Followers

Monday, August 22, 2011

Biskut Bunga Cina - paling laris di pasaran 2011.

Biskut Bunga cina

Bahan Bahan

100gm tepung ubi kayu
30 gm tepung jagung
1 biji telur - asingkan kuning dan putih
sedikit garam - jika suka
1/2 sudu teh baking powder
2 1/2 sudu besar majerin atau butter
susu pekat manis ikut lembut

Cara Penyediaan

Campurkan kedua jenis tepung dengan baking powder kemudian garam.
Masukan telur putih yang di pukul sedikit di ikuti dengan majerin.
Bila adunan dan bercampur masukan susu pekat untuk membentuk adunan yang
lembut.
( Angaran setengah tin )
Paipkan adunan mengunakan acuan samperit.

Nota( Jangan biarkan adunan kering kalau boleh tutup adunan mengunakan tuala
sebab jika adunan kering nanti ianya menjadi keras dan kena tambah susu dari
masa kesemasa.)

Saturday, August 13, 2011

Menu di bulan puasa - YANG SESUAI


Pasti anda tertanya-tanya apakah diet yang sesuai di bulan Ramadhan bagi mengelakkan pertambahan berat badan dan kalori yang diambil tidak berlebihan. Adalah disarankan agar anda menjamu selera dengan jumlah kalori yang berpatutan dan mencukupi untuk tubuh badan yang sihat.

Terdapat beberapa langkah untuk kita menjamah hidangan ketika berbuka puasa. Kita digalakkan berbuka puasa secara berperingkat dimana kita boleh memulakan dengan memakan makanan ringan kerana ia lebih mudah dihadam. Ini dapat mengelakkan perut kita dari terlalu kuat bekerja selepas seharian berehat. Selepas seketika barulah kita menjamah makanan sederhana seperti sedikit nasi dan lauk-pauk dan diakhiri dengan snek secara berperingkat.

Diet yang sesuai menggalakkan kita mengambil banyak jus buah-buahan tanpa gula bagi mengembalikan bendalir badan yang hilang ketika berpuasa dan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur. Makanan berserat dalam mengelakkan kita dari menghadapi masalah sembelit. Kurma merupakan sumber gula, fiber, karbohidrat, kalsium dan magnesium yang baik untuk tubuh kita. Berikut adalah menu yang dicadangkan untuk berbuka. Selamat mencuba… Menu berbuka

* 3 biji Kurma
* Jus buah-buahan (tanpa gula)
* Semangkuk sup sayur
* Sedikit nasi
* Tempe
* Ayam panggang
* Pengat pisang