Followers

Wednesday, December 19, 2012

Sedap dan Berkhasiat rupanya si Pisang Kaki...

Sebenarnya aku tahu buah ni tapi tak pernah ambil pusing pun,..pernah kut makan dulu tapi tak le rasa sesedap sekarang..ceritanya macam ni..semasa di Cameron Highland baru-baru ini, terbeli la pisang kaki...hajat nak bagi kat emak...3 packet RM10...ada le 12 biji...


Balik rumah..entah macam mana ambil pisau dan membelah si pisang kaki ini...wahhh sedapnya..manis dan ahhh memang taste aku...apa lagi melantak sakan le...mampu ku habiskan 3 biji sekali hadap...tamak sungguh..tapi tak pe...setelah aku google khasiatnya ternyata ianya bagus untuk aku...nak tahu khasiatnya...
info ni aku dapat dari google je...

Pisang kaki ini dipercayai berasal daripada China dan tergolong dalam keluarga Ebenacea. Banyak kebaikan memakan buah pisang kaki nih. Sebabnya buah pisang kaki ini mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mengandungi hampir dua kali ganda serat pemakanan sama macam buah epal. Buah ini juga mengandungi banyak khasiat di dalamnya seperti vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, magnesium, kalium, protein, karbohidrat, asid organic dan seperti biasa kandungan potassium yang tinggi sama macam pisang-pisang yang lain.
Satu kajian yang dibuat di Jepun menunjukkan kulit pisang kaki yang mengandungi fitokimia dikatakan boleh melindungi sel daripada kerosakan oksidatif berkaitan dengan peningkatan usia. Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawat strok. Seperti biasa kandungan gula yang ada dalam pisang nih baik untuk kesihatan kardiovaskular yang mana ia menguatkan otot jantung kita. Namun begitu, pesakit diabetes sama sekali tidak boleh makan buah pisang kaki nih sebab kandungan gulanya lebih tinggi daripada pisang biasa. Pisang kaki ini juga tinggi kandungan diuretic, so ia bagus diamalkan kepada penghidap masalah paru-paru dan jantung. Kerana pisang kaki nih mengandungi tindakbalas diuretic di dalamnya.
Setelah tahu rasa dan khasiatnya,..aku yakin dan percaya...aku adalah bakal menjadi peminat nombor satu buah ini..walaupun rupanya tidak menarik seperti strawberi namun aku sudah terpaut hati...

2 comments:

  1. umi terlalu sedap makan makan sampai tak ingat nak tinggalkan orang lain... itu namanya betul2 sedap

    ReplyDelete
  2. Tannin dan diuretic tu apa?

    ReplyDelete