Followers

Saturday, October 31, 2009

Manfaat Halia yang membara...


Rahsia Herba: Zingiber Officinale [ Halia ]
Keterangan: Halia atau nama saintifiknya Zingiber Officinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui. Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan. Juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir.

Halia adalah tumbuhan dari famili Zingiberaceae. Halia atau zanjabil dalam Bahasa Arab ada disebut didalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil".

Kegunaan:
Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan.

Ia juga boleh merawat mati pucuk (impoten),keracunan oleh udang,sakit pinggang dan sakit kepala.Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit.Untuk mencegah mati pucuk caranya, 2 halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi,satu sudu makan kicap,satu sudu makan madu.

Halia diparut dan dicampur dengan semua bahan diatas dan digaul rata, diamalkan seminggu sekali.Untuk sakit pinggang, halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa, kemudian sapu pada pelipis.Daunnya boleh juga digunakan untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis.

Untuk cirit-birit dan muntah2 caranya , halia, bunga dan buah pala, jintan putih, 1 gelas santan kelapa dan satu sudu teh minyak kayu putih. Semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati, digunakan sebagai ubat sapu pada perut.

Resepi : Teh Halia
Teh halia sememangnya terkenal dengan segala kebaikan dan juga sebagai penambah perisa kepada banyak hidangan. Walaupun pada dasarnya kelihatan seperti biasa, namun herba ini telah digunakan semenjak sekian lama. Seteguk teh halia pastinya memberikan sensasi dan rasa panas ke seluruh tubuh anda.

Sifat panas yang terdapat pada akar halia memberikan lebih banyak fungsi perubatan - sama ada dalam keadaan kering ataupun mentah. Akar halia bertindak sebagai pemanas, salap, julap, pembuka selera makan, perangsang, dan juga penawar yang baik untuk ketidakhadaman. Inilah sebabnya akar halia kering ditanam dan digunakan untuk memulihkan pelbagai penyakit seperti batuk, selesema, loya, muntah - muntah, cirit- birit, radang sendi, senak perut, mabuk laut, kolik, kolera, asma, sakit kepala dan juga anoreksia.

Kajian juga menunjukkan halia juga dapat mengubati penyakit migrain dan sakit kepala. Kandungan shogoals dan gingerols yang terdapat di dalam halia juga dapat meneutralkan asid di dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot - otot penghadaman.

Lain kali jika anda berasa kurang sihat atau menghidapi selesema, cubalah minum segelas teh halia. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga yangyang terdapat pada halia dapat memanaskan paru - paru dan perut. Di bawah adalah resipi teh halia untuk anda cuba:

4 gelas air
2 inci halia segar
Hirisan lemon dan madu ( sebagai penambah perisa )

Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Tambahkan sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit, Tapiskan air tersebut, dan tambahkan lemon dan madu sebagai penambah perisa.

*****saya dah cuba...memang baik...***

Friday, October 30, 2009

laman ct.com: Tip menanam bunga mawar.

Thursday, October 29, 2009

bunga tahi ayam...cantik dan berkhasiat..


Ia merupakan tumbuhan renek yang berasal dari kawasan tropika di Amerika. Batangnya yang bulat, berduri halus dan mencapai ketinggian 0.5-1.2 meter. Daunnya seakan-akan bujur, kasar, mempunyai bau yang kuat apabila dikoyakkan daunnya, ukuran panjang mencapai 2-7 cm dengan sisinya yang tidak rata. Bunganya pula berkelompok, kecil dan berbagai warna- merah jambu ,kuning terang dll. Bunga tahi ayam juga mujarab untuk luka

POKOK bunga tahi ayam menghasilkan bunga yang cantik dan warnanya sama ada kuning atau oren terang memang menarik lagi sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah.
Mungkin kerana baunya tidak seharum bunga mawar, melor, cempaka dan lain-lain, pokok bunga tahi ayam tidak begitu diminati sebilangan orang. tetapiiiii ada satu khasiat yang memang terbukti di lamanku sendiri...nak tahu?
Bunga ni menjadikan nyamuk benci untuk menompok...maksudnya la ni aku dah santai kat taman aku waktu malam pun tak akan digigit nyamuk lagi...best betoii sebab dulu nak menempek kejap pun tak boleh..habis betis kena gigit...selain menyerikan taman...itulah yang aku dapat...

