melangkah ke taman indah...berkongsi bersama saya tentang apa sahaja yang boleh memberi kebaikan, semoga kita bahagia di sana..
Followers
Monday, October 26, 2009
Bunga raya dan khasiat yang tersembunyi..
Bunga raya atau nama saintifiknya adalah botaninya hibiscus rosa sinensis, tergolong dlm keluarga Malvaceae merupakan herba astringen dan menyediakan vitamin c.
-mengandungi musilaj polisakarid & pectin serta asid organic, glikosid sianidin ( bahan antiestrogen), dan mengandungi sejenis lendir atau mucin yg memberikan rasa sejuk pd kerongkong dan rongga paru-paru.
Dipetik dari suatu artikel, penyelidik ada menyatakan bahawa ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan yang serupa seperti meminum teh . Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia.
KHASIAT BUNGA RAYA-Petua:
bunga raya dan daunnya yg ditumbuk lumat:
-ditampal pd kulit untk merawat bisul, barah, gatal kulit, demam panas,beguk, luka, bengkak dan penyakit kulit.
-daun bunga raya mampu melebatkan rambut dan bulu kening.
bunga raya direbus dgan air mendidih :
-boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yg bengkak @ radang.
-boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, bronchitis, selsema, mengeluarkan kahak dan hingus, dan merangsang haid.
kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam:
-ditampal pd masalah bisul
air rebusan kudup bunga:
-boleh diminum dan mampu menambahkan banyak air mani dan merawat bengkak salur kencing.
Daun muda dan pucuknya:
-disapu pada peru ibu yang akan bersalin untuk memudahkan melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.
daun bunga raya direbus dlm air mendidih:
-boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.
akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.
-boleh diminum untuk merawat jangkitan yang terjadi dr hubungan seksual, melawaskan pembuangan air kecil dan boleh dijadikan penawar racun.
-air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan bengkak.
bunga raya nerah dicampur dungan jus limau nipis
-akan menghasilkan pewarna merah yang boleh dijadikan pewarna yg digunakan pada biskut, kek, makanan lain2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam cikgu... nak bagi tau kat cikgu sikit lah sebab ada zakir terdengar dan dah melihat pun seorang kawan yang menanam poko mengkudu merah daunnya apabila dirams di dalam air ianya bertukar warna merah.. gunanya buat ubat dan apabila ibunya yang sakit lutut tu di sapu dengan air mengkudu merah ni pada malamnya terasa seolah-olah lututnya diramas/urut seperti ada qadam buat kerja tetapi itulah tindakan yang efektif.. sakit lutut pun hilang....
ReplyDeletetq zakir atas info..tapi saya tak pernah tengok pun mengkudu merah tu...kalau benar bagus la...saya memag akit otot...bukannya lutut tapi tumit..so kalau ada gambarnya boleh kirim ye..
ReplyDeleteASLM.CIKGU ANE PERNAH DI SUNTIK AMA DOKTER WAKTU KECIL.TAPI TEMPAT YANG DI SUNTIK tsb.bengkak n isinya warna hitam n baunya busuk.klo boleh tahu apa ya.pengnyebabnya?n obatnya apa?makasih cikgu sebelumnya
ReplyDeletesalam..sesuai tak utk baby yg batuk n mcm mna cara nk buat ye
ReplyDeletemohon mengambil info ini untuk d kongsi dgn org lain.
ReplyDeleteinfo yang menarik tentang bunga raya yang saya rasakan ada segelintir drp kita sekarang tak tahu mengenainya..nk jumpa pokoknya pun susah dah kecuali kalau pulang ke kampung. Dulu2 masa kecik2, suka main masak2 guna bunga raya ni..pokoknya penuh dengan bunga.
ReplyDelete