Followers

Wednesday, December 19, 2012

Sedap dan Berkhasiat rupanya si Pisang Kaki...

Sebenarnya aku tahu buah ni tapi tak pernah ambil pusing pun,..pernah kut makan dulu tapi tak le rasa sesedap sekarang..ceritanya macam ni..semasa di Cameron Highland baru-baru ini, terbeli la pisang kaki...hajat nak bagi kat emak...3 packet RM10...ada le 12 biji...


Balik rumah..entah macam mana ambil pisau dan membelah si pisang kaki ini...wahhh sedapnya..manis dan ahhh memang taste aku...apa lagi melantak sakan le...mampu ku habiskan 3 biji sekali hadap...tamak sungguh..tapi tak pe...setelah aku google khasiatnya ternyata ianya bagus untuk aku...nak tahu khasiatnya...
info ni aku dapat dari google je...

Pisang kaki ini dipercayai berasal daripada China dan tergolong dalam keluarga Ebenacea. Banyak kebaikan memakan buah pisang kaki nih. Sebabnya buah pisang kaki ini mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mengandungi hampir dua kali ganda serat pemakanan sama macam buah epal. Buah ini juga mengandungi banyak khasiat di dalamnya seperti vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, magnesium, kalium, protein, karbohidrat, asid organic dan seperti biasa kandungan potassium yang tinggi sama macam pisang-pisang yang lain.
Satu kajian yang dibuat di Jepun menunjukkan kulit pisang kaki yang mengandungi fitokimia dikatakan boleh melindungi sel daripada kerosakan oksidatif berkaitan dengan peningkatan usia. Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawat strok. Seperti biasa kandungan gula yang ada dalam pisang nih baik untuk kesihatan kardiovaskular yang mana ia menguatkan otot jantung kita. Namun begitu, pesakit diabetes sama sekali tidak boleh makan buah pisang kaki nih sebab kandungan gulanya lebih tinggi daripada pisang biasa. Pisang kaki ini juga tinggi kandungan diuretic, so ia bagus diamalkan kepada penghidap masalah paru-paru dan jantung. Kerana pisang kaki nih mengandungi tindakbalas diuretic di dalamnya.
Setelah tahu rasa dan khasiatnya,..aku yakin dan percaya...aku adalah bakal menjadi peminat nombor satu buah ini..walaupun rupanya tidak menarik seperti strawberi namun aku sudah terpaut hati...

Sunday, October 14, 2012

Khasiat tumbuhan Melati dan Bunga Melur

Melur yang suci bersih

Melati yang berbau harum.

Bunga Melati atau Melur dapat berbunga sepanjang tahun dan dapat tumbuh subur pada tanah yang gembur dengan ketinggian sekitar 600—800 m di atas permukaan laut (dpl.).

Melati termasuk tanaman perdu yang batangnya berkayu. Warna bunganya putih dan berbentuk bintang, jika sudah mekar mungil dan aromanya wangi. Melati mengandung senyawa-senyawa kimia yang besar manfatnya untuk pengobatan. Kandungan kimia yang terkandung terse but di antaranya: indol, benzyl, livalyIacetaat.

Khasiat dari melati yaitu dapat mengobati sakit mata, bengkak akibat serangan lebah,  demam, sakit kepala dan sesak nafas.
Cara pemakaian melati sebagai obat tradisional

1. Sakit mata (mata merah atau belekan)
Bahan yang diperlukan: 1 genggam daun melati.
Cara meracik: bahan tersebut ditumbuk sampai halus.
Cara pemakaian: tempelkan pada dahi, apabila sudah kering diganti yang baru dan ulangi sampai sembuh.

2. Bengkak akibat serangan daun lebah
Bahan yang diperlukan: 1 genggam bunga melati.
Cara meracik: bahan tersebut diremas-remas sampai halus.
Cara pemakaian: cabutlah sengat lemah yang masih menempel di kulit, kemudian usapkan remasan bunga melati pada bagian bekas sengatan.

3. Demam dan sakit kepala
Bahan yang diperlukan: 1 genggam daun melati dan 10 bunga melati.
Cara meracik: bahan tersebut diremas-remas dengan tangan, kemudian direndam dengan air dalam rantang.
Cara pemakaian: air rendaman ini digunakan untuk kompres dahi.

4. Sesak nafas
Bahan yang diperlukan: 20 lembar daun melati dan garam secukupnya.
Cara meracik: bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sampai mendidih hingga tersisa 2 gelas dan disaring.
Cara pemakaian: tempelkan ramuan tersebut di dada dan lakukan setiap pagi sebelum mandi.

Wednesday, October 10, 2012

Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri..


Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.
Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.

Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
· ambil air segelas
· baca al-Fatihah sekali
· Ayatul Qursi sekali
· Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
· Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Surah al-waqiah ayat 35 -38

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Thursday, September 20, 2012

Semanis kurma...

aku adalah seorang yang suka makan,..apa yang ada kat depan semua nak makan,..suatu hari aku aterbaca kisah rasulullah yang hanya berbuka dan bersahur dengan sebelah kurma,..masyaallah aku cuba membayangkan bagaimana keadaanku jika aku hanya makan seperti baginda nabi s.a.w. ...aku insaf dan hiba seketika...
maka aku pun cubalah untuk mencontohi sunnah nabi ini,...aku biasakan diri dengan berbuka puasa dengan 3 biji kurma dan segelas air sejuk..selepas solat barulah menjamah makanan lain...namun dalam hati tetap mengkagumi sikap nabi yang tiada tolok bandingnya...nabi yang tidak pernah berkeluh kesah apabila makanan tiada,..diniatkan untk berpuasa sahaja.