Wednesday, October 28, 2009

Tip menanam bunga mawar.



Tip ini aku pindah ilmukan dari satu laman...
* Menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang,
* gunakan bahan semula jadi
* elakkan penggunaan air dan baja berlebihan.

Bagi mereka yang mahu membina laman mawar perlulah memastikan tanah yang digunakan sesuai iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar. Tanam anak pokok mawar dalam beg polistirena. Sebelum mula menanam, bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. Bunga mawar juga tidak boleh ditanam berselang seli dengan pokok atau tumbuhan lain. Seeloknya, taman mawar hanya dikhususkan untuknya saja kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain.

Selepas tanah dibersihkan dan dicampurkan dengan tanah kompos, dan tanam anak pokok bunga seperti biasa. Kemudian, pokok berkenaan perlu disiram dua kali sehari, pagi dan petang. Air yang disiram mesti sampai ke atas bukannya hanya semburan biasa yang hanya terkena kepada daun.

Selepas itu, pokok perlu di baja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali. Baja khas yang terdiri daripada isi ikan, kulit udang, sayuran, serbuk soya dan ekstrak sawit.

* baja juga tidak boleh digunakan berlebihan dan jika boleh elak menggunakan baja kimia atau kumbahan seperti tahi ayam dan kambing kerana ia tidak membantu menyihatkan pokok sebaliknya mengurangkan jangka hayat pokok mawar. Baja najis haiwan biasanya panas dan membawa pelbagai virus yang boleh mencacatkan daun dan bunga.

Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok. Oleh kerana, mawar dikategorikan sebagai pokok manja, maka ia perlu dicantas dan tanah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar.

Seeloknya, pokok dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.

# Teknologi dalam industri penanaman pokok menyaksikan pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti mawar ungu merah jambu, mawar merah kuning dan mawar kuning jingga.

# Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri laman. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan ramai kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. Dari segi ekonomi, permintaan pokok mawar melebihi daripada bunga yang lain, digunakan dalam haruman, hiasan dan makanan

# Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat barat percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, ibu baru atau persahabatan.

LANDSKAP ROHANI: biarkan mereka berbuat dosa sesuka hatinya.

LANDSKAP ROHANI: biarkan mereka berbuat dosa sesuka hatinya.

Aduhai Sakura



Bagi penduduk Jepun, musim bunga sakura berkembangan merupakan awal dari kehidupan sosial, kehidupan baru yang indah penuh harapan. Itulah sebabnya, persekolahan di Jepun dimulai pada awal April.

Meski tidak resmi menjadi lambang bunga negara, dalam budaya Jepun, bunga sakura bernilai sakral. Sudah menjadi tradisi sejak zaman Heian, sekitar tahun 794, mekarnya bunga sakura akan permulaan acara ritual keagamaan. Biasa diadakan upacara doa sebelum musim penanaman, dengan harapan para petani mendapat rezeki besar pada musim penuaian nati.

Suatu menjadi kebiasaan pula, warga Jepun mengadakan pesta taman di bawah pohon bunga sakura, berkumpul bersama rakan sekerja atau sanak keluarga, makan minum bersama sambil menyanyi. Pesta taman yang meriah itu dinamakan enkai.

Ironisnya, momentum bunga sakura bermekaran yang sangat ditunggu-tunggu itu berlangsung tidak lama. sekitar satu minggu sampai sepuluh hari. Setelah itu, petal atau daun bunga yang tipis, akan mulai berguguran. Pohon bunga sakura itu biasa ditanam berkelompok dalam jumlah besar. Di musim bunga, taman-taman itu terlihat indah sekali, bagaikan diselimuti bunga sakura berwarna putih, merah muda (pink), atau kuning muda.

