Followers

Saturday, August 13, 2011

Menu di bulan puasa - YANG SESUAI


Pasti anda tertanya-tanya apakah diet yang sesuai di bulan Ramadhan bagi mengelakkan pertambahan berat badan dan kalori yang diambil tidak berlebihan. Adalah disarankan agar anda menjamu selera dengan jumlah kalori yang berpatutan dan mencukupi untuk tubuh badan yang sihat.

Terdapat beberapa langkah untuk kita menjamah hidangan ketika berbuka puasa. Kita digalakkan berbuka puasa secara berperingkat dimana kita boleh memulakan dengan memakan makanan ringan kerana ia lebih mudah dihadam. Ini dapat mengelakkan perut kita dari terlalu kuat bekerja selepas seharian berehat. Selepas seketika barulah kita menjamah makanan sederhana seperti sedikit nasi dan lauk-pauk dan diakhiri dengan snek secara berperingkat.

Diet yang sesuai menggalakkan kita mengambil banyak jus buah-buahan tanpa gula bagi mengembalikan bendalir badan yang hilang ketika berpuasa dan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur. Makanan berserat dalam mengelakkan kita dari menghadapi masalah sembelit. Kurma merupakan sumber gula, fiber, karbohidrat, kalsium dan magnesium yang baik untuk tubuh kita. Berikut adalah menu yang dicadangkan untuk berbuka. Selamat mencuba… Menu berbuka

* 3 biji Kurma
* Jus buah-buahan (tanpa gula)
* Semangkuk sup sayur
* Sedikit nasi
* Tempe
* Ayam panggang
* Pengat pisang


1 comment:

  1. bila tak sempat buat juice, makan gitu je buah-buah tu...... Juice terjadi dalam perut.

    ReplyDelete