Followers

Wednesday, June 29, 2011

Nasi lemak dalam hidupku..

Nasi lemak,..sinonim amat...dengan aku,..jua kamu..atau sesiapa saja kan...
nasi lemak,..suatu masa pernah menjadi penyambung dan penyumbang hidupku,..bangun pagi bertemakan kesepian malam bertanak nasi lemak,..bungkus buat jajan dan jualan,.untuk menambah pendapatan,..tapi itu dulu sekarang nasi lemak nak makan kena pergi beli la..pantang tengok nasi lemak,..apatah lagi kalau dibungkus daun pisang harumnya mengimbau kenangan,..waktu usia masih hingusan,..nasi lemak menjadi santapan sementelah pula yang memasaknya nenek yang amat ku sayang....di kukus dengan pati santan dan daun pandan..wahhhhhh meleleh air liur..
Nasi lemak dah mahal sekarang,..dulu kalau kecik2 boleh dapat 5o sen sebungkus sekarang dah tak main la...paling murah pun 70 sen,,..itupu 3 kali suap habis....
Nasi lemak daun pisang,..mari dimakan panas-panas...enak di mulut di hati bimbang,..jadi badan beruas-ruas...ha ha...nasi lemak...macam mana nak kurus kan,..nasi lemak,..pergi la main jauh2...he he..

Wednesday, June 22, 2011

Nak awet?...he he..


Memiliki wajah yang cantik dan berseri memang menjadi idaman setiap orang terutama wanita. Malah golongan wanita sanggup memperuntukkan perbelanjaan tinggi semata-mata untuk memastikan mereka terus kelihatan awet muda.

Pelbagai jenama barangan kosmetik dan penjagaan kulit tempatan dan import dijual secara berleluasa di pasaran dengan sasaran pembelinya adalah wanita. Pun begitu, terdapat ramai wanita yang hampa dan kecewa kerana tersalah pilih barangan kosmetik. Ini bukan saja merugikan mereka, malah sesetengahnya mengakibatkan keadaan wajah dan kulit mereka bertambah buruk. Oleh sebab itu ramai yang bimbang menggunakan barangan kosmetik yang dijual di pasaran kerana khuatir menghadapi kesan sampingan.

Pilihan alternatif bagi mengekalkan wajah cantik ialah menerusi penggunaan herba atau jamu yang tidak kurang sambutannya. pembaca berpeluang mencuba kaedah penjagaan wajah dan kulit menggunakan herba GAJUS atau dikenali sebagai KETEREH, JANGGUS dan JAMBU GOLOK.

Herba dengan nama saintifiknya Anacardium occidentale ini adalah dari keluarga tumbuhan Anacardiaceae. Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) sebelum ini membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Pucuk gajus didapati mengandungi 97.6 peratus aktiviti pembersihan toksik. Di dalam pucuk gajus terdapat bahan antioksida yang boleh meneutralkan dan melawan bahan toksik di dalam badan. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan. Menurut beliau, ini akan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.

Pucuk yang telah dibersihkan dimakan begitu saja sebagai ulam ataupun diminum air rebusannya. "Mereka yang mengamalkannya dapat merasakan perbezaan kehalusan kulit di samping ia turut memberi kesegaran kepada tubuh,'' ujar beliau. Tambah Tajuddin, selain khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis. Menurut beliau, air rebusan pucuk daun atau kulit kayu pokok gajus yang dikumur- kumurkan juga boleh mengubati sakit seriawan atau ulser mulut. Manakala kulit kayu pokok gajus yang digiling sampai lumat boleh merawat luka, badan melecur, sakit gigi, tapak kaki pecah-pecah dan terkena gigitan binatang berbisa. "Kulit kayu yang telah digiling atau ditumbuk halus itu ditampalkan pada bahagian-bahagian berkenaan. Bagi kes sakit digigit binatang bisa, pesakit perlu mengeluarkan bisanya terlebih dahulu sebelum melakukan kaedah rawatan menggunakan kulit kayu gajus ini,'' jelasnya.

Saturday, June 18, 2011

Kismis dan Kurma Yahudi..hati-hati ye..

Kismis ini banyak di kedai-kedai terutama di kedai-kedai runcit. Pasti ramai yang tidak terlepas daripada memakan kismis ini. Malah, saya juga tidak terlepas daripada memakan kismis, Sungguh mengecewakan kerana maklumat lambat diketahui. Kismis ini adalah berasal dari California, U.S. yang mana kita sudah ketahui salah satu negara Yahudi yang sangat membenci Islam. Kismis ini sebenarnya adalah lebihan-lebihan kismis yang telah rosak dan kemudiannya dihantar ke semua negara-negara Islam di seluruh dunia. Kismis tersebut melalui satu proses supaya yang rosak kelihatan cantik. Makanan yang rosak akan memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman makanan dalam badan.Maka, kismis yang baik-baik dan segar dibungkus dalam bungkusan yang berlainan dan dibekalkan kepada orang-orang Yahudi. Jadi, BERHATI-HATILAH kepada semua yang suka makan kismis. Carilah kismis seperti gambar di atas.

Sempena bulan Ramadhan nanti, elok la berhati-hati........be careful of Kurma Yahudi Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia .Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura

Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.

Friday, June 3, 2011

Nostalgia Keriang Dot..

Ziarahku ke rumah nenek di Kampung Sungai Yan kelmarin memang best,..banyak yang dapatku perbuat,..antaranya sama2 meratah cucuq ikan...sedap sangat....habis 4 kg ikan kembung dalam sekelip mata...betul2 happy..bukannya apa..sejak harga ikan naik...kami sekeluarga cuma makan ikan untuk lauk je...tak le mewah macam hari ni..

Satu lagi,..sambil2 ratah ikan, kami juga dijamu dengan buah kuinin dan buah keriang dot...he he..aku pun makan la buah keriang tu puas2...sambil2 makan teringat nostalgia lama...zaman bebudak dulu... buah inilah yang sering menjadi rebutan aku dan kekawan semasa balik sekolah..

*****Info : Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung di utara tanah air pasti mengenali buah keriang dot yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah anggur. Jika dahulu pokok keriang dot mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung namun kini buah ini semakin sukar diperoleh.

Mungkin juga generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokoknya semakin pupus.Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.

Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.