Bunga sakura biasa ditanam berkelompok. ketika berbunga, semua pohon bunga sakura di suatu lokasi akan bermekaran secara bersamaan. Hanya bunga, tiada berdaun. Sungguh indah!

Tuesday, October 27, 2009

Betik


Buah betik amat kaya dengan vitamin C dan anti oksidan. Ku tanam 2 pohon betik di lamanku..dan setelah 5 bulan aku dapat merasa buahnya yang manis. Banyak juga la yang sempat kami makan sehingga waktu Ramadhan dulu...hampir tak termakan dan sempat disedekahkan lagi..

Anda suka memakan buah betik? Tahukah anda buah yang amat mudah ditemui di negara-negara tropika ini ternyata mengandungi khasiat yang ajaib, terutama untuk perempuan. Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau, papaya juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu.
Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.

Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar.
Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan. Bagi keluarga yang memiliki halaman yang agak luas adalah lebih baik menanam sendiri tumbuhan ini. Sambil berbakti kepada tanah kita dapat mengekalkan kesihatan diri dan keluarga.

Bookmark and Share

Ulam raja...sesedap namanya.


Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut.. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment

KHASIAT Ulam Raja (Nama Saintifik : Cosmos caudatus)

Monday, October 26, 2009

Bunga raya dan khasiat yang tersembunyi..


Bunga raya atau nama saintifiknya adalah botaninya hibiscus rosa sinensis, tergolong dlm keluarga Malvaceae merupakan herba astringen dan menyediakan vitamin c.
-mengandungi musilaj polisakarid & pectin serta asid organic, glikosid sianidin ( bahan antiestrogen), dan mengandungi sejenis lendir atau mucin yg memberikan rasa sejuk pd kerongkong dan rongga paru-paru.
Dipetik dari suatu artikel, penyelidik ada menyatakan bahawa ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan yang serupa seperti meminum teh . Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia.
KHASIAT BUNGA RAYA-Petua:
bunga raya dan daunnya yg ditumbuk lumat:
-ditampal pd kulit untk merawat bisul, barah, gatal kulit, demam panas,beguk, luka, bengkak dan penyakit kulit.
-daun bunga raya mampu melebatkan rambut dan bulu kening.
bunga raya direbus dgan air mendidih :
-boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yg bengkak @ radang.
-boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, bronchitis, selsema, mengeluarkan kahak dan hingus, dan merangsang haid.
kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam:
-ditampal pd masalah bisul
air rebusan kudup bunga:
-boleh diminum dan mampu menambahkan banyak air mani dan merawat bengkak salur kencing.
Daun muda dan pucuknya:
-disapu pada peru ibu yang akan bersalin untuk memudahkan melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.
daun bunga raya direbus dlm air mendidih:
-boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.
akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.
-boleh diminum untuk merawat jangkitan yang terjadi dr hubungan seksual, melawaskan pembuangan air kecil dan boleh dijadikan penawar racun.
-air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan bengkak.
bunga raya nerah dicampur dungan jus limau nipis
-akan menghasilkan pewarna merah yang boleh dijadikan pewarna yg digunakan pada biskut, kek, makanan lain2.

Sunday, October 25, 2009


Gambar bunga ros yg kembang dalam pasu umah ..hehehe, bangga tu sebab pokok ros tu berbunga balik lepas mandom kejap 2-3 bulan…berkesan jugak baja2 bunga yg di bubuh…
Baja ni aku buat sendiri setelah aku dapat info dari internet...jadi aku nak kongsi dengan pembaca sekelian..senang je nak buatnya...
1. Selepas makan buah-buahan, kulitnya jangan dibuang, masukkan dalam satu bekas...tambah gula merah sama banyak dengan kulit tadi dan..
2. Pi kedai ke...beli satu botol yogurt...campurkan supaya baja tadi diurai dengan cepat...
3. selepas 14 hari...air baja tu dah boleh guna...enzim yang ada dalam tu boleh suburkan pokok tanaman.
Caranya ambik 2 camca air tu dan tambahkan 1 cawan air, kemudian spray je kat daun...boleh lihat hasilnya dalam 2 minggu selepas tu..cubalah ye..

