Followers

Sunday, December 27, 2009

Tana...rindu sangat...di mana kau sekarang?


Tana...miss u
Tana...aku merinduimu...di mana kau sekarang?...dulu kau terlena dalam pelukanku...masih terasa hangat nafasmu...selalu juga telingamu yang capang kujentik2..geram, ke mana kau menghilang...ingin kukabarkan ibumu jua sudah tiada....setelah 5 tahun bersamaku..ibumu sempat mengadiahkan aku anak2 kucing yang comel termasuk kau...


ni gambaq Tota...abang Tana..juga sudah pergi menyahut seruan ilahi..sedih sangat ...


ni Babuji,...juga sudah tiada...adik bongsu Tana...belum pun usia 2 tahun bersama sudah mati...
Sedih la bila mengenangkan semua kucing2 ku yang pernah kupelihara,...kuberikan nama sebaik saja dilahirkan...namun apakan daya..yang hidup pasti mati jua..semoga bersemadilah kalian dalam aman..

Thursday, December 17, 2009

ulat resdung...tak percaya?






Hari ini aku dan rakan baik cikgu Tipah pergi buat rawatan resdung...tapi tak de la keluar ulat macam dalam video kat atas...cuma nampak hama-hama resdung macam serbuk..insyaallah kami akan buat berkali-kali supaya masalah resdung kami ni akan berkurangan. Kaedah menggunakan asapan ini dijalankan oleh syarikat Naza Anggun yang beroperasi di alor setar, kedah. Ramai betul pengunjungnya...selain asapan tu..pelanggan diurut wajah serta dibersihkan serta di maskerkan...bestnya...harganya berpatutann,,,so sesiapa yang tinggal berhampitran dan ingin mencuba silakan..

Wednesday, December 9, 2009

flora di taman


              Antara flora yang terdapat di lamanku...rose yang ditanam setahun yang lalu kini membungai selalu....walaupun bunganya tidak la sebesar dan secantik mana namun ianya cukup untuk mengharumkan taman hatiku  setiap hari...

bunga ni pulak tak tahu nama rasmi atau saintifik tapi aku panggil bunga essence...mungkin kerana  berbau harum....bunga ni membawa nostalgia  zaman kanak2 dulu....di mana sewaktu itu satu kampung menanam bunga ni...kat mana2 halaman rumah pun ada,,,,


yang ni pula sejenis bunga tahi ayam...penyeri tiang dilamanku...amat berseri jam 12 tengahari...dari jauh sudah kelihatan kerana  bunganya berwarna oren keemasan...disebelahnya pula bunga jugak...bunga cinta lestari...(athirah...anak bongsu).


koleksi terbaru dari keluarga mawar...baru seminggu ditanam,..semoga suburlah dan berbungalah...benih dari tanah sejuk memang berbunga besar tapi memerlukan penjagaan rapi...insyaallah..


yang ni bunga marygold (sejenis bunga tahi ayam)...haihhh mengapa la namanya tak sedap didengar...apa2pun bunga ini amat cantik kalau dijaga dengan rapi, buangkan mana2 bunga yang kering...yang penting ialah ia juga mampu menjauhkan nyamuk...

bunga raya, merah menyala...menjadi penyeri mata...walaupun tiada wanginya..

p/s : walaupun lamanku cuma sekangkang kera...(kata orang tua2)..akan ku hiaskan dengan flora dan tumbuhan...semoga setiap hari mataku singgah pada kesegaran dan kehijauan alam yang menyenangkan...

Sunday, November 22, 2009

Roses with luv..???


Tanam ros dengan penuh kasih sayang 

SESIAPA saja akan tertarik dan jatuh cinta jika memandang bunga mawar mekar di kelilingi pepohon renek dan rumput menghijau di laman. Namun, untuk menanam sendiri mawar di laman, ramai yang mengelak kerana berpendapat pokok berkenaan sukar dijaga dan perlu penjagaan rapi. Berikut adalah teknik yang betul...
"Kita perlu lahirkan rasa cinta jika mahu menanam mawar sebagaimana bunga berkenaan sering dikaitkan sebagai lambang cinta. Kita juga tidak perlu menggunakan baja kimia kerana ia boleh menyebabkan pokok tidak sihat. Menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang, jadi gunakan bahan semula jadi serta elakkan penggunaan air dan baja berlebihan” .....Inilah pesan bijak bestari dalam soal penanaman pokok mawar. 
  • Bagi mereka yang mahu membina laman mawar perlulah memastikan tanah yang digunakan sesuai iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.
  • Sebelum mula menanam, bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. Bunga mawar juga tidak boleh ditanam berselang seli dengan pokok atau tumbuhan lain.
  • Seeloknya, taman mawar hanya dikhususkan untuknya saja kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain.
  • Baja juga tidak boleh digunakan berlebihan dan jika boleh elak menggunakan baja kimia atau kumbahan seperti tahi ayam dan kambing kerana ia tidak membantu menyihatkan pokok sebaliknya mengurangkan jangka hayat pokok mawar. Baja najis haiwan biasanya panas dan membawa pelbagai virus yang boleh mencacatkan daun dan bunga. Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok. Oleh kerana, mawar dikategorikan sebagai pokok manja, maka ia perlu dicantas dan tanah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar. Seeloknya, pokok dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.


Fakta Mawar


  • Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat barat percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, ibu baru atau persahabatan.



  • Setulus penghargaan -  Rohaniza Idris roha@bharian.com.my- dikutip dan disebarkan...




  • Friday, November 20, 2009

    bunga-bunga berguguran.

    sekarang musim hujan...panas sekejap je, hujan lagi...halaman rumah sentiasa lembap, bagi tumbuhan yang sukakan air dan berdaun, memang le subur je..tapi bagi bunga kertas, masa ni la yang paling sedih...berguguran satu demi satu...kemeriahan dan keceriaan warna-warna di laman rumah...semakin hilang seri...

    namanya pun bunga kertas kan..bila hujan akan basah dan memberat lagu gugur...begitulah rutin pepohon bougainvilea, walaupun gugurnya selalu namun berbunga lagi tanpa jemu...menyeri mata yang bertamu...banyak juga pokok ini yang ditanam di halaman rumahku...smuanya dalam pasu...senang nak diuruskan....nak tahu lebih lanjut pasal bunga ni,.
    sila klik.

    Friday, November 13, 2009

    Nak raya dah..cepat bakar kek!





    Kek Coklat Lembap

    Bahan-bahan ( makan ramai-ramai )

    2 Cawan tepung gandum
    2 Cawan gula halus
    1 Cawan serbuk koko
    1 sudu kecil baking powder
    1 sudu kecil bircabonat soda
    1 Biji mentega (250gm)
    4 biji telur
    2 Cawan susu coklat (dlm kotak atau botol)
    1 sudu kecil esen vanilla
    Topping (Coklat masak secukupnya ,1 sudu mentega dan ½ cawan susu coklat)

    Cara-cara

    • Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bircabonat soda, ayak tinggi. 
    • Pukul mentega dengan gula halus.pukul sampai kembang kemudian masukkan telur satu persatu hingga sebati.  
    • Masukkan pula susu coklat.pukul sehingga sebati. 
    • Bubuh esen vanilla. 
    • Masukkan tepung, kacau adunan sehingga sebati. 
    • Masukkan aduanan kek ke dalam loyang yang telah dilapisi kertas minyak yang disapu mentega. 
    • Bakar 180Âșc selama 45 minit, jgn terlalu lama..nanti tak lembab. 
    Untuk Topping :
    1) Masukkan semua bahan topping ke dalam periuk..masak secara double boil.
    2) Setelah cair masak di atas api pelahan.. biarkan sejuk sikit dan dah boleh hias atas kek.

    ****resepi hadiah khas untuk zakir...buat tau!! jangan tak...







    Wednesday, November 11, 2009

    Bersedekahlah sebelum anda meminta sedekah...


    SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL
     (seperti yang diceritakan oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood)

    Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

    "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

    Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

    "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

    Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

    Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

    "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
    rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

    Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

    Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

    Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

    Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

    Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

    Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

    Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

    Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.

    INSYALLAH"
    "Sama-sama kita menginfakkan sedikit rezeki dari kurniaan Allah kepada manusia lain yang memerlukan, pahala bersedekah lebih banyak sekiranya dilakukan ketika kita sendiri dalam kesusahan..apatah lagi jika harta berlebihan,..."

    Monday, November 9, 2009

    biskut pilihan- BISKUT JEJARI OATS




    Resepi ini pasti sedap kerana guna minyak sapi...ada yang guna butter...ikut suka la. Boleh la cuba untuk aidiladha...ni kalau nak beli mahal..so sapa2 yang banyak masa tu elok sangat...pastu boleh kirim cikit...
    Ingredients
    250 g oats 
    430 g flour 
    230 g castor sugar 
    1 1/2 tablespoons cocoa powder 
    200 g Ghee 
    125 g butter (I used margarine) 
    milk powder ~ for coating 

    Method : 
    1. Mix oats, castor sugar, cocoa powder, ghee and butter. 
    2. Add in flour, little at a time till you get a soft dough. You don't have to use up the whole amount. Can't actually remember how much I used, but it's less than the amount stated above. 
    3. Take a bit of dough and shape it like a finger. I used a cutter, just to get a more uniformed size. 
    4. Bake in a preheated oven at 160 C till done. 
    5. Leave the biscuites to cool then coat with milk powder. 


    biskut pilihan- BISKUT JEJARI OATS



    untuk raya korban nanti...elok la cuba biskut ni..mahal kalau beli...sedap.
    Ingredients :

    250 g oats
    430 g flour
    230 g castor sugar
    1 1/2 tablespoons cocoa powder
    200 g Ghee
    125 g butter (I used margarine)
    milk powder ~ for coating

    Method :

    1. Mix oats, castor sugar, cocoa powder, ghee and butter.
    2. Add in flour, little at a time till you get a soft dough. You don't have to use up the whole amount. Can't actually remember how much I used, but it's less than the amount stated above.
    3. Take a bit of dough and shape it like a finger. I used a cutter, just to get a more uniformed size.
    4. Bake in a preheated oven at 160 C till done.
    5. Leave the biscuites to cool then coat with milk powder.

    *****pasti menggigit jari..(jejari)

    Friday, November 6, 2009

    Lili putih - Bunga klasik



    Kebiasaannya, Calalily berwarna putih, namun hasil kacukan dan penyelidikan, tumbuhan ini dijumpai dalam warna ungu kemerahan, warna krim, merah jambu dan putih kehijauan. Tumbuhan klasik ini dibawa ke Eropah sekitar 1600 dan ditemui di Taman DiRaja Perancis sekitar 1664. Ia di bawa ke Eropah oleh pelayar Simon van der Stel.

    Pokok ini sesuai dengan suhu yang sederhana sejuk dan mudah mati jika terdedah kepada cahaya matahari. Justeru, jika mahu ditanam pastinya ada teduhan melindungi atau ditanam di bawah pokok yang rimbun. Di Malaysia, tumbuhan ini banyak ditemui di Tanah Rata, Cameron Highlands tetapi bunganya lebih kecil jika dibandingkan dengan jenis sama yang hidup di Afrika Selatan dan Eropah.

    Kekuatan bunga Calalily terletak pada batang debunga di tengah-tengah kelopak yang mengandungi debunga jantan dan betina. Debunga jantan biasanya terletak di atas kira-kira tujuh sentimeter (cm) bunga manakala debunga betina di bahagian bawah setebal 1.8 cm dalam kelopak bunga.


    Untuk membezakan sama ada ia bunga jantan atau betina, gunakan kanta mata bagi melihat debunga. Debunga jantan lebih besar dan berserabut manakala bunga betina mempunyai lubang ovari dekat tangkai kelopak. Bunganya membiak dengan bantuan serangga untuk proses persenyawaan debunga seperti semut, lebah, labah-labah dan kumbang.

    Pokok Zantedeschia aethiopica boleh membesar sehingga satu meter bergantung kepada habitat dan kawasan tanamannya. Daunnya berwarna hijau berkilat berbentuk seperti busar anak panah dan biasanya akan berbunga daripada Ogos hingga Januari.

    Menanam pokok ini mudah menggunakan biji benih dan keratan batang dan akar. Seelok-eloknya ditanam sedalam lima cm dalam tanah. Buah calalily masak apabila ia bertukar kekuning-kuningan dan lembut. Buang pulpa jika mahu mengeringkan biji benih untuk semaian.

    Apabila ia bertukar menjadi kelabu dan kehitaman, bolehlah dipindahkan dalam beg semaian. Kebiasaannya, tumbuhan ini sesuai ditanam di kawasan sedikit lembap seperti tepian terusan, sungai dan tasik. Namun, tidak bermakna tumbuhan ini sukakan kawasan berair atau akarnya terendam dalam air.. tumbuhan ini cepat membesar dan memerlukan air dan cahaya matahari sederhana. Akar pokok ini biasanya menjadi makanan binatang seperti babi liar dan landak manakala buah yang masak digemari unggas.

    Pokok ini juga dimakan oleh masyarakat orang Asli di Afrika dan biasanya direbus sebelum di makan. Jika anda termakan mentah tumbuhan ini akan menyebabkan tekak gatal dan luka. Namun, daunnya selalu digunakan dalam perubatan tradisional sebagai bahan untuk tuam dan merawat sakit kepala.

    Oleh kerana keunikan dan ciri klasik yang ada pada bunga ini menjadikannya sebagai simbol dan lambang kebesaran Republik Ireland.

    chili ke ni...awat la pelik sangat?


    Pada mulanya malu nak kongsi gambar ni,,,tapi bila dua kali fikir benda ni ciptaan Allah yang hebat...ok lah...he he..

    Thursday, November 5, 2009

    Laman harum.


    Gardenia Cornuta berasal dari benua Afrika.
    LAMAN yang cantik bukan hanya kerana keindahan susun atur tata hias semata-mata kerana pelbagai elemen lain yang menghidupkan suasana perlu di ambil kira. Pakar landskap menetapkan lima elemen yang perlu ada dalam laman yang berkaitan dengan deria rasa seperti pandangan, rasa, bau, pendengaran dan sentuhan.
    Dalam seni laman, tanaman yang mengeluarkan bau wangi berfungsi menarik kunjungan tetamu ke laman termasuklah unggas atau serangga seperti rama-rama dan lebah.

    Tujuan penggunaan tumbuhan yang mengeluarkan bau adalah mewujudkan suasana harmoni selain menimbulkan perasaan ingin tahu kepada tetamu yang lalu di laman sekali gus menerokainya. Antara tanaman yang mengeluarkan bau wangi ialah jasmin, kemuning, sundal malam, kemboja dan kesidang yang sangat sesuai ditanam di laman tanpa mengira keluasan kawasan.

    Satu lagi tumbuhan yang sering dijadikan penghias laman dan mengeluarkan bau wangi adalah bunga gardenia atau dikenali sebagai mawar atau ros Jepun. Sesuai menjadi hiasan apa juga konsep laman terutama laman Cina, Jepun dan nusantara. Malah, ia boleh disesuaikan dengan laman gaya kedesaan Inggeris. Gardenia juga sesuai untuk menjadi tanaman dalam kediaman.

    Bagi pakar botani, pokok ini agak sukar untuk ditanam dan dijaga, namun jika mengetahui kaedah sesuai menjaganya mungkin tidak menghadapi masalah. Bunga gardenia berwarna kuning lembut , putih atau putih gading dan putih lilin mengeluarkan bau harum seperti mawar tetapi lebih lembut dan kelopaknya lebih besar.

    Gunakan bahan racun serangga biasa untuk membunuh serangga dan kulat. Paling mudah pastikan pokok sentiasa lembap.

    Wednesday, November 4, 2009

    Bunga kesidang ct



    Seronok tak terkata apabila bunga kesidang (kerak nasi) yang kutanam sejak berpindah kerumah baru mula berbunga) Teruja melihat jejambak yang mekar mewangi. Kesidang ialah sejenis pokok renek yang memanjat, berasal dari pulau Jawa. Daunnya bujur berwarna hijau muda serta mempunyai urat-urat yang jelas. Bunga kecil berwarna putih, berjambak dan terbit pada pucuk dahan atau ketiak daun.

    Setiap jambak terdapat 10 - 20 kuntum bunga. Bunga kesidang kembang di waktu pagi dan berbau wangi. Di waktu malam bunganya akan lebih wangi mengharumi persekitaran.
    Nama saintifiknya Vallaris glabra. Batangnya keras dan padat berwarna kuning keputihan serta mengeluarkan getah putih yang amat lekit. Lekitnya tidak hilang jika tidak dicuci dengan sabun.
    Ada yang menanam di dalam pasu, namun biasanya ditanam di halaman. Dengan habitatnya yang memanjat dan menjalar elok disediakan para. Pokok ini sesuai dijadikan penutup pada gazibo untuk tujuan redupan di taman-taman. Ekstrak bunga kesidang amat sesuai dijadikan wangian kerana aromanya yang lembut dan menyegarkan.

    Tuesday, November 3, 2009

    Bagaikan kucing dengan tikus...saling memerlukan?

    Apa itu saffron


    Saffron diambil dari stigma bunga crocus sativus linneaus. Bunga mungil cantik berwarna ungu muda ini muncul di musim gugur dan memanen stigma-nya harus sebelum matahari muncul. Untuk menghasilkan 500g saffron sebanyak 70.000 stigma diperlukan. Itulah sebabnya mengapa saffron sangat mahal.

    Rempah ini banyak digunakan dalam masakan-masakan Timur Tengah dan Eropah selatan, tidak hanya karena fungsinya yang memberi warna dan rasa/keharuman ke dalam masakan tetapi juga digunakan secara umum sebagai bahan perubatan. Pembekal saffron terbesar untuk dunia masih berasal dari Iran, tetapi sekarang sudah terdapat produksi-produksi berasal dari Spanyol (disebut dengan nama zaffron), Provence dan Italia. Di Kurdistan crocus tumbuh liar di alam. Di New Zealand, tempat-tempat yang paling bisa ditumbuhi crocus adalah daerah-daerah dengan iklim dingin, seperti di daerah Canterbury, South Island. Penggunaan saffron tidak perlu terlalu banyak karena sejumput saffron saja sudah mampu memberi warna kuning terang dan keharuman yang unik sekali.

    Monday, November 2, 2009

    Khasiat Teh



    Teh Mengandungi phytochemicals yang berfungsi untuk membantu tubuh menentang serangan beberapa jenis barah. Teh juga befungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkir oksidasi LDL atau dikenali dengan kolestrol buruk. Namun begitu khasiat teh yang diketahui ramai ialah khasiatnya meningkatkan imunisasi tubuh untuk melawan penyakit.
    **Catechins juga salah satu bahan yang terdapat dalam teh berfungsi sebagai antioksida.
    **Teh juga mengandungi fluorida yang peting dalam menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi.
    **Flavonoids juga terkandung didalam teh memberi khasiat membina dan menguatkan otot. Menurut laporan di Archives of Internal Medicine, Kajian ke atas 500 lelaki dan perempuan di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima.
    Kajian pada tahun 2001 yang dijalankan oleh saintis Amerika Syarikat, Taiwan dan Jepun mendapati teh berupaya melambatkan proses penuaan. Kajian terhadap tikus mendapati tikus yang diberikan teh menunjukkan jangka hayat yang lebih lama berbanding tikus yang diberikan air biasa.
    Mitchell Gayor, Pengarah strong Cancer Preventation Center di New York berkata, teh adalah salah satu sumber terbaik untuk menentang serangan barah. Menurut kajian beliau kandungan antioksida yang terdapat di dalam teh boleh membantutkan perkembangan enzim yang membantu perkembangan sel-sel barah. Beliau juga menasihati supaya meminum teh empat cawan sehari.
    Khasiat teh hitam pula ialah berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia mampu menghalang darah dari berkumpul yang boleh menyebabkan darah terhenti. Menurut kajian yang dilakukan oleh Boston’s beth Israel Deaconess Medical Center, seramai 1900 pesakit jantung hidup lebih lama secara puratanya 3.8 tahun selepas mengamalkan meminum teh dua cawan sehari.
    Khasiat teh hijau memang telah ramai yang ketahui ia dapat mempercepatkan pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Sebenarnya flavonoids yang terdapat di dalam teh hijau ini mampu mengubah cara menggunakan hormon dipanggil norepineephirine yang meningkatkan lagikelajuan kalori di bakar.

    Khasiat meminum teh

    Teh menjadi kegemaran ramai dan diminun hampir setiap masa. Jenis teh juga terdapat dalam pelbagai keluaran seperti teh buah, teh biasa, teh akar atau herba daripada pelbagai tumbuhan. Teh herba selalunya dihasilkan sebagai teh untuk kesihatan. Kaum cina mendakwa ada perhubungan antara kesihatan dengan teh yang nereka minum. Mereka mendakwa teh dapat meningkatkan perjalanan aliran darah keseluruh tubuh. Ia juga dikatakan dapat memperbaiki daya pemikiran serta mental kita.

    Meminum teh juga boleh mempercepatkan proses pembuangan alkohol dan lain bahan yang mebahayakan dalam tubuh badan manusia seperti lemak dan nakotik. Antara faedah lain yang dapat diperolehi dengan meminum tehialah dapat meningkatkan daya ketahan tubuh manusia terhadap banyak penyakit. Ia juga dikatakan boleh memacu metabolism dan pengambilan oksigen dalam tubuh kita. Teh juga dapat mengelakkan kita daripada mendapat kerosakkan gigi. Ia juga mengekalkan kulit manusia sentiasa awet muda.

    Teh juga dikatakan memberi kesan kesan seperti berikut:

    (1) Melindungi tubuh dari panas matahari
    (2) Mebantu penghadaman
    (3) Melegakan ketidakselesaan dan sengal sengak pada sambungan tulang tulang dalam tubuh kita.
    (4) Memenuhi kehausan tekak.

    Saturday, October 31, 2009

    Manfaat Halia yang membara...


    Rahsia Herba: Zingiber Officinale [ Halia ]
    Keterangan: Halia atau nama saintifiknya Zingiber Officinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui. Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan. Juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir.

    Halia adalah tumbuhan dari famili Zingiberaceae. Halia atau zanjabil dalam Bahasa Arab ada disebut didalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil".

    Kegunaan:
    Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan.

    Ia juga boleh merawat mati pucuk (impoten),keracunan oleh udang,sakit pinggang dan sakit kepala.Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit.Untuk mencegah mati pucuk caranya, 2 halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi,satu sudu makan kicap,satu sudu makan madu.

    Halia diparut dan dicampur dengan semua bahan diatas dan digaul rata, diamalkan seminggu sekali.Untuk sakit pinggang, halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa, kemudian sapu pada pelipis.Daunnya boleh juga digunakan untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis.

    Untuk cirit-birit dan muntah2 caranya , halia, bunga dan buah pala, jintan putih, 1 gelas santan kelapa dan satu sudu teh minyak kayu putih. Semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati, digunakan sebagai ubat sapu pada perut.

    Resepi : Teh Halia
    Teh halia sememangnya terkenal dengan segala kebaikan dan juga sebagai penambah perisa kepada banyak hidangan. Walaupun pada dasarnya kelihatan seperti biasa, namun herba ini telah digunakan semenjak sekian lama. Seteguk teh halia pastinya memberikan sensasi dan rasa panas ke seluruh tubuh anda.

    Sifat panas yang terdapat pada akar halia memberikan lebih banyak fungsi perubatan - sama ada dalam keadaan kering ataupun mentah. Akar halia bertindak sebagai pemanas, salap, julap, pembuka selera makan, perangsang, dan juga penawar yang baik untuk ketidakhadaman. Inilah sebabnya akar halia kering ditanam dan digunakan untuk memulihkan pelbagai penyakit seperti batuk, selesema, loya, muntah - muntah, cirit- birit, radang sendi, senak perut, mabuk laut, kolik, kolera, asma, sakit kepala dan juga anoreksia.

    Kajian juga menunjukkan halia juga dapat mengubati penyakit migrain dan sakit kepala. Kandungan shogoals dan gingerols yang terdapat di dalam halia juga dapat meneutralkan asid di dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot - otot penghadaman.

    Lain kali jika anda berasa kurang sihat atau menghidapi selesema, cubalah minum segelas teh halia. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga yangyang terdapat pada halia dapat memanaskan paru - paru dan perut. Di bawah adalah resipi teh halia untuk anda cuba:

    4 gelas air
    2 inci halia segar
    Hirisan lemon dan madu ( sebagai penambah perisa )

    Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Tambahkan sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit, Tapiskan air tersebut, dan tambahkan lemon dan madu sebagai penambah perisa.

    *****saya dah cuba...memang baik...***

    Thursday, October 29, 2009

    bunga tahi ayam...cantik dan berkhasiat..


    Ia merupakan tumbuhan renek yang berasal dari kawasan tropika di Amerika. Batangnya yang bulat, berduri halus dan mencapai ketinggian 0.5-1.2 meter. Daunnya seakan-akan bujur, kasar, mempunyai bau yang kuat apabila dikoyakkan daunnya, ukuran panjang mencapai 2-7 cm dengan sisinya yang tidak rata. Bunganya pula berkelompok, kecil dan berbagai warna- merah jambu ,kuning terang dll. Bunga tahi ayam juga mujarab untuk luka

    POKOK bunga tahi ayam menghasilkan bunga yang cantik dan warnanya sama ada kuning atau oren terang memang menarik lagi sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah.
    Mungkin kerana baunya tidak seharum bunga mawar, melor, cempaka dan lain-lain, pokok bunga tahi ayam tidak begitu diminati sebilangan orang. tetapiiiii ada satu khasiat yang memang terbukti di lamanku sendiri...nak tahu?
    Bunga ni menjadikan nyamuk benci untuk menompok...maksudnya la ni aku dah santai kat taman aku waktu malam pun tak akan digigit nyamuk lagi...best betoii sebab dulu nak menempek kejap pun tak boleh..habis betis kena gigit...selain menyerikan taman...itulah yang aku dapat...

    Wednesday, October 28, 2009

    Tip menanam bunga mawar.



    Tip ini aku pindah ilmukan dari satu laman...
    * Menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang,
    * gunakan bahan semula jadi
    * elakkan penggunaan air dan baja berlebihan.

    Bagi mereka yang mahu membina laman mawar perlulah memastikan tanah yang digunakan sesuai iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar. Tanam anak pokok mawar dalam beg polistirena. Sebelum mula menanam, bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. Bunga mawar juga tidak boleh ditanam berselang seli dengan pokok atau tumbuhan lain. Seeloknya, taman mawar hanya dikhususkan untuknya saja kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain.

    Selepas tanah dibersihkan dan dicampurkan dengan tanah kompos, dan tanam anak pokok bunga seperti biasa. Kemudian, pokok berkenaan perlu disiram dua kali sehari, pagi dan petang. Air yang disiram mesti sampai ke atas bukannya hanya semburan biasa yang hanya terkena kepada daun.

    Selepas itu, pokok perlu di baja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali. Baja khas yang terdiri daripada isi ikan, kulit udang, sayuran, serbuk soya dan ekstrak sawit.

    * baja juga tidak boleh digunakan berlebihan dan jika boleh elak menggunakan baja kimia atau kumbahan seperti tahi ayam dan kambing kerana ia tidak membantu menyihatkan pokok sebaliknya mengurangkan jangka hayat pokok mawar. Baja najis haiwan biasanya panas dan membawa pelbagai virus yang boleh mencacatkan daun dan bunga.

    Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok. Oleh kerana, mawar dikategorikan sebagai pokok manja, maka ia perlu dicantas dan tanah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar.

    Seeloknya, pokok dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.

    # Teknologi dalam industri penanaman pokok menyaksikan pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti mawar ungu merah jambu, mawar merah kuning dan mawar kuning jingga.

    # Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri laman. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan ramai kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. Dari segi ekonomi, permintaan pokok mawar melebihi daripada bunga yang lain, digunakan dalam haruman, hiasan dan makanan

    # Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat barat percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, ibu baru atau persahabatan.

    LANDSKAP ROHANI: biarkan mereka berbuat dosa sesuka hatinya.

    LANDSKAP ROHANI: biarkan mereka berbuat dosa sesuka hatinya.

    Aduhai Sakura



    Bagi penduduk Jepun, musim bunga sakura berkembangan merupakan awal dari kehidupan sosial, kehidupan baru yang indah penuh harapan. Itulah sebabnya, persekolahan di Jepun dimulai pada awal April.

    Meski tidak resmi menjadi lambang bunga negara, dalam budaya Jepun, bunga sakura bernilai sakral. Sudah menjadi tradisi sejak zaman Heian, sekitar tahun 794, mekarnya bunga sakura akan permulaan acara ritual keagamaan. Biasa diadakan upacara doa sebelum musim penanaman, dengan harapan para petani mendapat rezeki besar pada musim penuaian nati.

    Suatu menjadi kebiasaan pula, warga Jepun mengadakan pesta taman di bawah pohon bunga sakura, berkumpul bersama rakan sekerja atau sanak keluarga, makan minum bersama sambil menyanyi. Pesta taman yang meriah itu dinamakan enkai.

    Ironisnya, momentum bunga sakura bermekaran yang sangat ditunggu-tunggu itu berlangsung tidak lama. sekitar satu minggu sampai sepuluh hari. Setelah itu, petal atau daun bunga yang tipis, akan mulai berguguran. Pohon bunga sakura itu biasa ditanam berkelompok dalam jumlah besar. Di musim bunga, taman-taman itu terlihat indah sekali, bagaikan diselimuti bunga sakura berwarna putih, merah muda (pink), atau kuning muda.

    Bunga sakura biasa ditanam berkelompok. ketika berbunga, semua pohon bunga sakura di suatu lokasi akan bermekaran secara bersamaan. Hanya bunga, tiada berdaun. Sungguh indah!

    Tuesday, October 27, 2009

    Betik


    Buah betik amat kaya dengan vitamin C dan anti oksidan. Ku tanam 2 pohon betik di lamanku..dan setelah 5 bulan aku dapat merasa buahnya yang manis. Banyak juga la yang sempat kami makan sehingga waktu Ramadhan dulu...hampir tak termakan dan sempat disedekahkan lagi..

    Anda suka memakan buah betik? Tahukah anda buah yang amat mudah ditemui di negara-negara tropika ini ternyata mengandungi khasiat yang ajaib, terutama untuk perempuan. Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau, papaya juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu.
    Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.

    Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar.
    Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan. Bagi keluarga yang memiliki halaman yang agak luas adalah lebih baik menanam sendiri tumbuhan ini. Sambil berbakti kepada tanah kita dapat mengekalkan kesihatan diri dan keluarga.

    Bookmark and Share

    Ulam raja...sesedap namanya.


    Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut.. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.
    Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

    Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment

    KHASIAT Ulam Raja (Nama Saintifik : Cosmos caudatus)

    Monday, October 26, 2009

    Bunga raya dan khasiat yang tersembunyi..


    Bunga raya atau nama saintifiknya adalah botaninya hibiscus rosa sinensis, tergolong dlm keluarga Malvaceae merupakan herba astringen dan menyediakan vitamin c.
    -mengandungi musilaj polisakarid & pectin serta asid organic, glikosid sianidin ( bahan antiestrogen), dan mengandungi sejenis lendir atau mucin yg memberikan rasa sejuk pd kerongkong dan rongga paru-paru.
    Dipetik dari suatu artikel, penyelidik ada menyatakan bahawa ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan yang serupa seperti meminum teh . Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia.
    KHASIAT BUNGA RAYA-Petua:
    bunga raya dan daunnya yg ditumbuk lumat:
    -ditampal pd kulit untk merawat bisul, barah, gatal kulit, demam panas,beguk, luka, bengkak dan penyakit kulit.
    -daun bunga raya mampu melebatkan rambut dan bulu kening.
    bunga raya direbus dgan air mendidih :
    -boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yg bengkak @ radang.
    -boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, bronchitis, selsema, mengeluarkan kahak dan hingus, dan merangsang haid.
    kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam:
    -ditampal pd masalah bisul
    air rebusan kudup bunga:
    -boleh diminum dan mampu menambahkan banyak air mani dan merawat bengkak salur kencing.
    Daun muda dan pucuknya:
    -disapu pada peru ibu yang akan bersalin untuk memudahkan melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.
    daun bunga raya direbus dlm air mendidih:
    -boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.
    akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.
    -boleh diminum untuk merawat jangkitan yang terjadi dr hubungan seksual, melawaskan pembuangan air kecil dan boleh dijadikan penawar racun.
    -air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan bengkak.
    bunga raya nerah dicampur dungan jus limau nipis
    -akan menghasilkan pewarna merah yang boleh dijadikan pewarna yg digunakan pada biskut, kek, makanan lain2.

    Sunday, October 25, 2009


    Gambar bunga ros yg kembang dalam pasu umah ..hehehe, bangga tu sebab pokok ros tu berbunga balik lepas mandom kejap 2-3 bulan…berkesan jugak baja2 bunga yg di bubuh…
    Baja ni aku buat sendiri setelah aku dapat info dari internet...jadi aku nak kongsi dengan pembaca sekelian..senang je nak buatnya...
    1. Selepas makan buah-buahan, kulitnya jangan dibuang, masukkan dalam satu bekas...tambah gula merah sama banyak dengan kulit tadi dan..
    2. Pi kedai ke...beli satu botol yogurt...campurkan supaya baja tadi diurai dengan cepat...
    3. selepas 14 hari...air baja tu dah boleh guna...enzim yang ada dalam tu boleh suburkan pokok tanaman.
    Caranya ambik 2 camca air tu dan tambahkan 1 cawan air, kemudian spray je kat daun...boleh lihat hasilnya dalam 2 minggu selepas tu..cubalah ye..

    Bookmark and Share

    Saturday, October 24, 2009

    Rahsia laman kekal menarik


    RAMAI yang mahu memiliki laman yang cantik seperti di bilik pameran atau nurseri tanaman. Namun, kebanyakannya tidak mahu mempelajari teknik yang betul untuk menanam pokok dan menjaga landskap menyebabkan pokok mati dan landskap idaman hanya bertahan sebulan dua.
    Ada beberapa tip penjagaan landskap yang perlu diberikan perhatian untuk memastikan laman terus cantik dan kekal lama.Perkara utama dalam penjagaan landskap adalah penyiraman pokok yang perlu dilakukan untuk memastikan jumlah air mencukupi diserap tisu tumbuhan.

    Persoalannya, bagaimana anda mengetahui bila dan berapa banyak air diperlukan oleh setiap pokok? Kita tahu bahawa pokok memerlukan air untuk hidup, tetapi terlalu banyak air boleh menjejaskan pertumbuhan pokok. Justeru, tentukan jenis pokok yang ditanam, kerana sesetengah pokok memerlukan sedikit air manakala ada yang memerlukan air dengan banyak. Contohnya pokok Bougainvillea spp. (bunga kertas) tidak memerlukan air yang banyak. Membuang pucuk pokok menggalakkan pertumbuhan daun.

    Siraman kawalan juga perlu dilakukan kerana faktor tanah dan keadaan cuaca juga memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti air yang diperlukan.Tanah liat biasanya memerlukan sedikit air kerana ia mengandungi air yang banyak manakala tanah berpasir memerlukan kuantiti air yang lebih. Dalam keadaan cuaca yang panas terik, lebih banyak air diperlukan. Penyiraman tidak diperlukan selepas hujan lebat.

    Secara umumnya, siraman perlu dibuat dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk penyiraman adalah pada sebelah pagi, selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari. Kekerapan menyiram bergantung kepada keperluan pokok.

    Satu lagi aspek yang penting untuk menjaga laman adalah pemangkasan pokok. Pemangkasan menyebabkan tekanan kepada pokok, jadi jangan pangkas jika tidak ada tujuan spesifik atau tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.

    Pemangkasan yang betul boleh mencantikkan pokok dan jika tersalah potong menyebabkan pokok hilang kecantikan, bentuk atau akan rosak. Memotong dahan yang mati atau cedera serta membuang tunas air juga termasuk dalam kerja pemangkasan untuk kesuburan pokok. Pemangkasan dapat menggalakkan pertumbuhan tunas baru dan menambah baik kualiti dan kuantiti bunga.

    Aspek seterusnya adalah pembajaan. Baja penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur. Namun, sebenarnya kegunaan baja yang berlebihan boleh menjejaskan kesuburan pokok dan mungkin boleh menyebabkan pokok mati.

    Baja boleh dikategorikan kepada dua iaitu organik dan in-organik. Bentuk baja yang terdapat di pasaran adalah baja butiran yang lengkap dengan nutrien NPK; baja cecair yang lazimnya disembur ke permukaan daun; baja debu yang digaul dalam tanah campuran atau ditabur atas tanah dan baja yang dikeluarkan secara perlahan-lahan.

    INFO: Tip penjagaan laman

    # Tentukan jenis pokok dan tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan jenisnya serta kesesuaian tanah
    # Siraman - Tentukan waktu sesuai untuk menyiram iaitu selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari.
    # Pemangkasan - Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
    # Pembajaan - Penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur.

    bahagia...di mana?

    Friday, October 23, 2009

    Rumahku shurgaku

    Kombinasi harmonis serlah keindahan



    MENCIPTA taman indah dengan landskap semula jadi menguji keupayaan pemiliknya memilih elemen terbaik sebagai penyeri taman. Dalam keseronokan menghias taman, ada pemilik kediaman melakukan kesilapan hingga membuatkan suasana serta keindahan persekitaran terganggu.

    Pertama, berikan tumpuan kepada keperluan ruang sama ada ruang tamu luar atau ruang santai untuk berehat ketika malam dan petang. Perlu diingat, taman yang menyerlahkan keindahan mempunyai kombinasi kesesuaian elemen tersendiri. Biasanya hanya satu atau dua elemen utama menjadi titik fokas taman.

    Elakkan kehadiran pelbagai jenis elemen yang membuatkan suasana menyakitkan pandangan. Elemen air antara keperluan utama taman dan perlu dipastikan memenuhi fungsi bunyi atau ada ikan. Ketenangan dapat dirasai jika kedudukan elemen air berhampiran tempat bersantai bagi membolehkan bunyi jatuhan atau aliran dapat didengar.

    Jika memiliki keluasan taman terhad, lupakan hasrat membina kolam ikan. Pastikan tanaman mempunyai fungsi sama ada untuk teduhan, pengadang atau berbunga sepanjang musim.
    Bagi tumbuhan berbunga, ia memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk tumbesaran. Tumbuhan penghadang perlu padat dan tumbuh dalam ketinggian yang diharapkan supaya landskap impian anda direalisasikan sepenuhnya. Sementara pokok teduhan terdiri daripada beberapa jenis pepohon rendang yang membantu meredupkan suasana.

    Aspek kemasan taman wajar diberi tumpuan utama sama ada warna, tekstur dan saiz kemasan itu sendiri. Terlalu banyak kemasan membuatkan persekitaran taman tidak menonjol. Pilihan batu hiasan, kayu dan pasu tanaman perlu sesuai dan harmoni dengan suasana tumbuhan hijau.
    Taman indah semestinya memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan berterusan bagi penataan lebih sempurna. Bagi tanaman berbunga, pembajaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sementara tanaman dalam pasu pula perlu ditukar pasu baru setiap enam bulan sekali atau sekurang-kurangnya setahun sekali.

    warna dan makna hidup


    Warna penyeri

    Warna penyeri adalah warna yang menerbitkan seri dan kepelbagaian kepada sesuatu ruang, terhasil dengan menggunakan warna bertentangan atau kontras dengan skima warna keseluruhan sesuatu ruang. Warna penyeri digunakan pada objek tertentu seperti kusyen, bunga, hiasan dinding dan hamparan.
    Pengetahuan mengenai bagaimana warna dilihat serta digunakan dapat membantu menjadikan ruang dalaman lebih efektif, efisien

    MEMILIH kombinasi warna yang betul untuk ruang dalaman kediaman sememangnya membuat kita berasa selesa dan seronok. Setiap individu mempunyai warna kegemaran masing-masing, misalnya kita memilih pakaian mengikut warna disukai dan trend semasa
    Namun bagi sesuatu ruang dalaman, risikonya agak lebih tinggi kerana sebarang kesilapan boleh menyebabkan kerugian wang dan masa. Sewajarnya kita menimba sedikit pengetahuan mengenai warna pada peringkat perancangan supaya kita tahu bagaimana mendapatkan kesan positif terhadap sesuatu ruang dalaman.

    Wednesday, October 21, 2009

    aku hiasi bunga-bungaan cinta



    Telah aku hiaskan halaman rumahku dengan bebunga cinta.
    Mekar kuntuman menyeri suasana.
    menjadi penawar mata.
    Kubajai bebunga ini dengan cinta,
    kugemburkan dengan gurauan bebaja mesra.
    Ku pagari ia dengan duri asmara.
    Mekarlah bebunga...
    berkembanglah,
    mekarlah untukku.

    Lamanku...





    Inilah kediamanku...di sini kukumpulkan semua kegembiraan, berkongsi hobi, menikmati makanan dan berkongsi segala keluh kesah bersama suami dan 3 anak.

    Saturday, October 17, 2009

    Like A song,..like a paint.



    Video klip ini kuilhamkan dari keindahan seni hasil lukisan Latif Maulan. Memang aku amat terpesona dan jatuh cinta..so aku ingin mengajak kalian semua menghayatinya. Untuk Latif...maafkan aku kerana menggunakan hasil ciptaanmu....terima kasih.

    Friday, October 16, 2009

    hari ini....

    Hari ni aku makan banyak sebab mak aku masak sambal belacan ,cendawan ,ulam raja,sardin.Itu semua pun cukup

    Friday, June 19, 2009

    he he ni helmi punya blog


    Hari ini mak aq ajar aq buat blog ....so aq buat la.. aq berjanji akan perbaiki blog ni dri smasa .so mana kawan 2 yg nak komen blog aku jadi semakin elok bolehla tengok blog ni