Followers

Saturday, September 17, 2011

Khasiat buluh madu

Tahun lepas, suamiku menanam sebatang buluh madu...kini pohon buluh itu sudah merimbun dan membuahkan hasilnya..memang cukup untuk bekalan sekeluarga,..ada sahaja tunas rebung setiap minggu,..kadang-kadang tidak termakan. Rupanya rebung madu ini juga mempunyai banyak khasiatnya. Rebung madu mempunyai banyak serat dan karbohidrat komplek yang boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, dan secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit jantung.

Tunas buluh atau dikenali dengan nama rebung selalunya dijadikan sayur dalam masakan. Rebung madu biasanya dimasak kari, lemak, kerabu atau dijadikan ulam-ulaman. Ia sebenarnya kaya dengan serat dan dikatakan boleh mengurangkan kadar kolestrol.Banyak lagi khasiat rebung madu yang belum dikupas. Ada yang mengatakan ia baik untuk penyakit batuk berkahak demam, mencegah sembelit dan kanser kolon. Wallahualam.Kadar air didalamnya juga tinggi iaitu sekitar 90%. Rebung madu juga mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.

Alangkah sedapnya rebung andainya dibuat masakan. Bagiku rebung sangat sedap dimasak apa sahaja...betulkan..

No comments:

Post a Comment