Bookmark and Share

Saturday, October 24, 2009

Rahsia laman kekal menarik


RAMAI yang mahu memiliki laman yang cantik seperti di bilik pameran atau nurseri tanaman. Namun, kebanyakannya tidak mahu mempelajari teknik yang betul untuk menanam pokok dan menjaga landskap menyebabkan pokok mati dan landskap idaman hanya bertahan sebulan dua.
Ada beberapa tip penjagaan landskap yang perlu diberikan perhatian untuk memastikan laman terus cantik dan kekal lama.Perkara utama dalam penjagaan landskap adalah penyiraman pokok yang perlu dilakukan untuk memastikan jumlah air mencukupi diserap tisu tumbuhan.

Persoalannya, bagaimana anda mengetahui bila dan berapa banyak air diperlukan oleh setiap pokok? Kita tahu bahawa pokok memerlukan air untuk hidup, tetapi terlalu banyak air boleh menjejaskan pertumbuhan pokok. Justeru, tentukan jenis pokok yang ditanam, kerana sesetengah pokok memerlukan sedikit air manakala ada yang memerlukan air dengan banyak. Contohnya pokok Bougainvillea spp. (bunga kertas) tidak memerlukan air yang banyak. Membuang pucuk pokok menggalakkan pertumbuhan daun.

Siraman kawalan juga perlu dilakukan kerana faktor tanah dan keadaan cuaca juga memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti air yang diperlukan.Tanah liat biasanya memerlukan sedikit air kerana ia mengandungi air yang banyak manakala tanah berpasir memerlukan kuantiti air yang lebih. Dalam keadaan cuaca yang panas terik, lebih banyak air diperlukan. Penyiraman tidak diperlukan selepas hujan lebat.

Secara umumnya, siraman perlu dibuat dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk penyiraman adalah pada sebelah pagi, selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari. Kekerapan menyiram bergantung kepada keperluan pokok.

Satu lagi aspek yang penting untuk menjaga laman adalah pemangkasan pokok. Pemangkasan menyebabkan tekanan kepada pokok, jadi jangan pangkas jika tidak ada tujuan spesifik atau tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.

Pemangkasan yang betul boleh mencantikkan pokok dan jika tersalah potong menyebabkan pokok hilang kecantikan, bentuk atau akan rosak. Memotong dahan yang mati atau cedera serta membuang tunas air juga termasuk dalam kerja pemangkasan untuk kesuburan pokok. Pemangkasan dapat menggalakkan pertumbuhan tunas baru dan menambah baik kualiti dan kuantiti bunga.

Aspek seterusnya adalah pembajaan. Baja penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur. Namun, sebenarnya kegunaan baja yang berlebihan boleh menjejaskan kesuburan pokok dan mungkin boleh menyebabkan pokok mati.

Baja boleh dikategorikan kepada dua iaitu organik dan in-organik. Bentuk baja yang terdapat di pasaran adalah baja butiran yang lengkap dengan nutrien NPK; baja cecair yang lazimnya disembur ke permukaan daun; baja debu yang digaul dalam tanah campuran atau ditabur atas tanah dan baja yang dikeluarkan secara perlahan-lahan.

INFO: Tip penjagaan laman

# Tentukan jenis pokok dan tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan jenisnya serta kesesuaian tanah
# Siraman - Tentukan waktu sesuai untuk menyiram iaitu selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari.
# Pemangkasan - Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
# Pembajaan - Penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur.

bahagia...di mana?

Friday, October 23, 2009

Rumahku shurgaku

Kombinasi harmonis serlah keindahan



MENCIPTA taman indah dengan landskap semula jadi menguji keupayaan pemiliknya memilih elemen terbaik sebagai penyeri taman. Dalam keseronokan menghias taman, ada pemilik kediaman melakukan kesilapan hingga membuatkan suasana serta keindahan persekitaran terganggu.

Pertama, berikan tumpuan kepada keperluan ruang sama ada ruang tamu luar atau ruang santai untuk berehat ketika malam dan petang. Perlu diingat, taman yang menyerlahkan keindahan mempunyai kombinasi kesesuaian elemen tersendiri. Biasanya hanya satu atau dua elemen utama menjadi titik fokas taman.