Inilah kurma madu YUTA yang aku sangat suka dari kurma lain...sedapp

Masam-manis limau...di sebalik teladan

Rasulullah SAW Dengan Sebiji Limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Sekiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Tuesday, July 10, 2012

5 Makanan penyebab kanser

Bimbang benar baca berita ni..
Semua makanan ini adalah kegemaran masyarakat kini terutamanya golongan muda...bayangkan apa akan berlaku nanti..



1. Hot dogs
Hot Dogs - Mengandungi terlalu banyak Nitrate. Pakar menasihatkan agar kanak-kanak tidak makan lebih dari 12 hot dogs sebulan. Kalau anda ketagih juga nak kana Hot Dogs beli jenis yang tidak ada kandungan Sodium Nitrate.

Daging yang diproses
2. Daging yang diproses - Juga mengandungi banyak kandungan Nitrate. Juga mengandungi kandungan lemak tepu yang menyumbang pembentukan kanser. Ia juga meningkatkan risiko serangan jantung.

Donut
3. Donut - Berkemungkinan jensi makanan yang paling teruk menyumbang kepada kanser. Ia diperbuat daripada tepung, gula dan juga minyak yang dihidrogenasikan dan kemudiannya digoreng dalam minyak yang amat panas.


Kentang Goreng
4. Kentang Goreng - Ia patut dipanggil kancer-fries dan bukan french-fries. Kentang goreng juga seperti donut yang dibuat daripada 'hidrogenated oils' dan digoreng dalam suhu yang amat tinggi. Kentang goreng juga mengandungi acryl amides, salah satu bahan penyebab kanser.


Keropok
5. Keropok, snack dan biskut serta yang seumpamnya - Juga diperbuat daripada tepung dan gula. Ia juga mengandungi 'Trans-fat'.

Saturday, March 3, 2012

Raya 3 beradik..

Bagaikan tersusun rapi,..bunga raya yang berasal dari Cameron Highland setahun lalu kini subur dan tidak berhenti berbunga....bunga yang berwarna merah oren ini sangat cantik,..menjadi penyeri mata,..apatah lagi kuntumannya memang besar dari biasa...mungkin berkat dari benih tanah tinggi itu sudah serasi di lamanku yang agak panas itu....saiznya masih boleh dibanggakan walaupun semasa membeli dulu..saiz kuntumannya lebih besar..
Maka suatu hari setelah pulang dari sekolah,.macam biasa aku membelek2 laman...terpandanglah satu senario indah...menyegarkan mata...tersusun!...aku berbicara sendiri..lantas aku abadikan di sini....cantik kan..

Saturday, February 18, 2012

Teknologi dulu-dulu...lesung tumbuk.

Gambar lesung tumbuk yang diambil dari Blogterengganu

Tetiba je teringat suatu alat,..sangat popular semasa aku bebudak dulu. Boleh dikatakan setiap keluarga wajib memilikinya...kalau tak pun berkongsi dengan jiran...alat yang amat berjsa terutamanya pada bulan Ramadhan.
Ketika itu usiaku menginjak remaja (dalam 11 tahun) macam tu...aku tinggal dengan nenek...so banyak benda yang aku kena buat,..tak macam bebudak sekarang...kalau setakat kukur kelapa..dah biasa...
Suatu malam arwah nenek meyuruhku merendam 1 gantang beras,..esoknya disuruh pula membasuh beras tu sebersihnya...kemudian aku dan sepupuku menjinjing beras tu ke rumah jiran...sebabnya rumah nenek tak de alat ni...
...sampai kat situ,..kami pun memulakan tugas...tak payah diarah2 lagi..tersentuh hati mengenangkan detik itu...maka bergelumanglah kami dengan alat ini sehingga beras tu menghasilakan tepung yang putih bersih..
Tepung ini akan digunakan untuk memasak apa sahaja kuih muih....ahhh kenangan manis sungguh...sebut je apa nama kuih..semua ada...orang dulu2 sangat menyanjung anak-anak gadis yang rajin ke dapur...termasuk aku le tu he he..
kata orang tua2..anak gadis yang rajin cepat jodohnya...mak mertua suka...bagus juga motivasi macam ni...berlumba2 anak dara belajar memasak..ha ha


Tepung bungkus....sejenis kuih tradisi yang menggunakan tepung beras sebagai bahan utama di samping tepung pulut sebagai pembungkus inti kelapa. sedappp...apatah lagi jika menggunakan santan kelapa yang dikukur sendiri...bayangkan berapa lama masa yang diambil bagi siapkan sejenis kuih macam ni zaman dulu?..






Itulah teknologi dulu-dulu...kreatif...lesung tumbuk serbaguna,..nak tumbuk padi buat beras pun boleh...tumbuk beras pulut muda buat emping pun boleh...ok...nanti aku nak cerita pasal emping pula...emping segar dari pulut yang ditanam sendiri bukannya emping seperti sekarang yang banyak dijual...tak sama walau serupa..