Followers

Friday, October 23, 2009

Kombinasi harmonis serlah keindahan



MENCIPTA taman indah dengan landskap semula jadi menguji keupayaan pemiliknya memilih elemen terbaik sebagai penyeri taman. Dalam keseronokan menghias taman, ada pemilik kediaman melakukan kesilapan hingga membuatkan suasana serta keindahan persekitaran terganggu.

Pertama, berikan tumpuan kepada keperluan ruang sama ada ruang tamu luar atau ruang santai untuk berehat ketika malam dan petang. Perlu diingat, taman yang menyerlahkan keindahan mempunyai kombinasi kesesuaian elemen tersendiri. Biasanya hanya satu atau dua elemen utama menjadi titik fokas taman.

Elakkan kehadiran pelbagai jenis elemen yang membuatkan suasana menyakitkan pandangan. Elemen air antara keperluan utama taman dan perlu dipastikan memenuhi fungsi bunyi atau ada ikan. Ketenangan dapat dirasai jika kedudukan elemen air berhampiran tempat bersantai bagi membolehkan bunyi jatuhan atau aliran dapat didengar.

Jika memiliki keluasan taman terhad, lupakan hasrat membina kolam ikan. Pastikan tanaman mempunyai fungsi sama ada untuk teduhan, pengadang atau berbunga sepanjang musim.
Bagi tumbuhan berbunga, ia memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk tumbesaran. Tumbuhan penghadang perlu padat dan tumbuh dalam ketinggian yang diharapkan supaya landskap impian anda direalisasikan sepenuhnya. Sementara pokok teduhan terdiri daripada beberapa jenis pepohon rendang yang membantu meredupkan suasana.

Aspek kemasan taman wajar diberi tumpuan utama sama ada warna, tekstur dan saiz kemasan itu sendiri. Terlalu banyak kemasan membuatkan persekitaran taman tidak menonjol. Pilihan batu hiasan, kayu dan pasu tanaman perlu sesuai dan harmoni dengan suasana tumbuhan hijau.
Taman indah semestinya memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan berterusan bagi penataan lebih sempurna. Bagi tanaman berbunga, pembajaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sementara tanaman dalam pasu pula perlu ditukar pasu baru setiap enam bulan sekali atau sekurang-kurangnya setahun sekali.

No comments:

Post a Comment