Elakkan kehadiran pelbagai jenis elemen yang membuatkan suasana menyakitkan pandangan. Elemen air antara keperluan utama taman dan perlu dipastikan memenuhi fungsi bunyi atau ada ikan. Ketenangan dapat dirasai jika kedudukan elemen air berhampiran tempat bersantai bagi membolehkan bunyi jatuhan atau aliran dapat didengar.

Jika memiliki keluasan taman terhad, lupakan hasrat membina kolam ikan. Pastikan tanaman mempunyai fungsi sama ada untuk teduhan, pengadang atau berbunga sepanjang musim.
Bagi tumbuhan berbunga, ia memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk tumbesaran. Tumbuhan penghadang perlu padat dan tumbuh dalam ketinggian yang diharapkan supaya landskap impian anda direalisasikan sepenuhnya. Sementara pokok teduhan terdiri daripada beberapa jenis pepohon rendang yang membantu meredupkan suasana.

Aspek kemasan taman wajar diberi tumpuan utama sama ada warna, tekstur dan saiz kemasan itu sendiri. Terlalu banyak kemasan membuatkan persekitaran taman tidak menonjol. Pilihan batu hiasan, kayu dan pasu tanaman perlu sesuai dan harmoni dengan suasana tumbuhan hijau.
Taman indah semestinya memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan berterusan bagi penataan lebih sempurna. Bagi tanaman berbunga, pembajaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sementara tanaman dalam pasu pula perlu ditukar pasu baru setiap enam bulan sekali atau sekurang-kurangnya setahun sekali.

warna dan makna hidup


Warna penyeri

Warna penyeri adalah warna yang menerbitkan seri dan kepelbagaian kepada sesuatu ruang, terhasil dengan menggunakan warna bertentangan atau kontras dengan skima warna keseluruhan sesuatu ruang. Warna penyeri digunakan pada objek tertentu seperti kusyen, bunga, hiasan dinding dan hamparan.
Pengetahuan mengenai bagaimana warna dilihat serta digunakan dapat membantu menjadikan ruang dalaman lebih efektif, efisien

MEMILIH kombinasi warna yang betul untuk ruang dalaman kediaman sememangnya membuat kita berasa selesa dan seronok. Setiap individu mempunyai warna kegemaran masing-masing, misalnya kita memilih pakaian mengikut warna disukai dan trend semasa
Namun bagi sesuatu ruang dalaman, risikonya agak lebih tinggi kerana sebarang kesilapan boleh menyebabkan kerugian wang dan masa. Sewajarnya kita menimba sedikit pengetahuan mengenai warna pada peringkat perancangan supaya kita tahu bagaimana mendapatkan kesan positif terhadap sesuatu ruang dalaman.

Wednesday, October 21, 2009

aku hiasi bunga-bungaan cinta



Telah aku hiaskan halaman rumahku dengan bebunga cinta.
Mekar kuntuman menyeri suasana.
menjadi penawar mata.
Kubajai bebunga ini dengan cinta,
kugemburkan dengan gurauan bebaja mesra.
Ku pagari ia dengan duri asmara.
Mekarlah bebunga...
berkembanglah,
mekarlah untukku.

Lamanku...





Inilah kediamanku...di sini kukumpulkan semua kegembiraan, berkongsi hobi, menikmati makanan dan berkongsi segala keluh kesah bersama suami dan 3 anak.

Saturday, October 17, 2009

Like A song,..like a paint.



Video klip ini kuilhamkan dari keindahan seni hasil lukisan Latif Maulan. Memang aku amat terpesona dan jatuh cinta..so aku ingin mengajak kalian semua menghayatinya. Untuk Latif...maafkan aku kerana menggunakan hasil ciptaanmu....terima kasih.

Friday, October 16, 2009

hari ini....

Hari ni aku makan banyak sebab mak aku masak sambal belacan ,cendawan ,ulam raja,sardin.Itu semua pun cukup