Followers

Friday, November 6, 2009

Lili putih - Bunga klasik



Kebiasaannya, Calalily berwarna putih, namun hasil kacukan dan penyelidikan, tumbuhan ini dijumpai dalam warna ungu kemerahan, warna krim, merah jambu dan putih kehijauan. Tumbuhan klasik ini dibawa ke Eropah sekitar 1600 dan ditemui di Taman DiRaja Perancis sekitar 1664. Ia di bawa ke Eropah oleh pelayar Simon van der Stel.

Pokok ini sesuai dengan suhu yang sederhana sejuk dan mudah mati jika terdedah kepada cahaya matahari. Justeru, jika mahu ditanam pastinya ada teduhan melindungi atau ditanam di bawah pokok yang rimbun. Di Malaysia, tumbuhan ini banyak ditemui di Tanah Rata, Cameron Highlands tetapi bunganya lebih kecil jika dibandingkan dengan jenis sama yang hidup di Afrika Selatan dan Eropah.

Kekuatan bunga Calalily terletak pada batang debunga di tengah-tengah kelopak yang mengandungi debunga jantan dan betina. Debunga jantan biasanya terletak di atas kira-kira tujuh sentimeter (cm) bunga manakala debunga betina di bahagian bawah setebal 1.8 cm dalam kelopak bunga.


Untuk membezakan sama ada ia bunga jantan atau betina, gunakan kanta mata bagi melihat debunga. Debunga jantan lebih besar dan berserabut manakala bunga betina mempunyai lubang ovari dekat tangkai kelopak. Bunganya membiak dengan bantuan serangga untuk proses persenyawaan debunga seperti semut, lebah, labah-labah dan kumbang.

Pokok Zantedeschia aethiopica boleh membesar sehingga satu meter bergantung kepada habitat dan kawasan tanamannya. Daunnya berwarna hijau berkilat berbentuk seperti busar anak panah dan biasanya akan berbunga daripada Ogos hingga Januari.

Menanam pokok ini mudah menggunakan biji benih dan keratan batang dan akar. Seelok-eloknya ditanam sedalam lima cm dalam tanah. Buah calalily masak apabila ia bertukar kekuning-kuningan dan lembut. Buang pulpa jika mahu mengeringkan biji benih untuk semaian.

Apabila ia bertukar menjadi kelabu dan kehitaman, bolehlah dipindahkan dalam beg semaian. Kebiasaannya, tumbuhan ini sesuai ditanam di kawasan sedikit lembap seperti tepian terusan, sungai dan tasik. Namun, tidak bermakna tumbuhan ini sukakan kawasan berair atau akarnya terendam dalam air.. tumbuhan ini cepat membesar dan memerlukan air dan cahaya matahari sederhana. Akar pokok ini biasanya menjadi makanan binatang seperti babi liar dan landak manakala buah yang masak digemari unggas.

Pokok ini juga dimakan oleh masyarakat orang Asli di Afrika dan biasanya direbus sebelum di makan. Jika anda termakan mentah tumbuhan ini akan menyebabkan tekak gatal dan luka. Namun, daunnya selalu digunakan dalam perubatan tradisional sebagai bahan untuk tuam dan merawat sakit kepala.

Oleh kerana keunikan dan ciri klasik yang ada pada bunga ini menjadikannya sebagai simbol dan lambang kebesaran Republik Ireland.

3 comments:

  1. salam, sdri ni peminat bunga rupanya...mcm saya gak...he3...

    ReplyDelete
  2. wanita dan bunga mana boleh dipisahkan. kalau wanita tak suka bunga mungkin dah jadi spesis mat bunga la..

    ReplyDelete
  3. Salam .
    Apa khabar siti? Perlis banjir ye?

    ReplyDelete