Saya teramatlah suka makan kuih ini. Rasanya bertambah sedap jika dimakan sewaktu panas. Sebenarnya kueh ni banyak juga dijual digerai-gerai tapi tak sesedap dibuat sendiri. Bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung pulut, kelapa muda parut yang diambil bahagian putihnya saja, sedikit garam dan gula pasir untuk ditabur. Cara-caranya, ramaskan tepung pulut, kelapa parut muda dan garam. Ramas dan gesel tepung pulut dan kelapa parut muda itu agar tidak berketul.
No comments:
Post a Comment