melangkah ke taman indah...berkongsi bersama saya tentang apa sahaja yang boleh memberi kebaikan, semoga kita bahagia di sana..
Followers
Saturday, December 31, 2011
laksa ikan sekoq...mengancammm.
Sunday, December 11, 2011
Chili giling nenek..
Tiba-tiba teringat chili giling nenek,..entah apa sebabnya sedangkan hari ni berpuasa sunat,...otak tak le ingat nak makan je...sebenarnya kisah chili giling ni merupakan nostalgia manis buatku...waktu tu masih bebudak,..aku sangat suka makan nasi dengan chili giling yang digiling oleh nenekku...tak de lauk pun tak pe...percaya atau tidak,..aku boleh ratah macam tu je...habis sepiring...he he...
Monday, December 5, 2011
Cuti-cuti pizza...
Kesedapan pizza adalah bergantung kepada topping yang digunakan,..ini adalah resepi pizza yang kubuat, biasanya semua yang makan kata sedappp....jadi disertakan resepi untuk seiapa yang teringin nak makan pizza buatan sendiri,..kena cuba,,tak sesukar mana pun,,cuma kena rajin sikit....
Pizza Tuna
Bahan-bahan ( 1 tray pizza )
Bahan untuk crust :-- 2 cawan tepung gandum
- 1 sdb rempah pizza
- 1/2 peket yis mauripan
- 2 sdb susu pekat manis
- sedikit garam
- air secukupnya.
Bahan untuk topping :-
- 1/2 biji nenas dipotong dadu
- 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
- 1 tin tuna (dilenyek)
- 5 sosej ayam
- 1/4 capsicum hijau /boleh diganti dengan lada
- 4 keping keju cheesedale
- 4 cendawan butang
- mayonis
Bahan untuk sos:-
- 3 biji bawang putih (ditumbuk/hiris halus)
- 3 sdb sos cili
- 6 sdb sos tomato (boleh kurangkan)
Cara-cara
- masukkan semua bahan untuk crust ke dlm mangkuk kecuali air, gaul rata, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh, tutup doh dan biarkan 30 min
- tumis bawang putih hingga wangi, masukkan masukkan sos tomatodan sos cili, biarkan 2 min atas api sederhana
- potong semua bahan toping kecuali keju mengikut saiz kesukaan
- ambil doh tadi dan ratakan dlm tray, sapu sos rata dan taburkan topping mengikut kesukaan.
- potong keju cheesedale dan letakkan diatas pizza, taburkan sedikit serbuk rempah pizza, mayonis, black pepper (klu ade) dan bakar dlm oven selama 20 min pada suhu 180 darjah
Thursday, November 10, 2011
Khasiat Jus lemon,..
Wednesday, October 19, 2011
Bingka Labu
Sunday, October 16, 2011
Kek Marble yogurt
Bahan-bahannya.
300 g mentega (4.80)
280 g tepung naik sendiri (1.80)
1 sudu besar susu tepung (1.00 sen)
1 sudu teh baking powder(*digaul rata dan ayak bersama tepung)
5 biji telur gred A (6 biji saiz sederhana -2.00)
1 sudu besar ovallate (1.50)
250 gm gula halus (80 sen)
50 ml buttermilk (3.00)
1½ sudu teh coklat emulco (saya guna chocolate paste + beberapa titik pewarna cokelat) (1.20)
Perasa streawberi + pewarna strawberri + yogurt strawberi (2.80)
½ sudu teh esen vanila (30 sen)
CARA
1) Sediakan loyang berukuran 8 x 8 x 3 inci yg telah dialaskan dasarnya dgn kertas tracing/parchment dan diolesi dgn mentega.
2) Pukul mentega hingga kembang dgn speed sederhana (kira-kira 4-5 minit). Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Selepas itu, alihkan adunan ini ke dalam sebuah bekas.
3) Selanjutnya, pukul gula, ovalette dan telur dgn speed/kelajuan yg tinggi selama kira-kira 7-8 minit sehingga adunan naik, kembang dan pekat (seperti adunan baulu).
4) Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan mentega/tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian, masukkan pula buttermilk dan kacau rata.
5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - 1 bahagian dibubuh chocolate paste & pewarna cokelat, 1 bahagian dicampur yogurt, esen strawberi + pewarna merah dan yg akhir sekali di bubuh esen vanilla dan dibiarkan plain.
6) Tuang aduan secara berselang-seli di dalam loyang tadi. Lorekkan dengan hujung chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
7) Masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C dan bakar selama kira-kira 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Apabila masak, keluarkan loyang dari oven dan letak di atas redai kek sehingga ia betul2
Saturday, October 8, 2011
Makmur CT...
Biskut makmur CT...itulah nama kue buatan sendiri yang selalu aku jual setiap kali menjelang hari raya...kini hari raya korban sudah menjelang,..apa lagi bermakmur lagi le CT ha ha..
Saturday, September 17, 2011
Khasiat buluh madu
Tunas buluh atau dikenali dengan nama rebung selalunya dijadikan sayur dalam masakan. Rebung madu biasanya dimasak kari, lemak, kerabu atau dijadikan ulam-ulaman. Ia sebenarnya kaya dengan serat dan dikatakan boleh mengurangkan kadar kolestrol.Banyak lagi khasiat rebung madu yang belum dikupas. Ada yang mengatakan ia baik untuk penyakit batuk berkahak demam, mencegah sembelit dan kanser kolon. Wallahualam.Kadar air didalamnya juga tinggi iaitu sekitar 90%. Rebung madu juga mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.
Saturday, September 10, 2011
Rumah Impianku sejak kecil...
Wednesday, September 7, 2011
Anggur dan kecantikan...
Anggur tidak hanya segar untuk dimakan sebagai pencuci mulut. Kandungan yang terdapat dalam buah yang tergolong sebagai buah mewah ini sangat baik dan bagus buat kesehatan tubuh dan kecantikan kulit. Zat antioksidan yang ada dalam buah ini sangat bagus untuk menangkal efek radikal bebas dan juga sebagai anti aging.
Jika Anda makan buah anggur, makanlah sekaligus kulit dan bijinya.biji anggur mengandung zat antioksidan pycnogenol, zat yang berfungsi penguat kolagen dan meningkatkan fungsi pembuluh darah. zat ini juga bersifat anti oksida sehingga proses penuaan dapat diperlambatkan.
Buah anggur sangat baik untuk dimakan, baik ketika masih segar ataupun sudah kering. Anggur merupakan buah yang mudah dicerna, dan dapatmembekalkan gizi yang cukup. Anggur hijau maupun merah memiliki khasiat yang sama, keduanya bisa dimanfaatkan untuk menjadi buah, makanan, minuman, maupun sebagai obat.
Sebagai obat, anggur memiliki kandungan gizi yang sangat tinggi. Anggur diyakini dapat mengubati batuk, memurnikan darah, membersihkan usus, pencernaan, bahkan bermanfaat untuk orang-orang yang terkena penyakit barah.. Tak hanya itu, anggur juga bisa dimanfaatkan bagi siapa saja yang akan melakukan diet. Jus anggur, dpt membantu penyembuhan dari penyakit hemaroid (wasir), gangguan pencernaan, batu karang dan gangguan hempedu. Untuk itu, dianjurkan untuk meminum segelas jus anggur, sebelum sarapan dan sebelum makan malam. Bukan sahaja sihat malahan kekal cantik berseri..insyaallah.
Monday, August 22, 2011
Biskut Bunga Cina - paling laris di pasaran 2011.
100gm tepung ubi kayu
30 gm tepung jagung
1 biji telur - asingkan kuning dan putih
sedikit garam - jika suka
1/2 sudu teh baking powder
2 1/2 sudu besar majerin atau butter
susu pekat manis ikut lembut
Cara Penyediaan
Campurkan kedua jenis tepung dengan baking powder kemudian garam.
Masukan telur putih yang di pukul sedikit di ikuti dengan majerin.
Bila adunan dan bercampur masukan susu pekat untuk membentuk adunan yang
lembut.
( Angaran setengah tin )
Paipkan adunan mengunakan acuan samperit.
Nota( Jangan biarkan adunan kering kalau boleh tutup adunan mengunakan tuala
sebab jika adunan kering nanti ianya menjadi keras dan kena tambah susu dari
masa kesemasa.)
Saturday, August 13, 2011
Menu di bulan puasa - YANG SESUAI
Terdapat beberapa langkah untuk kita menjamah hidangan ketika berbuka puasa. Kita digalakkan berbuka puasa secara berperingkat dimana kita boleh memulakan dengan memakan makanan ringan kerana ia lebih mudah dihadam. Ini dapat mengelakkan perut kita dari terlalu kuat bekerja selepas seharian berehat. Selepas seketika barulah kita menjamah makanan sederhana seperti sedikit nasi dan lauk-pauk dan diakhiri dengan snek secara berperingkat.
Diet yang sesuai menggalakkan kita mengambil banyak jus buah-buahan tanpa gula bagi mengembalikan bendalir badan yang hilang ketika berpuasa dan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur. Makanan berserat dalam mengelakkan kita dari menghadapi masalah sembelit. Kurma merupakan sumber gula, fiber, karbohidrat, kalsium dan magnesium yang baik untuk tubuh kita. Berikut adalah menu yang dicadangkan untuk berbuka. Selamat mencuba… Menu berbuka
* Jus buah-buahan (tanpa gula)
* Semangkuk sup sayur
* Sedikit nasi
* Tempe
* Ayam panggang
* Pengat pisang
Thursday, July 21, 2011
Siput rangup sedapppp
Setiap kali raya mesti nak buat kuih ni...dari zaman dulu2 hingga sekarang,,kuih ni adalah pilihan utama untuk masuk ke mulut,..betul kan?..itulah kuih siput namanya..rupanya seakan2 siput,..diadun dengan tepung dan rempah ratus mengikut yang empunya resepi,..kalau nak pedas tambah je chili,..tapi yg pasti serai dan jintan adalah bahan utamanya...
Monday, July 11, 2011
Jus epal hijau...dan aku..
Akan kuteruskan usaha ini semoga kesihatanku lebih baik dan lemak yang terlebih dapat dikurangkan...apa yang seharusnya kulakukan seiring dengan usaha ini ialah senaman berterusan...suatu aktiviti yang agak liat nak dilakukan...insyaallah kepada sesiapa yang sewaktu denganku,..yang memang montel...elok la teruskan meminum jus epal hijau ini...
Jom kita lihat lagi khasiat epal hijau ini..
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.
* Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:
- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah: - Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit. Jadi ayuh kita sama-sama manfaatkan kebaikan epal hijau...jommm.
Wednesday, June 29, 2011
Nasi lemak dalam hidupku..
Wednesday, June 22, 2011
Nak awet?...he he..
Herba dengan nama saintifiknya Anacardium occidentale ini adalah dari keluarga tumbuhan Anacardiaceae. Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) sebelum ini membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Pucuk gajus didapati mengandungi 97.6 peratus aktiviti pembersihan toksik. Di dalam pucuk gajus terdapat bahan antioksida yang boleh meneutralkan dan melawan bahan toksik di dalam badan. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan. Menurut beliau, ini akan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.
Saturday, June 18, 2011
Kismis dan Kurma Yahudi..hati-hati ye..
Friday, June 3, 2011
Nostalgia Keriang Dot..
Ziarahku ke rumah nenek di Kampung Sungai Yan kelmarin memang best,..banyak yang dapatku perbuat,..antaranya sama2 meratah cucuq ikan...sedap sangat....habis 4 kg ikan kembung dalam sekelip mata...betul2 happy..bukannya apa..sejak harga ikan naik...kami sekeluarga cuma makan ikan untuk lauk je...tak le mewah macam hari ni..
Satu lagi,..sambil2 ratah ikan, kami juga dijamu dengan buah kuinin dan buah keriang dot...he he..aku pun makan la buah keriang tu puas2...sambil2 makan teringat nostalgia lama...zaman bebudak dulu... buah inilah yang sering menjadi rebutan aku dan kekawan semasa balik sekolah..
*****Info : Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung di utara tanah air pasti mengenali buah keriang dot yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah anggur. Jika dahulu pokok keriang dot mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung namun kini buah ini semakin sukar diperoleh.
Mungkin juga generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokoknya semakin pupus.Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.
Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.
Friday, April 29, 2011
What can high-omega-3 foods do for you?
- Reduce inflammation throughout your body
- Keep your blood from clotting excessively
- Maintain the fluidity of your cell membranes
- lower the amount of lipids (fats such as cholesterol and triglycerides) circulating in the bloodstream
- decrease platelet aggregation, preventing excessive blood clotting
- inhibit thickening of the arteries by decreasing endothelial cells' production of a platelet-derived growth factor (the lining of the arteries is composed of endothelial cells)
- increase the activity of another chemical derived from endothelial cells (endothelium-derived nitric oxide), which causes arteries to relax and dilate
- reduce the production of messenger chemicals called cytokines, which are involved in the inflammatory response associated with atherosclerosis
- reduce the risk of becoming obese and improve the body's ability to respond to insulin by stimulating the secretion of leptin, a hormone that helps regulate food intake, body weight and metabolism, and is expressed primarily by adipocytes (fat cells)
- help prevent cancer cell growth.
- Depression
- Cardiovascular Disease
- Type 2 Diabetes
- Fatigue
- Dry, itchy skin
- Brittle hair and nails
- Inability to concentrate
- Joint pain
Friday, April 22, 2011
Dangai....Kueh Orang dulu-dulu..
Monday, April 11, 2011
Khasiat minyak zaitun yang kita tidak tahu..
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda ;
`Makanlah minyak zaiton dan urutkannya ke seluruh badan kerana ia adalah pokok yang suci’ – Riwayat Tirmizi
Antara banyak-banyak makanan yang ada di muka bumi ini, makanan utama yang hanya mengandungi lemak tak tepu (MUFA:monounsaturated fat) ialah minyak zaiton dan minyak ini adalah makanan utama orang-orang Mediterranean. Melalui kajian, mereka mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghadapi masalah kesihatan contohnya masalah jantung berbanding orang lain. Satu lagi kajian mencatatkan, jika kita HANYA bergantung pada minyak zaitun ini sahaja, sudah cukup untuk mengurangkan risiko kita sebanyak 50% berbanding orang lain untuk mendapat masalah saluran darah di jantung (coronary artery disease)
Apa sebenarnya yang terkandung dalam minyak ini?
Minyak zaitun mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi, omega-3, omega-6 dan pelbagai lagi. Semua asid lemak ini penting untuk peredaran impuls dalam otak, merendahkan paras kolesterol dalam badan dengan mengurangkan pengoksidaan lemak sekaligus mencegah masalah jantung. Minyak ini juga adalah pengawet semulajadi,boleh memanjangkan jangka hayat makanan. Contoh terdekat ialah tin-tin sardin yang dilihat di pasaraya. Semuanya direndam dalam minyak zaitun, betul atau tidak?
Jadi, bagaimana kita mahu menggunakan minyak zaitun`ajaib’ ini semaksimanya?
Sebagai minyak utama bila memasak semua makanan kita
Kuatkan rambut rapuh (cara : rendam rambut dalam minyak ini, kemudian balut rambut dengan tuala selama 30 minit, kemudian basuh rambut)
Sebagai bahan utama kecantikan kulit (cara : URUT pada tempat-tempat yang disukai [jangan sapu])
-dapat mengelak kerutan dan memperbaiki tona muka (wrinkles and face tone)
-kulit cantik dan halus - Pelembap dan penyegar muka
(cara: ½ cawan minyak zaitun+ ¼ cawan cuka+ ¼ cawan air; guna sebagai krim muka malam)
Kuatkan kuku (cara: rendam kuku jari dalam minyak zaitun)
Mengelap keluar make-up (sesuai untuk semua jenis make-up
Di pasaraya akan ada pelbagai jenis minyak ini. Yang mana perlu dipilih? Dalam mana-mana jenama pun, ada 4 kategori minyak zaiton.
Extra virgin olive oil – kategori terbaik, paling kurang diproses, minyaknya adalah hasil perahan pertama (tanpa haba) buah zaitun itu.
Virgin olive oil – minyak adalah dari perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama.
Pure olive oil / Olive oil – minyaknya telah melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya.
Extra Light olive oil – minyaknya adalah hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan pelbagai minyak lain.
Anda perlu memilih yang dilabel Extra Virgin kerana itulah kualiti terbaik jika kita ingin mendapatkan segala manfaat dari minyak ini terutama menjaga kesihatan badan. Selamat membeli!
Saturday, April 9, 2011
Laksa kedah....terangkatttt.
Satu-satunya makanan kegemaran aku,..selalu saja menjadi santapan jika kelapangan...rasanya semua orang tahu jika disebut laksa...Kat negeri Kedah ni,..laksa biasanya dibuat berkuah asam dan lemak...aku paling suka yang laksa asam..percaya atau tidak,..laksa asam orang kedah walaupun pakai resepi yang sama tapi akan berbeza rasanya...ini mengikut pengalaman hidup disini dan dari penelitian serta kajian sendiri..he he..tak percaya?...cuba sendiri..laksa ct berbeza dgn laksa orang lain...walau resepinya sama...
Resepi...laksa ct...
2 kg ikan selayang (sardin) atau ikan kembung..mesti yang baru naik dari bot nelayan..dibersihkan, rebus dan asingkan isinya. kisar tulang dan ambil airnya..
100 gram cili kering + 300 gram bawang besar + 2 jari belacan - dikisar lumat.
2 bungkus laksa
Cara ct masak
Cili dan bawang serta belacan yang dikisar dipanaskan bersama air rebusan tulang ikan sampai masak cili tadi...masukkan air sebanyak 3 liter beserta isi ikan yang dikisar halus...tambah daun kesum, bunga kantan, asam keping dan garam...renihkan sampai mendidih...
Rebus laksa yang direndam dan toskan
hiris ulaman seperti timun, daun janggus., putat, selom dll yang sesuai...
masukkan laksa dlm mangkuk, hias dengan ulam, sedikit cili padi yag dihiris serta limau kasturi...
makanlah beserta doa dan bismillah..terangkattt mangkuk kat atas...he he..
Cubalah...mesti sedappp..
Wednesday, April 6, 2011
Pulut Mempelam..
Pulut Mempelam memang sedap sekali sekala....bole buat sendiri kalau rajin,...kalau malas bole beli saja. nak buat cukup senang...rendam 1 kg beras pulut selama 3 jam, toskan dan kukus.....waktu masih panas, ambil pati santan dari 1/2 biji kelapa.tambah garam sikit je.. gaulkan dgn pulut yang masih panas....biar kena semuanya...ketepikan.
Kupas je buah mangga tak kira le harum manis ke...chokanan ke...ape apa je la...sendukkan pulut dan letakkan hirisan mangga kat sebelahnya.....ha dah siap untuk dimakan...yummmy...jom cuba...kalau taullut dengan mangga,...boleh beli durian ke...cempedak ke sebagai ganti...
kalau rajin,..jom pi kat Perlis,..makanan ni dah sebati dengan rakyat perlis dan merupakan menu istimewa buat pelancong...dengan mangga harum manisnya yang sudah terkenal....kalau malas nak pi sana..pi beli je kat pasar malam...3 kg baru RM10.00....ha ha...selamat berpulut mempelam!
Friday, March 11, 2011
Scary footage: Tsunami waves raging, buildings burn after 8.9 Japan eart...
Sunday, February 27, 2011
Berapa Kalori kita makan hari ni? Jom kira...
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
teh tarik - 1 glass - 83 calori
Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
kategori minuman
1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
9.keju chedar 1 keping =58 kal
Thursday, February 24, 2011
Jom tengok pula..apa khasiat anggur hitam...
Jom tengok pula..apa khasiat anggur hitam...
Anggur hitam mempunyai tahap vitamin dan mineral yang sungguh mengagumkan. Dari segi bahan antioksida dan Vitamin C, anggur hitam adalah salah satu sumber semulajadi yang tinggi. Anggur hitam kaya dengan fitokimia yang dipanggil antosianin, terkenal bagi manfaat antikeradangannya. Antosianin adalah pigmen tumbuhan yang memberikan buah anggur hitam warnanya yang gelap - semakin gelap warna buahnya, semakin tinggi kandungan antosianin dan semakin banyak manfaat bahan antioksida. Buah yang berwarna gelap ini padat dengan bahan antioksida dan secara am terbukti memiliki manfaat kesihatan yang ketara. Kajian menunjukkan bahawa bahan antioksida bolen mencegah pelbagai jenis penyakit. Lebih kurang 100gram buah anggur hitam mengandungi hanya 30 kalori, serta padat dengan kandungan vitamin dan mineral.
Friday, February 18, 2011
Makanan Pembakar Kalori, Tips Menurunkan Berat Badan
Berikut adalah antara senarai makanan pembakar kalori yang bagus untuk anda masukkan dalam menu pemakanan harian anda.
Oren
Buah oren adalah antara buah yang mengandungi banyak vitamin C. Kajian mendapati bahawa jika tubuh kekurangan vitamin C, pembakaran kalori dan lemak menjadi lebih sukar. Vitamin C bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan. So, amalkan makan oren setiap hari untuk mempercepatkan pembakaran kalori.
Air Putih
Mesti ada dalam rumah kan? Air putih memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan. Minum 8 gelas air putih setiap hari. Pengambilan air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan dehidrasi.
Ikan
Suka makan ikan? Mereka yang makan ikan 3 atau 4 kali seminggu mempunyai tahap leptin yang tinggi berbanding yang tak makan ikan. Leptin adalah sejenis hormone yang membantu mengawal selera makan dan juga memainkan peranan untuk menurunkan berat badan. Ikan juga kaya dengan omega 3 yang membantu mengawal gula dalam darah. Oleh itu masukkan ikan dalam menu anda.
Susu
Susu adalah pembekal utama kalsium untuk keperluan tubuh. Keperluan kalsium bukan hanya untuk menguatkan tulang malah membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh (susu rendah lemak). Minumlah 2 gelas susu setiap hari.
Epal - Epal merupakan sumber pectin dan fiber yang amat diperlukan dalam diet anda. Anda juga lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan 5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh didapati daripada 2 biji epal.
Barli - Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan.
Kacang Hitam (Black Beans) - Merupakan makanan yang rendah kalori, mengenyangkan dan kaya dengan fiber.
Tembikai Susu Jingga (Rock Melon) -Anda pernah makan buah ni? Buah ini juga dipanggil cantaloupe di Amerika. Kaya dengan nutrient dan rendah kalori. Baik untuk kesihatan dan membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit.
Lobak Merah - Kaya dengan fiber, rendah kalori dan amat sesuai dimasukkan dalam menu pemakanan harian anda. Mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risikao pelbagai jenis kanser dan radang.
Bijirin (Cereal) - Kaya dengan fiber. Kajian mendapati mereka yang amalkan makan bijirin semasa sarapan akan makan dalam kuantiti yang sedikit semasa makan tengahari berbanding mereka yang menikmati makanan kurang fiber semasa sarapan. Bijirin membuat anda cepat kenyang dan lambat berasa lapar.
Cili Merah - kandungan capsaicin dalam cili membantu mencegah pembentukan lemak dan mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan untuk membakar kalori. Sebaiknya buang biji cili sebelum dimasukkan dalam masakan anda.
Fruit Smoothies = Merupakan minuman campuran buah-buahan segar yang dikisar bersama susu dan yogurt. Kaya dengan pelbagai nutrient yang terdapat dalam buah-buahan termasuk susu dan yogurt. Rendah kalori dan mampu mengenyangkan anda. Pastikan anda menggunakan susu rendah lemak.
Halia - Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda. Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak.
Teh Hijau - Kajian mendapati mereka yang minum the hijau setiap hari, tubuhnya membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang minum kopi atau minuman berkafien. Amalkan minum 2 cawan setiap hari.
Bawang merah - Kandungan bawang membantu mengurangkan lemak dalam yang terkandung dalam makanan anda. Oleh itu jangan lupa masukkan bawang dalam masakan anda.
Strawberry - Kaya dengan kandungan air dan fiber serta rendah kalori. Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet.
Tempe - Tempe diperbuat daripada kacang soya berprotein tinggi yang membantu proses menurunkan berat badan. Mengandungi 30% keperluan fiber yang disarankan untuk badan.
Rumput laut - Sayuran laut ini amat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana kaya dengan nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tubuh