melangkah ke taman indah...berkongsi bersama saya tentang apa sahaja yang boleh memberi kebaikan, semoga kita bahagia di sana..
Followers
Wednesday, October 28, 2009
Tip menanam bunga mawar.
Tip ini aku pindah ilmukan dari satu laman...
* Menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang,
* gunakan bahan semula jadi
* elakkan penggunaan air dan baja berlebihan.
Bagi mereka yang mahu membina laman mawar perlulah memastikan tanah yang digunakan sesuai iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar. Tanam anak pokok mawar dalam beg polistirena. Sebelum mula menanam, bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. Bunga mawar juga tidak boleh ditanam berselang seli dengan pokok atau tumbuhan lain. Seeloknya, taman mawar hanya dikhususkan untuknya saja kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain.
Selepas tanah dibersihkan dan dicampurkan dengan tanah kompos, dan tanam anak pokok bunga seperti biasa. Kemudian, pokok berkenaan perlu disiram dua kali sehari, pagi dan petang. Air yang disiram mesti sampai ke atas bukannya hanya semburan biasa yang hanya terkena kepada daun.
Selepas itu, pokok perlu di baja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali. Baja khas yang terdiri daripada isi ikan, kulit udang, sayuran, serbuk soya dan ekstrak sawit.
* baja juga tidak boleh digunakan berlebihan dan jika boleh elak menggunakan baja kimia atau kumbahan seperti tahi ayam dan kambing kerana ia tidak membantu menyihatkan pokok sebaliknya mengurangkan jangka hayat pokok mawar. Baja najis haiwan biasanya panas dan membawa pelbagai virus yang boleh mencacatkan daun dan bunga.
Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok. Oleh kerana, mawar dikategorikan sebagai pokok manja, maka ia perlu dicantas dan tanah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar.
Seeloknya, pokok dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.
# Teknologi dalam industri penanaman pokok menyaksikan pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti mawar ungu merah jambu, mawar merah kuning dan mawar kuning jingga.
# Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri laman. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan ramai kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. Dari segi ekonomi, permintaan pokok mawar melebihi daripada bunga yang lain, digunakan dalam haruman, hiasan dan makanan
# Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat barat percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, ibu baru atau persahabatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hello. I was checking your postings and you have some very beautiful roses in your garden. Thank you for dropping by my blog.
ReplyDeleteLona
Suka sangat bunga mawar. Tips yang atas tu berguna dan tepat sekali. Datanglah ke laman blog saya untuk berkongsi tips tanam bunga mawar nie. Thanks.
ReplyDeletePertama terimakasih kerana sudi kongsikan ilmu anda mengenai cara penjagaan pokok ros yg.indah.Aku ada menanam bunga ros, tapi terlalu sulit untuk membuatnya hidup subur dan berdaun lebat.Pokok bunga ros ku asyik ingin berbunga sedngkan daunnya cuma beberapa helai..aku kasihan melihatnya.Soalanku bagai mana boleh membuat pokoknya gemuk dan berdaun banyak,agar seimbang dgn bunganya?
ReplyDeleteterima kasih..perkongsian ilmu
ReplyDeletesaya baru berjinak dlm penanaman pokok ros..
TQ sekali lg...
salam kenal..
ReplyDeletesinggah sini cari ilmu jaga pokok ros..terima kasih sudi share tips jaga bunga mawar ni..lately pokok2 ros saya x sihat sangat..huhuh sedey..