melangkah ke taman indah...berkongsi bersama saya tentang apa sahaja yang boleh memberi kebaikan, semoga kita bahagia di sana..
Followers
Saturday, July 24, 2010
Rupanya si kundur pula datang bertandang..
Puas diteka, puas dibelek..tertanya2 pokok apakah yang sedang tumbuh subur melilit dipagar rumahku,..baru sebulan lalu kubiarkan ia bertamu..ingatkan sipohon labu rupanya si kundur yang lalu..dan singgah bertamu..alhamdulillah..kini dah berbuah..cepat sungguh..dah besar buahnya..seronoknya...
Thursday, July 22, 2010
Cendawan Goreng Tepung
Bulan lepas I always craved for Cendawan Goreng Tepung. Selalu jugak goreng kadang-kadang sampai 2 packet. Ramai jugak yang tanya pasal resipi Cendawan Goreng Tepung ni, tapi saya tak berape pandai nak bagi resipi. But I will try. Tapi resipi saya kali ini memang sedap boleh tahanlah..
Bahan – bahan :
1 packet Cendawan Shiitake/ Tiram
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh tepung jagung
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk kari daging/ayam
Sedkit garam (secukup rasa)
Cara-cara membuatnya :-
1. Pecahkan telur dan gaulkan cendawan tadi dalam mangkuk.
2. Kemudian ambil satu mangkuk yg berlainan untuk tepung tadi.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, serbuk kunyit dan garam tadi ke dalam mangkuk tersebut, dan gaulkan sehingga sebati.
4. Setelah selesai gaul hingga sebati, celup cendawan yang telah di gaul bersama telur tadi ke dalam serbuk tepung.
5. Panaskan periuk selama beberape minit sehingga minyak betul2 panas, kemudian goreng selama beberapa minit sehingga warna cendwan menjadi coklat kekuningan.
***** tak sabar nak makan!Selamat Mencuba!! (sangat senang okay??)
Sunday, July 11, 2010
Alahai Pulut Durian..
Beginilah rupanya pulut durian,..hidangan yang paling dikenali di negeri Kedah bila tiba musim durian,..malangnya tahun 2010 seolah tidak menjadi bagi buah-buahan tempatan termasuk durian, maka harganya kini agak mahal...
Nak makan pulut durian paling enaknya di sebelah malam sbb bila makan pulut cepat ngantuk, so sangat sesuai la...lagi satu, santan kena pekat dan fresh, baru terbit aroma yang amat enak..bagi aku sendiri, kalau nak makan pulut durian ni..semasa pulut yg dikukus baru je masak(masih panas), ditambah dengan santan pekat, kemudian di gaul bersama ulas durian yang kekuningan lembut..lebih enak kalau jenis durian kampung..ahhhhhhh meleleh air liur ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)