Followers

Monday, December 5, 2011

Cuti-cuti pizza...

Musim cuti sekolah ni,..hidangan yang menjadi menu kesukaan keluargaku adalah pizza,..so kena ready je bila diorder sanak saudara yang bercuti atau rakan-rakan yang malas nak buat sendiri.

Kesedapan pizza adalah bergantung kepada topping yang digunakan,..ini adalah resepi pizza yang kubuat, biasanya semua yang makan kata sedappp....jadi disertakan resepi untuk seiapa yang teringin nak makan pizza buatan sendiri,..kena cuba,,tak sesukar mana pun,,cuma kena rajin sikit....

Pizza Tuna

Bahan-bahan ( 1 tray pizza )

Bahan untuk crust :-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdb rempah pizza
  • 1/2 peket yis mauripan
  • 2 sdb susu pekat manis
  • sedikit garam
  • air secukupnya.

Bahan untuk topping :-

  • 1/2 biji nenas dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 tin tuna (dilenyek)
  • 5 sosej ayam
  • 1/4 capsicum hijau /boleh diganti dengan lada
  • 4 keping keju cheesedale
  • 4 cendawan butang
  • mayonis

Bahan untuk sos:-

  • 3 biji bawang putih (ditumbuk/hiris halus)
  • 3 sdb sos cili
  • 6 sdb sos tomato (boleh kurangkan)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan untuk crust ke dlm mangkuk kecuali air, gaul rata, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh, tutup doh dan biarkan 30 min
  2. tumis bawang putih hingga wangi, masukkan masukkan sos tomatodan sos cili, biarkan 2 min atas api sederhana
  3. potong semua bahan toping kecuali keju mengikut saiz kesukaan
  4. ambil doh tadi dan ratakan dlm tray, sapu sos rata dan taburkan topping mengikut kesukaan.
  5. potong keju cheesedale dan letakkan diatas pizza, taburkan sedikit serbuk rempah pizza, mayonis, black pepper (klu ade) dan bakar dlm oven selama 20 min pada suhu 180 darjah

1 comment: