit tersebut adalah seperti berikut: daun ubi kayu yang masih segar, isi kunyit, kapur sireh, santan kelapa pekat sebaiknya yang berwarna hijau dan daun sireh yang matang. Kesemua bahan herba tadi harus dilumatkan dan disapu ke serata badan atau kawasan yang telah dijangkiti penyakit.
Saya hanya menyampaikan perkongsian ilmu, keberkesanan hanya diketahui oleh mereka yang pernah menjadi mangsa kepada perbuatan keji sesama manusia itu sahaja. Apapun, melalui pengalaman saya sendiri, daun ubikayu adalah bahan herba yang berkesan untuk merawat kesan sengatan atau gigitan serangga berbisa seperti lipan dan penyengat.Ramas daun ubukayu dan tempelkan kepada bekas gigitan atau sengatan, mudah-mudahan akan cepat hilang kesan bisa dan juga tidak akan membengkak sengatan atau gigitan tersebut. Insyaallah.